Click Untuk Mengiklan Di Site Ini



Dapatkan MiniSite PERCUMA Anda Di Sini!



Mahu Dapatkan Duit Lebih?

Hand Bouquets • Flower Baskets • Fruits and Flowers • Table Flower • Congratulatory Stands • Special Gifts • Hampers • Cakes




Berita Harian

New Strait Times

The Star Online

Malaysiakini

Harakah Daily

Bernama News

Utusan Malaysia

Sinchew Daily

Harian Metro

8:08 PM | Posted in , ,
Kuala Lumpur, 2 Feb - Paknil telah dianugerahkan Bintang Kebesaran Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan ke 35 di Istana Negara.

Penganugerahan Bintang JOHAN MAHKOTA WILAYAH telah di anugerahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Menjunjung Kasih Tuanku!Paknil nak ambil kesempatan ini mengucapakan jutaan terima kasih buat YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan juga YB Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Raffique atas pencalonan nama Paknil bagi Anugerah Bintang itu.

Kini setapak lagi Paknil melangkah untuk terus berbakti kepada Negara tercinta dan bidang yang Paknil sayangi ini.

Selaku anak jati Kuala Lumpur, Paknil akan terus bekerjasama dengan pihak Kementerian Wilayah Persekutuan untuk menjadikan tempat tumpah darah Paknil lebih maju dan setanding dengan kota metropolitan dunia. Paknil juga berharap, Anugerah Bintang ini akan menjadi penyuntik semangat pada Paknil dan rakan yang lain untuk terus melakukan tugas yang diamanahkan dengan ikhlas.

Tidak pernah sekelumit di hati ini terfikir untuk diiktiraf sedemikian rupa oleh kerajaan dan Yang Di Pertuan Agong.

Berada dalam Balai Rong Seri, Istana Negara itu sahaja sudah bagai mimpi jadi kenyataan bagi Paknil apa lagi bersalaman dan dikalongkan Bintang oleh DYMM Tuanku.

"Pada penyokong-penyokong Paknil, terima kasih Paknil ucapkan semoga kowrang terus beri semangat pada Paknil untuk terus berkarya. Paknil mahu terus disayangi dan menyayangi kowrang semua! InsyaALLAH! Katanya


��
1:12 AM | Posted in ,
Abdullah bersalam dengan kanak-kanak pada majlis pelancaran sambutan
Hari Wilayah Persekutuan di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur semalam.

Kuala Lumpur - Biarpun Hari Wilayah pada tahun ini disambut secara sederhana namun kemeriahannya tetap dirasai oleh lebih 6,000 pengunjung yang terdiri daripada pelbagai kaum dan juga penduduk sekitarnya.

Bertemakan 'Wilayah Maju Warga Sejahtera', sambutan pada kali ini yang diadakan di Astaka Taman Tasik Titiwangsa berjaya memukau pengunjung yang mula berkumpul di sini seawal pukul 8 pagi.

Majlis pelancaran sambutan itu dirasmikan serentak oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Kontinjen SSM bersorak selepas dipilih memenangi pasukan perbarisan terbaik.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique; timbalannya Datuk M. Saravanan; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan; Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail; Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Samsudin Osman dan Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman.

Ia juga diserikan dengan penyertaan oleh 25 kontinjen yang memakai pakaian berwarna-warni dan dimulakan dengan perarakan bendera gergasi Wilayah Persekutuan dan bendera-bendera setiap wilayah iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Perarakan bendera 35 ahli pasukan berkuda DBKL mendapat tepukan gemuruh daripada pengunjung.

Anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengangkat seorang peserta perbarisan
yang pengsan ketika sambutan berlangsung di Taman Tasik Titiwangsa.


Mewarnai lagi sambutan tahun ini ialah acara persembahan gimrama dan tarian pelbagai bangsa di samping gabungan pemuzik gendang berbilang kaum negara yang harmoni berjaya mencuri tumpuan pengunjung semalam.

Kontinjen Sururhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dipilih sebagai pemenang kontinjen perhimpunan terbaik yang menerima hadiah RM2,000.

P/S: Teringat masa sekolah dulu, bila time nak sambut Hari Wilayah jek mesti nak join Perarakan... Dengan panas bagai semua sanggup nih... Tinggal kenangan...


Hand Bouquets • Flower Baskets • Fruits & Flowers • Table Flower • Congratulatory Stands • Special Gifts • Hampers • Cakes
Category: , |
��
12:58 AM | Posted in , ,

Stacy lawan karma

JIKA sebelum ini dia menerima tamparan hebat kerana melakukan kesilapan ketika membuat persembahan pada malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM21) pada 8 Ogos tahun lalu, sebaliknya pula pada majlis Anugerah Juara Lagu ke-23 (AJL23) baru-baru ini.

Gerak tari dan vokal yang mantap saat mendendangkan lagu Aku Stacy pada anugerah tersebut menjadi bualan ramai.Meskipun tidak membawa pulang sebarang anugerah, Stacy atau nama sebenarnya, Stracie Angie Anam berjaya membuktikan dirinya tidak boleh dipandang enteng, sementelah lewat kebelakangan ini dia menerima berbakul-bakul pujian dek kerana persembahan mantapnya itu.

Namun ada suara-suara yang berbisik, bahawa anak gadis berusia 19 tahun ini sebenarnya sedih kerana gagal membawa pulang anugerah untuk kategori persembahan terbaik yang diterima oleh Faizal Tahir.

Benarkah begitu? Ketika berpeluang bersemuka dengannya dalam satu sesi fotografi khas baru-baru ini, Stacy hanya tersenyum saat diaju soalan perihal kekalahannya itu.

"Saya tidak kecewa dan tidak sedih pulang dengan tangan kosong. Sebenarnya saya berpuas hati apabila dapat memberikan persembahan yang baik dan menghiburkan semua orang.

"Walaupun tidak meraih sebarang kemenangan menerusi penyertaan buat pertama kali dalam AJL, ia cukup penting berbanding kemenangan.

Saya tidak pernah rasa saya kalah, kerana saya telah melakukan yang terbaik, begitu juga dengan semua calon-calon lain yang turut bertanding," ujarnya jujur.

Jelasnya lagi, tamat saja persembahannya di pentas AJL23, dia gembira kerana ramai yang datang padanya memberi pujian dan ucapan semangat.

Semua itu merupakan penghargaan yang cukup besar buat dirinya."Semua kata-kata perangsang yang diterima amat saya hargai dan membuatkan saya lebih tekun untuk berusaha memberi persembahan yang terbaik dalam apa jua bentuk persembahan kelak," tuturnya.

Dilanda ketakutan, trauma

Di sebalik persembahan hebatnya itu, bagaimanapun terselit sebuah cerita yang cukup mengharukan.

Ini kerana sebelum persembahan pada final AJL23 berlangsung, Stacy telah berlatih selama setengah bulan sejak dari sambutan Krismas lagi.

"Saya cukup takut jika tahap persembahan tidak setaraf dengan penyanyi senior yang lain sebab itu saya bekerja keras, walaupun ketika pulang ke Sabah untuk perayaan Krismas saya hanya memikirkan persembahan untuk AJL23 saja.

"Mungkin kerana saya pernah melakukan kesilapan pada majlis besar dulu, ia menyebabkan saya sedikit trauma.

"Saya hanya ingin menebus kesalahan lalu dengan membukti saya sebenarnya boleh menyanyi dan menari dengan baik, bukan sekadar penyanyi mi segera seperti yang dikatakan kebanyakan orang," luahnya lagi.

Setiap hari berlatih bersama lapan orang penari yang merupakan rakan-rakannya dari Sabah serta abangnya sendiri membuatkan persembahannya pada AJL23 cukup berbeza.

"Semua penari adalah rakan saya dan abang, kami tidur, berlatih dan bersenam bersama-sama di rumah saya di Sabah sebelum tarikh persembahan tiba.

"Kami lakukan semua sendiri termasuk mencari langkah tarian, sebab itu apabila di atas pentas saya tidak rasa saya berseorangan kerana saya anggap kami semua seperti sebuah kumpulan tarian.

Semua perasaan gugup hilang, kerana bila saya pendang sekeliling di atas pentas, semua adalah orang yang dekat dengan hidup saya," katanya tanpa selindung.

Semua bagaikan mimpi

Apa pun kemampuannya sudah terbukti, Stacy juga kini mampu tersenyum puas setelah mengharungi segala halangan onak dan duri sebelum ini.

Stacy juga mengakui, jika sebelum AJL23, namanya sedikit tenggelam dan tawaran persembahan juga kurang, tetapi kini semuanya sudah berubah.

Album sulung yang bakal dilancarkan membakar semangat juang Stacy dalam dunia muzik.

Dia kini begitu sibuk sama ada memenuhi undangan nyanyian, sesi fotografi dan pelbagai lagi acara termasuklah pelancaran album sulungnya menjelang 21 Februari depan di Sabah.

"Semua bagai mimpi, ada satu ketika saya rasa seperti mahu berhenti menyanyi dan pulang saja ke Sabah, tetapi tiba-tiba rezeki datang dan semuanya menjadi semakin baik.

"Tidak lama lagi, album saya akan dilancarkan dan kerjaya seni nampaknya semakin hari, semakin baik berbanding sebelum ini, sehingga saya sendiri yang sering bertanya pada pihak pengurusan bila mahu mengadakan sesi fotografi dan persembahan nyanyian," ucapnya dalam tawa.

P/S: Takpe Stacy, dah rezki orang lain... just continue usaha, nanti sampai masa rezki Stacy lak... Go! Go! Go! Orang Kampungku! Hehehe


Mahu Dapatkan Duit Lebih?
��
12:49 AM | Posted in ,
Ankara - Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan menegaskan bahawa pergerakan Hamas merupakan sebuah parti politik bukannya sayap Iran, lapor sebuah akhbar semalam.

Beliau berkata demikian dalam satu wawancara dengan majalah Newsweek yang disiarkan di Internet kelmarin.

"Sekiranya seluruh dunia memberikan Hamas peluang menjadi pemain politik selepas memenangi pilihan raya mungkin pergerakan itu tidak akan menghadapai situasi seperti ini," katanya.

"Keinginan politik penduduk Palestin tidak diendahkan oleh dunia dan masyarakat antarabangsa juga gagal menghormati kewujudan Hamas yang sah," ujarnya.
"Wilayah Palestin kini umpama sebuah penjara terbuka," jelasnya.

Erdogan juga mendedahkan berhubung rundingan antara Israel dan Syria yang dimeterai dengan bantuan Turki pada tahun lalu.

Menurutnya, beliau terlibat secara langsung dalam rundingan diplomasi melalui telefon antara Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert dan Presiden Syria, Bashar Assad.

Beliau juga menegaskan bahawa pergerakan Hamas harus terlibat dalam rundingan antara Syria dengan rejim Zionis tersebut.

Erdogan mendapat pujian ramai setelah bertindak keluar dari sesi dialog semasa sesi Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland sedang berlangsung pada Khamis lalu.

Tindakan itu dibuat setelah beliau tidak berpuas hati kerana pengacara majlis memberinya 15 minit untuk bercakap tetapi membenarkan Presiden Israel, Shimon Peres bercakap panjang lebar mengenai isu Gaza.

Keberanian Erdogan menerima banyak pujian daripada dunia Islam termasuk Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad.

Sementara itu di Baitulmaqdis, Menteri Luar Israel, Tzipi Livni mahu Ankara menimbang semula hubungannya dengan Hamas dan Iran.

"Terdapat perbezaan dalam hubungan dua negara dan ia tidak dapat disorokkan," kata Livni



Category: , |
��
10:56 PM | Posted in , ,
Amir menunjukkan gambar tiga suspek yang dirakamkan melalui CCTV ketika
melakukan samun menggunakan pukau di Kota Bharu semalam. Gambar
sebelah, wajah seorang suspek wanita yang dikehendaki polis.


Kota Bharu - Tidak dapat dipastikan sama ada mereka benar-benar pelancong Arab atau mereka sebenarnya penyamun yang sengaja memakai pakaian seperti warga Arab.

Persoalannya, kegiatan samun yang menggunakan pukau kini oleh kumpulan penyamun ini semakin menjadi-jadi di negeri ini dengan menggunakan modus operandi berpakaian cara Arab.

Terbaru dua wanita dan seorang lelaki yang memakai pakaian cara Arab dan menggunakan percakapan bahasa Inggeris memasuki ke sebuah kedai batik yang terletak di Bazar Buluh Kubu pukul 2.30 petang kelmarin untuk menyamun.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Amir Hamzah Ibrahim berkata, wanita terbabit yang memakai jubah dan bertudung menggunakan helah untuk melihat batik bertindak ke kaunter juruwang sebelum mencuri wang RM300.

"Pekerja yang menjaga kaunter hanya tergamam dan sempat melihat suspek melarikan diri dengan sebuah kereta jenis Proton Perdana V6.

"Salah seorang daripada rakan mereka menunggu di kereta bagi memudahkan mereka untuk melarikan diri," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Justeru itu, Amir Hamzah memberitahu, pihaknya kini memburu tiga wanita itu bagi membantu siasatan.


Hand Bouquets • Flower Baskets • Fruits & Flowers • Table Flower • Congratulatory Stands • Special Gifts • Hampers • Cakes
��
10:42 PM | Posted in ,

Kuala Lumpur - "Saya nak peluk dia (Nur Jumiah) puas-puas sebab dah sekian lama kami sekeluarga terpisah."

Demikian impian Saad Ahmad, 61, jika dapat bertemu dengan anaknya, Nur Jumiah, 17, seandainya misi membawa pulang anaknya itu benar-benar menjadi kenyataan.

Beliau mahu memenuhi impiannya itu kerana sudah hampir dua tahun tidak bertemu dengan Nur Jumiah setelah anak gadisnya itu dilarikan seorang warga Indonesia, Suranto Ngadio, berumur 30-an.

"Sedangkan kawan-kawan dan saudara bila berjumpa kita peluk, inikan pula anak. Tentulah saya akan peluk dia (Nur Jumiah) dengan erat," katanya.

Lebih daripada itu, Saad memberitahu, beliau juga mahu membuat kenduri kesyukuran dan sujud syukur sebagai meraikan kepulangan Nur Jumiah dan memenuhi niatnya sebelum ini.

"Nur Jumiah tak pernah pun berpisah dengan kami sekeluarga sebelum ini. Jadi inilah niat yang ingin saya tunaikan nanti bila dia dah balik ke Malaysia," katanya.

Jelas beliau lagi, Nur Jumiah bersedia untuk pulang ke negara ini dan menyerahkan tugas menjaga anaknya, Disti, 1, kepada keluarga mertuanya di Medan untuk sementara waktu.



Category: , |
��
5:27 PM | Posted in ,
Di petik dari Berita yang telah lalu...

Kepala Batas - Apa perasaan anda apabila tiba-tiba disapa orang yang tidak dikenali: ''Assalamualaikum Pak Lah.''

Dan semasa di luar negara, secara kebetulan datang seseorang lalumengucapkan: ''Selamat datang Perdana Menteri.

''Itulah yang berlaku terhadap seorang ahli perniagaan, Lee Peng Hock(gambar), 56, yang memiliki wajah mirip Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Peng Hock yang berasal dari negeri ini berkata, dia kerap kali disangkakanPerdana Menteri apabila berada di tempat awam.

Katanya, semasa di Hong Kong dan Singapura pula ada yang bersalam dengannyasambil mengucapkan selamat datang kerana mereka menyangka dia adalah Perdana Menteri Malaysia.

''Pernah satu ketika saya membeli-belah di pasar, tiba-tiba orang memberi salam kepada saya, saya pun jawablah walaupun saya orang Cina,'' katanya sambil ketawa kepada pemberita di sini hari ini.

Peng Hock tiba dari Kuala Lumpur bersama anak saudaranya, Philip Yeap bagi menyampaikan hadiah daripada rakan lama Abdullah di Singapura sempena meraikan perkahwinan Perdana Menteri dengan isterinya, Datin Seri Jeanne Abdullah yang lalu.

Philip yang merupakan kenalan kepada rakan lama Abdullah datang ke Kepala Batas bersama Peng Hock setelah mengetahui kenduri diadakan di sini bagi meraikan Perdana Menteri dan isterinya, untuk menyampaikan hadiah tersebut.

Peng Hock dan Philip mengambil kesempatan menyampaikan hadiah berkenaan semasa Abdullah dan Jeanne berada di Masjid Al-Jamiul Badawi.



Click Untuk Mengiklan Di Site Ini
Category: , |
��
9:31 PM | Posted in , ,
Mexico - Ratu cantik Mexico 2008, Laura Zuniga (gambar), 23, yang ditahan pihak berkuasa kerana didakwa terlibat dengan sindiket dadah bakal dibebaskan kerana pihak pendakwa gagal membuktikan beliau terbabit dengan kesalahan itu.

Laura ditahan bersama tujuh lelaki pada Disember tahun lalu di bandar Guadalajara di sini pada satu sekatan jalan raya. Pihak polis menemui beberapa pucuk senapang dan juga wang tunai AS$55,000 dalam kenderaan mewah mereka.

Ratu cantik berambut hitam itu dilahirkan di utara bandar Sinaloa. Sejak penahanannya di pusat tahanan negeri, dia mendapat pendedahan meluas oleh pihak media.

Pihak pendakwa mempercayai Angel Garcia Urquiza, ketua pengedar dadah yang dikenali dengan nama Juarez merupakan teman lelaki wanita jelita itu.

Sinaloa merupakan pusat pengedaran dadah ke Amerika Syarikat. Ia juga menjadi kawasan pergaduhan pengedar dadah Mexico sehingga mengakibatkan lebih 1,700 nyawa terkorban tahun lalu.

P/S: Teringat kat sorang awek Pan-Asian cun kat sekolah menengah dulu, muka lawa tapi sebab dah sangat cantik kan, so kadang-kadang perangai tu over sket sampai leh amik dadah... Sekang dah lama lost contact, yelah bukan rapat sgt pun... kira dulu masa sekolah minat-minat mcm tu je lah... hehe

��
9:25 PM | Posted in ,

Baghdad - Rakyat Iraq keluar membuang undi semalam untuk memilih sejumlah pemimpin wilayah setelah kali pertama diadakan pada 2005 disebalik kawalan ketat anggota keselamatan.

Pusat-pusat undian dibuka sejurus selepas Subuh. Berikutan itu, aliran lalu lintas di tengah Baghdad dan bandar-bandar besar dikawal manakala beberapa lapangan terbang ditutup.

Sebanyak 140,000 polis Iraq dan anggota tentera dikerah untuk berkawal pusat kawalan yang hanya terpisah 200 meter bagaimanapun tidak ada keganasan dilaporkan semalam.

Mengikut statistik, hampir 15 juta pengundi daripada 25 juta rakyat Iraq berdaftar untuk memilih gabenor wilayah. Lebih 14,000 calon termasuk 3,900 wanita bertanding untuk merebut 440 kerusi di 14 daripada 18 wilayah.

Semua pusat undian ditutup pada pukul 5 petang waktu tempatan manakala keputusan terawal dijangka diketahui Selasa ini.

Ramai pengundi pulang sambil melambai-lambai tangan yang diwarnakan ungu setelah mereka membuang undi.

Perdana Menteri Iraq, Nouri al-Maliki turut dirakam membuang undi dengan ditemani pengawal peribadi.

"Pilihan raya memberi keyakinan terhadap kerajaan dan rakyat berhak untuk mengambil bahagian dalam proses demokrasi," kata Nouri.

Majlis wilayah mempunyai kuasa penting kerana calon terpilih dibenarkan untuk berunding hal-hal perniagaan tempatan, belanjawan dan mengawal beberapa aspek keselamatan wilayah.

"Pilihan raya ini tidak dipulaukan oleh mana-mana komuniti besar," kata timbalan ketua misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Iraq, Andrew Gilmour.


Bantulah Saudara Kira di Gaza dengan Pelbagai Cara
Category: , |
��
5:41 PM | Posted in , ,
Status duda dan janda bukan penghalang pasangan ini bersatu

Benar pepatah orang dahulu, asam di darat ikan di laut, di dalam kuali bertemu juga. Maka begitulah kehidupan cinta seorang Rima Melati yang bertapak di Singapura dengan penyanyi terkenal Indonesia, Marcell.

Indah panggilan nama masing-masing. Marcell memanggil Rima dengan nama Melati manakala Rima, 28, banyak menulis nama Kirana Hamonangan Siahaan, 31, dalam blognya berserta rasa cinta dan yakin menjadi kismet Marcell.

Maka termeterai cinta di atas satu perhubungan dengan melangkah ke alam perkahwinan.

Pasangan bercinta ini bersetuju menjadi pelengkap hidup masing-masing dan hati telah tahu bahawa mereka berjumpa orang yang tepat.

Pada tarikh keramat mereka - 28 Januari 2009, mereka sah menjadi suami isteri menerusi pernikahan yang dianggap Marcell sebagai rahsia Tuhan.

Majlis pernikahan yang diadakan di Restoran Tepak Sireh, Singapura itu cuma dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak. Ternyata mereka berjaya mengadakan majlis dengan aman dan tertutup seperti yang mereka hajatkan.

Malah atas dasar kesederhanaan, mas kahwin juga tidak disediakan untuk pernikahan kali kedua Marcell mahupun Rima ini.

Memilih tema biru untuk malam pernikahan mereka, Rima menyarungkan pakaian daripada L.A.B Bridal Couture. Majlis turut diserikan dengan nyanyian Imran Ajmain dan Man Toyak.

Pastinya persoalan agama di antara pasangan ini menjadi bahan bualan ramai. Ternyata perbezaan agama di antara mereka bukanlah menjadi masalah untuk hati dan jasad bersatu.

Rima Melati beragama Islam sementara Marcell adalah penganut agama Buddha dan masing-masing masih kekal dengan fahaman tersendiri.

Bagaimanapun perbezaan itu bukanlah penyebab besar majlis tersebut dijalankan di Singapura. Tetapi memandangkan keluarga pihak perempuan lebih ramai bermastautin di Singapura, maka kota Singa menjadi tempat pilihan mereka.

Malah seakan-akan sudah memikirkan bakal berungkai persoalan agama ini, Marcell terlebih dahulu menulis dalam blognya:

"Masyarakat yang damai adalah masyarakat yang seimbang, iaitu masyarakat yang dengan lapang dada mampu menerima dan menghargai perbedaan dan pada masa yang sama tidak mengetepikan dan meremehkan aturan dan norma yang berlaku.

"Dan motivasi daripada kesemua tindakan ini tiada lain adalah rasa cinta dan kasih."

Rima Melati yang dihubungi lewat panggilan telefon kedengaran bahagia namun masih dalam kekalutan menyiapkan banyak perkara tertunggak. Sewaktu dihubungi, pasangan ini dalam perjalanan pulang ke negara kelahiran Marcell, Indonesia.

Ternyata perkahwinan dan peluang kali kedua dalam hidup masing-masing digunakan sebaik mungkin untuk menjadi pelengkap melayari kehidupan.

Sebelum ini Marcell pernah menikahi penulis terkenal Dewi Lestari dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Keenan berusia empat tahun.

Manakala Rima pernah menjadi suri hati lelaki bernama Davin James Cook serta dikurniakan seorang anak lelaki bernama Edga yang kini berusia 20 bulan.

Jodoh dan maut memangnya di tangan Tuhan. Siapa tahu perkenalan awal tahun 2006 sewaktu masing-masing masih bergelar suami dan isteri pasangan lain merupakan detik penyatuan mereka hari ini.

Laman web Facebook menjadi penghubung dan akhirnya temu janji pertama pada April 2007 menjadi titik awal dan memori indah buat pasangan ini.

P/S: Sudah terang lagi bersuluh tapi suluhnya mmg dah lama karat/rosak! Sesungguhnya tiada istilah kahwin beza agama dalam Islam. Apa nak jadi lah...


Hand Bouquets • Flower Baskets • Fruits & Flowers • Table Flower • Congratulatory Stands • Special Gifts • Hampers • Cakes
5:21 PM | Posted in , ,
'Saya menerima lawak itu dengan terbuka. Ini memang konsep komedi yang betul. Saya cuma tak suka balas sebab saya redha. Lagipun kalau saya balas, nanti bertumbuk pula atas pentas.' – OS


Kerjaya Os sebagai pemandu teksi sepenuh masa mencetuskan program Apa Ke Halnya.

Ramah sekali bicara pemilik nama sebenar, Mohd Yusof Abdul Hamid atau dikenali dengan nama komersialnya, Os. Biar sesekali irama suaranya turun naik mengikut topik bicara, Os sempat berlawak.

"Jangan cabut gigi saya. Kalau tidak, macam mana saya nak makan," katanya saat ditanya apa yang mahu dia katakan kepada khalayak mengenai kehadirannya sebagai salah seorang pelakon komedi yang disegani.

Malah kerana 'kelebihan' giginya itu, dia sering menjadi bahan lawak fizikal. Tapi kata Os, sedikit pun dia tidak ambil hati kerana lawak sedemikian memang wujud dalam jalur lawak yang sedia ada.

"Saya menerima lawak itu dengan terbuka. Ini memang konsep komedi yang betul. Saya cuma tak suka balas sebab saya reda. Lagipun kalau saya balas, nanti bertumbuk pula atas pentas.

"Biar ada yang masuk, ada yang keluar. Dan saya selalu pegang, bila orang cakap tentang kita, maknanya kita popular," jawab Os realistik.

Lebih daripada itu, lelaki yang berusia 48 tahun ini mahukan kritikan daripada khalayak agar dia mampu memperbaiki kelemahan dan kesilapan yang dilakukannya dalam program bual bicara pertamanya, Apa Ke Halnya.

Apa Ke Halnya yang bersiaran di TV9 setiap Jumaat hingga Ahad pada pukul 10.30 hingga 11.30 pagi pantas menggamit perhatian. Selain Os, program ini turut dikendali bersama Shamsul Ghau Ghau dan Din Beramboi serta hos jemputan pada setiap Ahad, bekas juara Gadis Melayu, Noormaida.

Kata Os yang pekerjaan tetapnya kini memandu teksi, Apa Ke Halnya merupakan anak sulungnya dan dia bertanggungjawab memberi komitmen terhadap program ini.

Ia juga umpama mimpi yang menjadi kenyataan apabila selepas sekian lama menyepi daripada dunia seni, Tuhan mengizinkan mimpi lamanya direalisasikan.

"Saya memang pernah bercita-cita untuk ada program bual bicara sendiri. Saya selalu tanya diri, kenapa tak ada peluang datang?

"Saya bukan apa, saya nak tunjuk bahawa lawak pun cerdik juga. Kami pun ada ilmu dan fakta yang nak disalurkan melalui cara yang santai.

"Jadi apabila Datuk Seri Farid Redzuan (Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima) bertemu saya dan tanya tentang pekerjaan saya sebagai pemandu teksi yang bertemu banyak ragam manusia, maka tercetuslah program ini," cerita anak Kuala Kangsar, Perak yang cukup terkenal dengan filem seperti Mr. Os, Adik dan O.K (Orang Kampung Otak Kimia).

Bersama Din Beramboi dan Shamsul Ghau Ghau

Begitu komited dan teruja dengan Apa Ke Halnya, kata Os lagi, perkara yang membuatkan dia seronok kembali bekerja dalam industri adalah program ini bersifat santai.

Paling disukainya tentang program ini selain ilmu yang dikongsi bersama khalayak adalah segmen berbicara dengan para penumpang yang menaiki teksi yang dipandunya.

"Saya suka apabila bahasa yang digunakan tidak terlalu formal. Ia menunjukkan program ini memang benar-benar santai dan kami boleh bersembang serta bertukar pandangan tentang pelbagai topik," katanya.

Tidak menolak sebarang tawaran berlakon jika punya kesempatan, Os kini selesa dengan kehidupannya. Sejak tiga tahun lalu, dia setia memandu teksi di sekitar Lembah Klang.

Apabila mula terbabit kembali dengan dunia seni, kata Os, jadual hariannya masih sama. Jika tidak mempunyai sebarang rakaman, dia akan keluar seawal pukul 7 pagi dan bekerja selama lapan jam sehari memandu teksi untuk mencari rezeki.

Kata Os: "Memandu sudah menjadi sebahagian darah daging saya. Saya punya anak ramai untuk disara.

"Saya selesa memandu dan saya tak mahu meraih simpati orang dengan bercerita tentang kerjaya saya. Ini tanggungjawab saya sebagai ketua rumah."


Bantulah Saudara Kira di Gaza dengan Pelbagai Cara
��
5:07 PM | Posted in , ,
PENDUDUK kampung cuba membuka kain putih yang membalut salah
satu ‘pocong’ dekat Kampung Tembioh, Kota Tinggi, Johor kelmarin


Kota Tinggi - Penduduk sebuah kampung tradisional di pinggir bandar ini digemparkan dengan satu kejadian aneh lewat petang kelmarin, ekoran penemuan lima objek menyerupai 'pocong' terdampar di tebing Sungai Johor.

Menurut dua sahabat, Mohd. Izzuddin Abd Karim, 18, dan Mohd. Razif Ismail, 17, dari Kampung Tembioh dekat sini, mereka terkejut apabila terlihat objek tersebut yang tiba-tiba timbul dan 'melanggar' paha kanannya ketika sedang asyik menjala ikan di tebing sungai berkenaan.

Mohd. Izzuddin berkata, sudah menjadi kebiasaan bila ada masa terluang beliau bersama rakannya akan menjala ikan di tepi sungai itu tetapi belum pernah terjumpa perkara aneh seperti itu sebelum ini.

Menurutnya, mereka mula turun menjala kira-kira pukul 6 petang dan sebaik tiba di tebing berhadapan dewan badminton di sini, tiba- tiba dia terhidu bau yang agak wangi seakan- akan bunga kemboja atau kapur barus tetapi tidak mengendahkannya.

"Apa lagi, saya dan rakan (Mohd. Razif) bagaikan tergamam seketika dan bergegas naik ke darat ekoran terperanjat sebaik terlihat benda itu,'' katanya ketika ditemui di sini semalam.

"Ekoran kejadian itu saya terus menceritakannya kepada rakan-rakan lain tetapi mereka tidak mempercayainya sehinggalah muncul empat lagi objek yang serupa semalam tidak jauh dari tempat 'pocong' pertama ditemui."

Menurut Mohd. Izzuddin lagi, kelima-lima objek itu kelihatan seolah-olah seperti mayat yang telah lengkap dikafan dengan kain putih.
Seorang penduduk, Juffri Juraimee, 55, mendakwa, kemunculan lima objek yang menyerupai 'pocong' itu berkemungkinan bertujuan untuk menyihir seseorang.

"Menurut orang-orang tua, mangsa yang disihir atau 'bungkem' biasanya akan merana sehingga boleh membawa kepada kematian.

"Namun, ilmu tersebut tidak akan menjadi sekiranya objek yang digunakan untuk menyihir seseorang itu dijumpai orang lain," katanya ketika ditemui semalam.

Ujar Juffri, penemuan 'pocong' tersebut hingga kini masih menjadi tanda tanya penduduk di situ kerana kejadian seumpama itu adalah yang pertama kali berlaku di situ.

Bagaimanapun, terdapat juga pendapat mengatakan penemuan 'pocong' tersebut merupakan antara aktiviti membuang ancak, saka atau rawatan penyakit secara tradisional.

P/S: Entahlah... mungkin ada org yg "nakal" agaknya...


Khazanah Alam Ciptaan Tuhan - Daftar Sekarang!
Category: , , |
��


Hand Bouquets • Flower Baskets • Fruits and Flowers • Table Flower • Congratulatory Stands • Special Gifts • Hampers • Cakes