Click Untuk Mengiklan Di Site Ini



Dapatkan MiniSite PERCUMA Anda Di Sini!



Mahu Dapatkan Duit Lebih?

Hand Bouquets • Flower Baskets • Fruits and Flowers • Table Flower • Congratulatory Stands • Special Gifts • Hampers • Cakes




Berita Harian

New Strait Times

The Star Online

Malaysiakini

Harakah Daily

Bernama News

Utusan Malaysia

Sinchew Daily

Harian Metro

9:50 PM | Posted in ,

Butterworth, 28 Jan.

Seorang bekas peguam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan pecah amanah wang pampasan insurans milik anak guamnya sebanyak RM277,141.61 kira-kira lapan tahun lepas.

Pathmanathan a/l M.Kumarasamy, 40, yang menetap di Kuala Lumpur, didakwa gagal menyerahkan wang pampasan itu kepada AVR Menon antara 8 Dis dan 19 Disember 2001.

Sebagai peguam yang dilantik menjadi pemegang amanah wang berkenaan oleh Menon, dia dituduh melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang itu dengan gagal menyerahkannya kepada anak guamnya.

Kesalahan menurut Seksyen 409 Kanun Keseksaan itu didakwa dilakukan di pejabat Tetuan Mawar, Nathan & Co di Jalan Todak 3, Pusat Bandar Seberang Jaya.

Tertuduh kini merupakan seorang pensyarah sambilan selepas berhenti menjadi peguam pada tahun 2003.

Penolong Pendakwa Raya Khairul Anuar Ahmad menawarkan jaminan RM50,000 kepada Pathmanathan sementara menunggu tarikh perbicaraan memandangkan kesalahan yang dilakukannya itu serius dan melibatkan jumlah wang yang besar.

Bagaimanapun, tertuduh yang mewakili dirinya sendiri memohon supaya jumlah jaminan itu dikurangkan kepada RM15,000 berikutan beliau terpaksa menanggung kedua-dua ibu bapa yang sakit dengan pendapatan sebanyak RM4,000 sebulan sebagai pensyarah sambilan.

Sambil memohon agar pasport antarabangsanya tidak diserahkan kepada mahkamah kerana ini akan menjejaskan pekerjaannya sebagai pensyarah di luar negara, Pathmanathan memberi jaminan bahawa beliau akan hadir pada setiap prosiding dan tidak akan melarikan diri.

Pathmanathan juga meminta agar mahkamah memberikannya masa sekurang-kurangnya empat bulan sebelum tarikh perbicaraan bagi membolehkan dia menyediakan pembelaan memandangkan kes itu didakwa dilakukan pada 2001 tetapi laporan polis dibuat pada 2004 dan dia hanya ditangkap dua hari lepas.

Hakim Amernudin Ahmad kemudiannya menetapkan jaminan sebanyak RM25,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu perbicaraan pada 28 dan 29 Mei ini serta mengingatkan tertuduh supaya menghadiri setiap prosiding.

Category: , |
��

Comments

0 responses to "Bekas Peguam Didakwa Pecah Amanah"



Hand Bouquets • Flower Baskets • Fruits and Flowers • Table Flower • Congratulatory Stands • Special Gifts • Hampers • Cakes