Click Untuk Mengiklan Di Site Ini



Dapatkan MiniSite PERCUMA Anda Di Sini!



Mahu Dapatkan Duit Lebih?

Hand Bouquets • Flower Baskets • Fruits and Flowers • Table Flower • Congratulatory Stands • Special Gifts • Hampers • Cakes




Berita Harian

New Strait Times

The Star Online

Malaysiakini

Harakah Daily

Bernama News

Utusan Malaysia

Sinchew Daily

Harian Metro

5:54 PM | Posted in , ,
Keunikan tiara berharga RM156,395 yang diperbuat dari South Sea Pearls
akan digayakan oleh Linda Jasmine ketika acara memotong kek



Linda Dan Que Haidar: "Kami Saling Melengkapi!"

TEMUBUAL yang sepatutnya berlangsung dalam sesi fotografi di studio berubah suasana kepada sesi fotografi di Habib Jewels disebabkan jurutari Linda Jasmine, 37, sibuk dengan persiapan perkahwinannya.

Dalam kesibukan memikirkan tentang persiapan yang perlu dilakukan sebelum majlis perkahwinan tiba hampir dua minggu lagi, sesekali Linda akui beliau bagaikan terlupa seketika tentang makna pernikahan dan perkahwinan.

Maklumlah, waktu itu bakal isteri kepada aktor Que Haidar, 30, ini perlu mengingatkan tentang persiapan tersebut secara teliti agar tiada yang tertinggal seperti pakaian pengantin, hantaran, kad jemputan, sehinggalah perkara yang ‘remeh-temeh’.

Namun, kadangkala ketika sedang memandu kereta, ibu tunggal kepada Qalif Khan, 9, ini secara tiba-tiba teringat yang beliau akan bergelar seorang isteri tidak lama lagi.

Kesannya, segala beban yang dipikul selama ini menjadi ringan sedikit malah semakin gembira dan tidak sabar untuk menanti hari bahagia itu.

Linda Jasmine sepatutnya menghadiri sesi fotografi di studio tetapi disebabkan sibuk dengan persiapan perkahwinan, temubual terpaksa diubah kepada di Habib Jewels.

Dalam masa yang sama, Linda juga mengingatkan dirinya bahawa perjalanan hidup yang bakal ditempuhi pada masa akan datang pastinya disulami dengan sedikit situasi cacat-celanya.

"Saya tahu, perjalanan hidup yang bakal ditempuhi oleh setiap pasangan suami dan isteri bukanlah sentiasa ‘perfect’.

"Setiap hubungan itu mesti ada pasang surutnya. Saya bukan sahaja mengingatkan kepada diri-sendiri malah turut berpesan kepada Que.

"Sebagai manusia, Tuhan selalu menduga kehidupan kita dengan bermacam-macam perkara agar kita dapat menilai diri-sendiri."Dari situ, kita dapat mempelajari tentang cara kita mengawal situasi tersebut sama ada dengan baik atau tidak.

"Jadi, saya selalu mengingatkan diri-sendiri agar jangan terlalu cepat mengikut perasaan.

"Saya akan berfikir terlebih dahulu sebelum bercakap tentang sesuatu perkara itu mahupun kalau saya terlepas cakap," luah Linda dalam temubual sejurus selepas memilih aksesori perkahwinan di Habib Jewels (Habib), Ampang Point semalam.

Dianggarkan lebih RM3 juta set aksesori dari Habib yang bakal digayakan oleh Linda semasa majlis perkahwinannya di Bora Ombak pada 14 Februari depan.

Bak Puteri...

Linda bakal menggayakan aksesori dari Habib Jewels berjumlah lebih RM3 juta.

Majlis pernikahan dijangka akan berlangsung pada pukul 5 petang manakala upacara bersanding dan memotong kek akan dilakukan pada sebelah malamnya di tempat yang sama.

Linda juga akan mengenakan pakaian pengantin rekaan tiga pereka iaitu Datin Kirana, Saiful Bahrin dan Calvin Thoo di mana ketiga-tiga persalinannya itu menggunakan fabrik Jakel manakala pakaian Que pula direka oleh Lord’s Tailor.

Di dalam majlis akad nikah, pasangan ini akan saling bertukar cincin serta pemberian hantaran berupa mas kahwin dan senaskhah al-Quran oleh Que kepada Linda.

Sementara majlis resepsi perkahwinan sebelah pengantin lelaki akan diadakan di Felda Taib Andak, Johor pada 15 Mac.

Kehadiran Linda di Habib tidak ditemani oleh Que sebaliknya rakan setugasnya, Zuhana yang hadir kerana bakal suaminya itu sedang sibuk di lokasi pengambaran.

Linda teruja dan tidak sabar untuk menanti saat diijabkabulkan dengan Que. Que, seorang pelakon popular dan berbakat yang pastinya sentiasa menjadi perhatian umum.

Sambil memperhalusi pengalaman yang bakal dilalui oleh setiap pasangan artis yang mendirikan rumah tangga, Linda juga cuba membuang jauh-jauh perasaan cemburu buta terhadap Que.

"Saya rasa buang masa sahaja kalau nak terlalu cemburu buta. Setakat ini, saya masih dapat mengawal situasi tersebut.

"Tipulah kalau katakan yang saya tidak mempunyai perasaan cemburu tetapi tidaklah sampai tahap cemburu buta.

"Katakanlah jika suatu hari nanti saya betul-betul serius cemburu dan meragui sikap Que, sikap itu datang dari gerak hati saya.

"Kita akan dapat rasa sama ada melalui perlakuan dia terhadap kita. Kalau dia bersalah, kita dapat rasa yang perasaannya terhadap kita sudah hilang.

"Saya pernah mendengar melalui Forum Perdana Hal Ehwal Islam di TV1 di mana salah seorang penceramah itu berkata seseorang wanita itu mesti mempunyai naluri," ujar guru tari dalam program realiti Akademi Fantasi ini.

Linda semakin matang untuk menempuhi alam perkahwinan keduanya nanti.Bermula sejak pasangan ini mengumumkan tarikh perkahwinan mereka jatuh pada 14 Februari, sempena Hari Valentine, pelbagai kritikan yang diterima sama ada yang positif mahupun negatif.

Namun, semua kritikan itu langsung tidak mengganggu keputusan Linda untuk mempersuamikan Que kerana baginya faktor perbezaan umur, dan latar belakang bukanlah batu penghalang untuk mereka menyulam cinta bersama.

"Saya rasa perkahwinan kami ini bukanlah suatu perkara asing yang timbul dalam senario masyarakat sekarang sebab di luar sana terdapat juga pasangan yang membuat keputusan seperti kami.

"Saya pernah berkahwin dulu. Sekarang, saya semakin matang dan belajar daripada pengalaman lalu.

"Dulu, saya tidak mempunyai sikap timbang rasa, terlalu ‘control’ dan cerewet tetapi sekarang saya sudah berubah.

"Saya selalu banyak sabar dan tidak terlalu mengikut perasaan," jelasnya yang berubah bukan disebabkan Que tetapi diri-sendiri yang ingin mengubahnya demi mengeratkan perhubungan masing-masing.

Set persandingan (safir biru dan berlian)berupa rantai berharga RM2.35 juta, anting-anting: RM629,000, gelang: RM74,800, cincin: RM21,000 digayakan oleh jurutari profesional Linda Jasmine.

Tambah Linda, untuk berubah, beliau tidak boleh bergantung kepada pasangannya semata-mata tetapi perubahan itu perlu berlandaskan usaha murni antara satu sama lain.

Yang jelas disebalik usia bakal suaminya yang lebih muda tujuh tahun daripadanya itu, Linda berkata sikap matang Que menyenangi dirinya.

"Que bukan jenis malas. Dia terima diri saya seadanya. Walaupun dia lebih muda, tetapi dia lebih matang daripada saya.

"Saya akui yang saya ini mempunyai perangai ‘kebudak-budakan’. Jadi, hubungan kami boleh dianggap saling melengkapi antara satu sama lain.

"Apa yang pasti, semua ini adalah takdir Allah. Dalam perjalanan hidup kami, memang sudah tertulis kami diciptakan untuk hidup bersama.

"Hanya Tuhan yang tahu tentang apa yang bakal terjadi selepas ini," tutur Linda yang berharap semoga orang lain mendoakan yang terbaik dalam perkahwinan mereka dan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Habib Jewels taja lebih RM3 juta aksesori kahwin Linda Jasmine

Dianggarkan lebih RM3 juta harga barang kemas tajaan Habib Jewels yang akan digayakan oleh jurutari profesional Linda Jasmine, 37 semasa majlis perkahwinannya dengan aktor Que Haidar, 30 pada 14 Februari depan di Bora Ombak, di sini.

Antara aksesori tersebut untuk tiga persalinan dan upacara berbeza adalah:

Akad nikah
Anting-anting: RM127, 830
Gelang: RM165,000

Persandingan (Set safir biru dan berlian)
Rantai: RM2.35 jutaAnting-anting: RM629,000
Gelang: RM74,800Cincin: RM21,000

Memotong kek (Set ‘white south sea pearl’)
Tiara: RM156,395
Anting-anting: RM88,325

Menurut Linda, Habib Jewels menjadi pilihan kerana pelbagai pilihan koleksi aksesori yang terdapat di situ.

"Bukan sahaja saya yang gemar memilih aksesori Habib Jewels untuk koleksi peribadi malah ahli keluarga terutama ibu saudara saya selalu ke sini," kata Linda ketika hadir untuk memilih barang kemas di Habib Jewels, Ampang Point, di sini semalam.

Ketika sesi pemilihan dilakukan, Linda ditemani oleh rakan sekerjanya, Zuhana dan penolong pengurus komunikasi dan pemasaran Habib Jewels, Yasheedah Yashaiya.

Linda mengaku beliau agak cerewet membuat pilihan. Bagi beliau, sikap tersebut penting untuk menentukan aksesori yang benar-benar cantik dan sepadan dengan pakaian yang bakal disarungkan semasa majlis perkahwinannya nanti.

"Saya tak mahu nanti orang mengata ‘itu’ dan ‘ini’ semasa majlis berbahagia kami. Kalau boleh saya nak nampak ringkas tetapi menarik dipandang orang," luahnya yang sebolehnya ingin tampak kelihatan seperti seorang 'Ratu' pada majlis yang penuh bermakna itu.

Tinggal kira-kira dua minggu lagi, dan sehingga kini sudah 75 peratus persiapan perkahwinan yang dilakukan oleh beliau dan bakal suaminya.

Tuah badan Linda Jasmine dapat menggayakan aksesori tajaan Habib Jewels

Setakat ini, cincin nikah untuk kedua bakal mempelai ini telah dibeli, dan pakaian pengantin perempuan yang dijahit menggunakan khidmat tiga pereka iaitu Datin Kirana (baju nikah), Saiful Bahrin (Sanding) dan Calvin Thoo (potong kek) juga telah disiapkan.

Selain itu, antara pihak yang turut terlibat di dalam majlis perkahwinan pasangan berbeza usia tujuh tahun ini adalah Lord’s Tailor (pakaian Que), AZ Saloon and Bridal House (mengurus resepsi di Johor), Jakel (fabrik), Polkadotted Creative Solutions oleh Jeslina Hashim (dekorasi)dan The Blooming Cake.

"Saya dimaklumkan ketiga-tiga pakaian yang akan saya pakai nanti telah disiapkan tetapi setakat ini saya belum tengok dan cuba lagi.

"Kad jemputan juga telah siap dicetak tetapi belum diedarkan kesemuanya. Saya anggarkan dalam 400 tetamu yang dijemput ke majlis nikah kami nanti.

"Kalau boleh saya nak jemput semua tetapi tak dapat buat. Jadi, saya ingin memohon maaf kepada mereka yang kami tidak dapat jemput," beritahu Linda yang akan membawa turun ahli keluarganya dari Amerika Syarikat semasa majlis itu nanti.

Resepsi perkahwinan sebelah Que pula akan diadakan di Felda Taib Andak, Johor pada 15 Mac.

Majlis resepsi di Bora Ombak sempena Hari Valentine akan diserikan oleh anak didik Linda dari Akademi Fantasia iaitu penyanyi Amylea, Farhan dan Riz.


Mahu Dapatkan Duit Lebih?
5:35 PM | Posted in , ,

Pasangan antara Danny dan Ana Alisha memang sepadan, bak nasi lemak dengan sambal.

Tidak silap aku diorang pernah mengacarakan rancangan kanak-kanak di RTM 1, dan tidak silap aku Ana Alisha merupakan salah satu pelakon dari cerita 'Papaku Rock' terbitan Astro.

Jikalau korang tidak ingat siapa Ana Alisha, pernahkan tengok iklan syampu Rejoice. Di dalam iklan tersebut Ana menggunakan 'tagline' "Guna jari pun boleh"


Click Untuk Mengiklan Di Site Ini
��
5:10 PM | Posted in , ,
Banglo atas bukit ini pernah dijadikan markas aktiviti para
pengikut Tarekat Syed Al-Masyhor suatu masa dahulu


Kuala Lumpur - Seorang wanita yang pernah terlibat selama 17 tahun dalam kumpulan ajaran sesat Tarekat Syed Al-Masyhor di ibu negara mendedahkan bahawa kumpulan itu menyelitkan unsur seks sebagai teras ajaran.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Mariam, 20-an, keluar dari kumpulan itu pada 2006 setelah menyertainya sejak lahir berkata, selama menjadi ahli dia sering mendapati banyak pasangan tinggal bukan muhrim bebas duduk sebumbung.

"Mereka tak pernah dihukum kerana perbuatan itu sudah dianggap halal oleh ajaran berkenaan," katanya semalam.

Menurut Mariam, antara ciri-ciri lain kumpulan itu ialah setiap pengikut perlu dikahwinkan secara 'nikah batin' dengan pengantin perempuan mendapat 'restu' sifu atau ketua ajaran itu yang dipercayai berada di Singapura.

"Walaupun saya tak berapa jelas dengan definisi 'restu' tapi saya yakin ia merujuk kepada perlakuan 'serah diri' atau hubungan seks dengan ketua," katanya.

Bagaimanapun, amalan 'nikah batin' dalam Tarekat Syed Al-Masyhor ini mengikut Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sebenarnya merujuk kepada mahar kahwin yang berupa air mani perempuan.

Mariam mendedahkan perkara itu sebagai mengesahkan elemen seks turut diterapkan dalam kumpulan ajaran sesat di negara ini seperti yang berlaku dalam ajaran 'Satria Piningit Weteng Buwono' yang berpangkalan di Jakarta, Indonesia.

Dilaporkan terdapat lima kumpulan ajaran sesat di negara ini yang didapati mempunyai ciri-ciri ajaran yang sama dengan ajaran 'Satria Piningit Weteng Buwono' iaitu berteraskan amalan seks bebas.


Hand Bouquets • Flower Baskets • Fruits & Flowers • Table Flower • Congratulatory Stands • Special Gifts • Hampers • Cakes
��
4:48 PM | Posted in ,
Kuala Lumpupr - Nur Jumiah Saad (gambar), 17, yang sebelum ini mahu pulang ke pangkuan keluarga di Sik, Kedah, setelah tidak tahan hidup dalam kemiskinan bersama suaminya di Medan, Indonesia akan memujuk suaminya untuk turut pulang ke Malaysia bersamanya nanti.

Ketika ini, suami wanita itu, Suranto Ngadio, 30-an, masih enggan kembali ke Malaysia kerana bimbang ditangkap pihak berkuasa negara ini walaupun membenarkan Nur Jumiah dan anak mereka, Disti, 1, pulang.

Nur Jumiah ketika dihubungi dari Pangkalan Brandan, Medan semalam berkata, dia sudah puas memujuk Anto, namun suaminya itu bertegas meminta dia dan anaknya pulang dahulu.

"Dia masih takut dipenjara dan akan kumpul duit sendiri untuk ke Malaysia kemudian,'' katanya.

Ditanya adakah dia sanggup berpisah dengan Anto sekiranya suaminya itu masih tidak mahu pulang ke Malaysia, Nur Jumiah berkata, dia tiada pilihan melainkan kembali ke kampung bersama anak.

Sementara itu, bapanya, Saad Ahmad ketika dihubungi gembira dengan berita anak dan cucunya akan pulang.

"Pak cik sudah boleh tidur lena sekarang,'' katanya ketika dihubungi semalam.

P/S: Fikir dahulu pendapatan, fikir kemudian... sekarang apa dah jadi??

Site Link: Sengsara Suami Orang Medan


Category: , |
��
4:36 PM | Posted in ,
Kematian kerana melahirkan anak boleh dielakkan dengan bantuan pegawai kesihatan berkemahiran, nutrisi yang mencukupi, kemudahan perubatan dan perancangan keluarga
DI SEBUAH kampung di daerah miskin dan kotor di timur India, Manohar Kumbhakar dan keluarganya masih bersedih atas kematian isterinya. Dia yang berusia 25 tahun meninggal dunia ketika melahirkan anak kerana dibantu oleh bidan palsu.

"Saya tidak tahu apa yang dilakukannya ke atas menantu saya. Bidan palsu itu tidak membenarkan saya masuk ke dalam bilik.

"Selepas dua jam kemudian, dia kata menantu saya perlu dibawa ke hospital. Dia kemudiannya menafikan terlibat dalam sebarang rawatan," kata ibu Kumbhakar, Helubala.

Menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNICEF), setiap tahun, dianggarkan 78,000 ibu meninggal dunia ketika melahirkan anak dan mengalami komplikasi sewaktu mengandung.

Angka itu menunjukkan betapa miskinnya golongan wanita di pedalaman yang terus ketinggalan daripada arus kemajuan ekonomi yang telah membebaskan jutaan rakyatnya keluar daripada kemiskinan.

Kadar kematian akibat melahirkan anak berada pada 450 orang bagi setiap 100,000 kelahiran, berbanding sekitar 540 orang pada tahun 1998 hingga 1999.

Angka itu jauh daripada Sasaran Pembangunan Milenium India yang mahu mengurangkan kadar kematian kepada 109 orang menjelang tahun 2015, jelas UNICEF.

Sebagai perbandingan, kadar kematian ketika melahirkan anak di China telah turun hingga kurang daripada 50 orang.

Laporan Keadaan Kanak-kanak Dunia UNICEF 2009 yang diterbitkan pada Januari menyatakan, usaha India untuk mengurangkan kadar kematian gagal berikutan berlakunya jurang ketidaksamaan sosial, selain kekurangan kemudahan penjagaan kesihatan asas.

Berjuta-juta kelahiran tidak disambut oleh doktor, jururawat atau bidan terlatih, walaupun ekonomi India berkembang hampir sembilan peratus dalam tiga tahun kebelakangan ini.

Kira-kira dua pertiga wanita di India masih melahirkan anak di rumah. Wanita daripada kasta rendah paling menderita kerana mereka sering dinafikan untuk mendapatkan perubatan asas.

"Kadar kematian akibat kelahiran tidak turun seperti yang dirancang," kata Koordinator Polisi dan Kempen untuk Oxfam India, Avinash Kumar.

Bidan tradisional seperti Chapa Sahis, 50, sering menjadi satu-satunya bantuan kepada wanita yang ingin melahirkan anak di kawasan-kawasan pedalaman.

UNICEF dan pihak berkuasa tempatan cuba menawarkan latihan lebih baik, tetapi kelulusan Sahis terlalu minimum.

"Saya bukannya doktor atau jururawat terlatih. Saya ada menjalani latihan untuk memotong urat menggunakan pisau. Seorang doktor sentiasa boleh menyelamatkan banyak nyawa," katanya.

Kematian kerana melahirkan anak boleh dielakkan dengan bantuan pegawai kesihatan berkemahiran, nutrisi yang mencukupi, kemudahan perubatan lebih baik dan perancangan keluarga.

Namun bagi wanita miskin, terutamanya di pedalaman India yang tahap kesuburan mereka adalah tinggi dan perkahwinan pada usia muda menjadi satu kebiasaan, usaha untuk akses lebih baik terhadap penjagaan kesihatan bukanlah mudah.

Wanita di India berkahwin pada usia semuda 17 tahun. Di kalangan wanita berumur 15 hingga 19 tahun, 16 peratus daripadanya sudah mula mengandung, jelas laporan Kaji Selidik Kesihatan Keluarga Nasional (NFHS) pada tahun 2005-2006.

"Semakin muda seseorang perempuan itu mengandung, semakin tinggi risiko kesihatan pada diri dan anaknya," kata Pengarah Eksekutif UNICEF, Ann M. Veneman.

UNICEF menyatakan hampir separuh wanita yang meninggal dunia sewaktu tempoh mengandung dan melahirkan anak di Purulia, negeri Tengah Benggali, tidak menerima pendidikan formal.

"Wanita yang mengandung terlalu awal tidak bersedia untuk melahirkan anak. Banyak kali juga mereka gagal mengenal pasti tanda-tanda bilakah masanya untuk perlu pergi ke hospital," kata seorang jururawat tempatan, Alpana Mahato.

Golongan ini sering dihantar pulang ke rumah tanpa mendapat kemudahan kesihatan sepatutnya. Ataupun, pegawai kesihatan melihat mereka tidak cukup sakit dan tidak berbaloi untuk pergi ke sana. Apabila mereka pergi, wanita yang bakal melahirkan anak ini kadangkala diperas ugut.

"Kami ada berjumpa kakitangan pusat kesihatan di Uttar Pradesh meminta wang daripada seorang wanita miskin untuk membantunya melahirkan anak.

"Ramai juga yang dihalau dari pusat-pusat kesihatan dan dipaksa beranak di jalanan atau taman hospital," kata Jashodhara Dasgupta dari satu kumpulan aktivis, Health Watch.

Pengambilan makanan di kalangan wanita di negara Asia Tenggara mesti ditingkatkan sekiranya ingin kadar kematian menurun.

Lebih daripada separuh wanita di India mengalami masalah anemia, satu lagi 'pembunuh' sewaktu melahirkan bayi, berbanding hanya 24 peratus di kalangan lelaki, jelas laporan NFHS.

"Nutrisi dan anemia merupakan penyumbang utama kepada kadar kematian ketika melahirkan anak. Di rumah, wanita adalah individu yang terakhir mendapat makanan. Mereka sangat lemah, sebab itulah mereka mudah meninggal dunia," kata kumar dari UNICEF


Hand Bouquets • Flower Baskets • Fruits & Flowers • Table Flower • Congratulatory Stands • Special Gifts • Hampers • Cakes
Category: , |
��
4:28 PM | Posted in ,
Beberapa penduduk Palestin bersolat Jumaat di tapak
runtuhan sebuah masjid yang musnah di Gaza semalam


Rom - Bekalan makanan untuk penduduk Palestin mungkin terancam selepas para petani di wilayah berkenaan terjejas teruk akibat operasi ketenteraan Israel di Gaza, kata sebuah agensi makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam.

Organisasi Makanan dan Pertanian PBB (FAQ) juga meminta bantuan segera berjumlah AS$6.5 juta (RM23.44 juta) untuk mengelakkan kejadian itu daripada berlaku.

Dalam satu kenyataan, FAQ menyatakan hampir semua 13,000 keluarga di Gaza bergantung hidup pada pertanian, penternakan dan aktiviti menangkap ikan.

Bagaimanapun, konflik terbaru di Gaza menyebabkan aset pendapatan utama mereka terjejas dan banyak ladang musnah sama sekali.

Israel melancarkan operasi ketenteraan di Gaza selama 22 hari untuk menghentikan serangan roket Hamas dari wilayah berkenaan.

"Sebelum peperangan tercetus, para petani memang menghadapi kesukaran dan kini mereka mungkin kehilangan sumber pendapatan mereka," kata seorang penyelaras projek FAQ, Luigi Damiani.

"Kemusnahan sektor pertanian di Gaza memburukkan lagi krisis bekalan makanan yang sudah sedia terjejas akibat penutupan sempadan oleh Israel," ujarnya.


Bantulah Saudara Kira di Gaza dengan Pelbagai Cara
Category: , |
��
4:15 PM | Posted in , ,
Gambar bertarikh 25 Januari ini menunjukkan Ho-sun (tengah)
dibawa ke sebuah balai polis di Ansan, selatan Seoul


Seoul - Seorang tukang urut, Kang Ho-sun yang dituduh membunuh seorang pelajar universiti mengaku menjerut enam lagi wanita sehingga mati dengan menggunakan stokin di sini, kata polis semalam.

Ho-sun, 38, ditahan pada minggu lalu di Ansan berikutan pembunuhan seorang pelajar universiti yang hilang bulan lalu.

Polis berkata, mayat wanita tersebut ditemui di sebuah bandar berhampiran selepas Ho-sun mengaku menculik dan membunuh mangsa.

Seorang pegawai polis, Park Hak-geun berkata, Ho-sun membuat pendedahan mengejutkan kelmarin apabila mengaku membunuh enam lagi wanita antara Disember 2006 hingga Disember 2008.

Para penyiasat berjaya menemui empat mayat semalam dan satu lagi mayat dijumpai tahun lepas tetapi satu lagi mayat gagal dikesan.

Hon-sun juga turut disyaki terlibat dalam satu kebakaran di kediamannya pada 2005 yang mengakibatkan isteri dan ibu mentuanya mati.

Lelaki itu memberitahu polis bahawa dia berasa tidak berdaya untuk meneruskan kehidupan selepas kematian isterinya dan mula mempunyai keinginan kuat untuk membunuh.


Mahu Dapatkan Duit Lebih?
��
4:09 PM | Posted in ,

London - Seorang pelajar, Ali Moeen Nawazish (gambar) dianggap pelajar paling bijak di Britain apabila lulus 23 mata pelajaran A-Level dalam setahun dan memperoleh gred A dalam 22 subjek, lapor sebuah akhbar semalam.

Ali, 18, mengambil 22 mata pelajaran A-Levels dan dua mata pelajaran AS-Levels dalam tempoh 12 bulan dalam usahanya untuk mendapat tempat di Universiti Cambridge.

Dia yang mendakwa dahagakan ilmu pengetahuan memperoleh 22 A, satu B dan C selepas belajar selama 10 jam sehari.

"Saya juga mula belajar sesuatu subjek tiga hari sebelum peperiksaan dan saya bersyukur kerana berjaya memperoleh gred A," ujarnya.

Pencapaian menakjubkan remaja itu membolehkannya melanjutkan pelajaran dalam bidang sains komputer di Kolej Trinity Cambridge.

Kakaknya, Hina Mehwish merupakan seorang doktor di Pakistan manakala kedua-dua ibu bapanya adalah doktor perubatan.

P/S: Ini mesti jenis otak yang berselirat giler nih... hehe


Khazanah Alam Ciptaan Tuhan - Daftar Sekarang!
Category: , |
��
4:03 PM | Posted in , ,
Beberapa penduduk melihat seekor ikan aneh yang
ditemui di Pantai Jambula, Indonesia kelmarin


Ternate - Penduduk Kelurahan Jambula di Ternate, Maluku Utara gempar dengan penemuan seekor ikan aneh yang terdampar di pantai di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Ikan itu ditemui oleh empat nelayan kelmarin yang sedang memancing apabila ikan tersebut tiba-tiba berenang ke tepi Pantai Jambula sebelum terdampar di darat.

Keempat-empat nelayan itu terkejut melihat ikan seberat 100 kilogram itu yang berbadan hampir bulat dan mempunyai mulut kecil tetapi mempunyai sirip serta ekor yang besar.

Ikan itu mempunyai sirip tebal tetapi lembik seperti berdaging berbeza dengan ikan biasa yang mempunyai sirip yang keras.

Ekor dan sirip yang berada di bahagian bawah ikan itu seperti bersambung bersambung dengan bahagian badan.

"Tidak pernah seorang pun, walaupun orang tua, di kampung ini yang pernah melihat ikan seperti ini," kata seorang penduduk tempatan, Said Tiara.


Click Untuk Mengiklan Di Site Ini
Category: , , |
��
3:57 PM | Posted in ,
Penduduk kampung membantu anggota polis membawa keluar mayat Md. Razif
yang ditemui mati di rumahnya di Kampung Masjid Lama, Kangar semalam


Kangar - Penduduk di Kampung Masjid Lama dekat sini gempar apabila misteri bau busuk yang berlarutan sejak tiga hari lalu di kampung terbabit membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki.

Mayat Md. Razif Abdullah (gambar), 46, ditemui di rumahnya pada pukul 6 petang kelmarin oleh cucu saudaranya yang datang ke rumah datuknya itu setelah tiga hari gagal dihubungi.

Menurut cucu saudaranya itu, Nor Syazah Husrah Aziz, 12, datuknya merupakan seorang pembuat sangkar burung dan sering keluar rumah bertemu pelanggannya untuk mengambil tempahan.

"Sebelum kejadian, atuk ada bagi tahu ingin ke Kelantan untuk bertemu pelanggannya, tetapi apabila kami cuba hubunginya beberapa kali, telefon bimbitnya tidak berjawab.

"Kebiasaannya, atuk akan jawab telefon. Ekoran itu, saya dan emak pergi ke rumahnya dan alangkah terkejutnya apabila mendapati dia sudah tidak bernyawa di bilik tidurnya," katanya.

Penemuan mayat tersebut turut menarik perhatian penduduk kampung terbabit yang berpusu-pusu ke rumah terbabit sekali gus merungkai misteri bau busuk di kampung itu.

Category: , |
��
6:32 AM | Posted in , ,
"Saya tak kisah kalau orang kata isu saya dan Abby Abadi yang menaikkan nama saya," demikian kata Zulkifli Ariffin yang semakin dikenali.

Nama Zulkifli atau lebih senang membahasakan diri sebagai Zul mula mendapat perhatian apabila dikaitkan menjalin hubungan mesra dengan Abby selepas pelakon itu mengalami krisis rumah tangga dengan Norman Hakim.

Malah semasa hadir ke majlis pelancaran filem Evolusi KL Drift II baru-baru ini Zul dlihat memandu kereta milik Abby sendirian. Zul turut berlakon filem itu.

"Ya saya akui saya memandu kereta Abby untuk datang ke sini. Sebenarnya sata dari lokasi penggambaran drama Gerak Khas. Abby juga di sana.

"Saya lari ke sini sekejap dan akan menyambung penggambaran semula sebab itu saya menggunakan kereta Abby," jelas Zul.

Zul bersedia menerima apa sahaja tanggapan terhadap dirinya sekarang. Namun yang lebih penting dia ingin mengaut peluang yang ada.

"Kalau orang kata saya semakin dikenali kerana gosip dengan Abby pun saya tak kisah. Saya anggap itu satu peluang kepada saya.

"Tapi yang lebih penting saya mahu membuktikan saya seorang pelakon yang baik. Sebenarnya saya mula berlakon hujung tahun lalu sebelum saya berjumpa Abby. Saya dulu seorang model.

"Saya berjumpa Abby pun melalui kerja, pada masa itu saya dan berlakon. Tapi apabila saya berjumpa Abby saya dapat lebih pendedahan, saya terima semua itu.
Saya sedar sekarang ini apabila saya ke mana-mana ada yang perasan dengan kehadiran saya," jelas Zul.

Zul menyifatkan hubungannya dengan Abby sebagai kawan profesional dan mengakui Abby banyak membantunya sebagai seorang yang masih baru dalaml akonan.

Ingin maju

Zul kini menjadikan lakonan sebagai kerjaya utamanya dan memberikan sepenuh tumpuan kepada kerjaya barunya itu.

"Sebenarnya saya dapat tawaran berlakon pun secara tak sengaja. Semasa saya berjalan-jalan ada seseorang mendekati saya dan menawarkan satu watak dalam drama Apa Itu Cinta.

"Saya anggap itu satu rezeki dan apa salahnya saya mencuba. Apabila cuba, saya rasa jiwa saya sesuai dengan bidang lakonan dan memutuskan untuk bergiat serius.

"Selepas itu saya mendapat tawaran berlakon Gerak Khas. Sehingga sekarang masih lagi menjalani penggambaran Gerak Khas.

"Saya juga dapat tawaran berlakon drama lain semasa berlakon Gerak Khas, tapi saya masih baru dan tak mahu hilang tumpuan lalu saya menolak. Lagipun jadual penggambarannya bertindih.

"Kalau jadualnya tak bertindih saya sedia terima," jelas Zul lagi.

P/S: Bak kata Shamsul Ghau-ghau ngan Amy Mastura (sebelum ni Sheila Rusly)...
"APE-APE AJELAH~" Huhu...


Click Untuk Mengiklan Di Site Ini
��
6:26 AM | Posted in
SETELAH Nabi Musa menghadapi pelbagai rintangan, baginda terpaksa pula berhadapan dengan Firaun dan pengikutnya. Allah memerintahkan baginda menyeru Firaun bersama pengikutnya supaya menyembah Allah. Firaun memerintah Mesir dengan kejam dan zalim. Firaun juga mengaku dirinya sebagai Tuhan.

Nabi Musa memohon kepada Allah agar diberikannya seorang teman dan sebagai wazir bagi dirinya iaitu saudaranya yang bernama Harun. Allah SWT telah memakbulkan doa Nabi Musa.

Allah telah memberi ilham kepada Harun supaya segera berangkat mendapatkan Nabi Musa di Thur Sina. Maka bertemulah dua saudara itu. Mereka berjanji akan saling membantu untuk sama-sama melepaskan rakyat Mesir daripada disesatkan oleh Firaun yang sombong dan zalim itu.

Allah SWT telah memerintahkan Nabi Musa bersama Harun mengadap Firaun dengan segera. Allah mahu Nabi Musa dan Nabi Harun menyeru Firaun dengan lemah-lembut.

Kedua-duanya segera menuju ke Mesir dan bertemu dengan Firaun. Mereka menyeru Firaun dan pengikutnya agar menyembah Allah, namun Firaun tidak mengendahkan seruan mereka.

"Bukankah kami yang mendidik kamu. Kami yang membesarkan kamu. Kamu tinggal dengan kami bertahun-tahun lamanya," kata Firaun kepada Nabi Musa dengan marah.

"Adakah kerana penjagaan aku dulu engkau mahukan balasan yang baik? Bukankah itu kejahatan yang engkau lakukan terhadap kaum Bani Israel?" tanya Nabi Musa.

"Aku meninggalkan istana kerana aku tidak mahu tersesat dengan kepercayaan kamu, wahai Firaun. Aku telah mendapat rahmat daripada Allah SWT. Allah telah mengangkat aku menjadi rasul-Nya," terang Nabi Musa.

"Siapakah tuhan bagi seluruh alam ini?" tanya Firaun.

"Allah, Tuhan bagi seluruh alam ini. Bukannya kamu. Allah yang menjadikan langit dan bumi," terang Nabi Musa.

Firaun amat marah kerana tidak dapat mengalahkan Nabi Musa dengan kata-kata. Maka dia menggunakan kekuatan yang ada padanya. Firaun mahu Nabi Musa dipenjarakan sekiranya Nabi Musa enggan menyembahnya.

Nabi Musa tidak takut dengan apa yang diperintahkan Firaun kepadanya. Baginda mahu menunjukkan mukjizat yang diberikan oleh Allah kepadanya.

"Mahukah engkau melihat mukjizat hebat yang Allah bagi kepadaku?" tanya Nabi Musa.

"Aku tidak akan percaya sebelum melihat bukti yang nyata. Aku mahu melihat bukti itu," jawab Firaun.

Dengan penuh harapan, Nabi Musa memperlihatkan mukjizat Allah berikan kepadanya. Baginda telah melemparkan tongkat lalu menjadi ular yang besar dan memasukkan tangannya ke dalam saku bajunya. Apabila tangan itu dikeluarkan, tangan tersebut mengeluarkan sinar yang berkilauan. Nabi Musa mahu Firaun insaf dan sedar apabila melihat bukti itu.

Walaupun sudah terbukti, Firaun tetap tidak mahu menyembah Allah. Kehebatan yang ada pada Nabi Musa diperkecil-kecilkan oleh Firaun. Dia menganggap mukjizat yang ada pada Nabi Musa itu adalah sihir semata-mata.

PENGAJARAN

Pendekatan yang berhikmah perlu ada dalam setiap pendakwah. Begitu juga dengan sikap lemah lembut walaupun berhadapan dengan orang yang menentang ajaran agama atau bersikap zalim.

Petikan daripada buku Untaian 366 kisah daripada al-Quran terbitan Edusystem Sdn. Bhd.

Mahu Dapatkan Duit Lebih?
Category: |
��
6:13 AM | Posted in , ,
Butterworth, 30 Jan. - Seorang warga asing dipercayai mabuk bertindak 'melarikan' bas awam yang ditinggalkan oleh pemandunya untuk menunaikan solat Jumaat, tanpa mematikan enjin.

Bagaimanapun, tindakan lelaki warga asing itu tidak ke mana apabila bas yang dipandunya itu terbabas lalu merempuh dinding sebuah rumah tidak jauh dari Masjid Jamek Alor Merah di sini pukul 2 petang ini.

Warga asing yang dipercayai rakyat Vietnam itu merupakan antara lapan penumpang bas RapidPenang itu yang dalam perjalanan dari Alor Merah ke Sungai Puyu.

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat RapidPenang Sdn. Bhd., Azhar Ahmad ketika dihubungi berkata, pihaknya difahamkan kejadian berlaku apabila pemandu bas itu meninggalkan bas di tepi jalan dalam keadaan enjinnya tidak dimatikan.

"Oleh kerana ada penumpang di dalam bas itu, pemandu tersebut tidak mematikan enjin bas.

"Entah macam mana, seorang daripada penumpang yang berada di dalam bas itu dipercayai rakyat Vietnam, pergi ke tempat duduk pemandu dan cuba memandu bas berkenaan.

"Bas itu bergerak tetapi melanggar tiang elektrik di hadapan sebuah rumah di situ sebelum merempuh sebahagian dindingnya menyebabkannya runtuh," katanya.

Azhar berkata, dua daripada penumpang bas panik lalu melarikan diri manakala enam lagi ditahan polis untuk membantu siasatan.

"Kita menyerahkan kes kemalangan ini kepada pihak polis untuk membuat siasatan selain siasatan dalaman oleh syarikat bas.

"Jika didapati bersalah kerana cuai, tindakan disiplin akan diambil terhadapnya," katanya.

Sementara itu, penghuni rumah yang dirempuh bas itu, Oh Kack Ching, 83, terselamat dalam kejadian itu.

Ketika kejadian, warga emas itu sedang leka membuat adunan mi sanggul di rumah papannya yang berusia lebih 80 tahun.

Menurutnya, dia terkejut melihat batu melantun dan sebahagian besar dinding rumah papan setingkat itu roboh secara tiba-tiba.

"Saya sedang buat mi yang ditempah oleh pelanggan apabila secara tiba-tiba, dinding rumah ini runtuh dan batu melantun.

"Saya terkejut melihat bas sudah rempuh rumah dan hanya berhenti setelah tersangkut di pokok mempelam," katanya.

Dia berkata, walaupun dinding rumahnya roboh, dia bersyukur tidak mengalami sebarang kecederaan.

P/S: Kes macam ni pun boleh terjadi... Solat Jumaat itu memang wajib tapi dalam masa yang sama bas yang di tinggalkan masih ada penumpang?? Isk.. Isk.. Isk.. Kena cari pendekatan yang lebih pratikal macam ni..


Hand Bouquets • Flower Baskets • Fruits & Flowers • Table Flower • Congratulatory Stands • Special Gifts • Hampers • Cakes
��
5:46 AM | Posted in , ,
Rangka itu disahkan milik A. Fairos selepas ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dijalankan di Institut Perubatan Forensik, Hospital Polis di Bangkok
Kuala Kangsar, 30 Jan - "Walaupun hanya tulangnya sahaja yang ditemui tetapi mak cik redha dengan pemergiannya."
Begitulah luahan Marthiah @ Saadiah Mat Piah, ibu kepada A. Fairos Ahmad Sulaiman, 37, wanita Malaysia yang rangkanya ditemui dalam tangki najis rumah sewanya di Ranong, Phuket di Thailand.

Menurut Marthiah, 63, dia selama ini menunggu penuh debar selepas anak perempuannya itu dilaporkan hilang dan tidak diketahui nasibnya sejak setahun lalu.

Katanya, rangka anak keduanya itu ditemui orang yang menyewa rumah tersebut ketika penyewa warga Jerman itu sedang membaik pulih rumah terbabit.

"Warga Jerman itu terkejut apabila menemui rangka serta serpihan tulang ketika membersihkan rumah itu lalu membuat laporan polis.

"Dari situlah terbongkar segala-galanya sehingga pemeriksaan mengesahkan tulang itu adalah milik anak saya," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Temong Hilir dekat sini hari ini.

Keputusan ujian DNA yang dikeluarkan pada 26 November lalu, dimaklumkan kepada keluarga mangsa baru-baru ini.

Marthiah berkata, apa yang ingin dilakukan oleh keluarganya kini ialah mendapatkan hak penjagaan ke atas cucunya iaitu Johan Sebastian, 5.

Jelasnya, arwah pernah berpesan supaya anaknya itu dipelihara oleh orang yang dipercayai sahaja.

"Fairos pernah berpesan jika dia sudah tiada, dia mahu Johan dijaga oleh orang yang dipercayai kerana dia terlalu menyayangi anak tunggalnya itu.

"Kami akan berusaha mengesan bapanya, Mohd. Lufti Abdullah @ Lambertus Den Dulk untuk mendapatkan cucu saya," katanya.

Menurutnya, A. Fairos dan Mohd. Lufti diijabkabulkan pada 2004 selepas berkenalan ketika sama-sama bekerja di Langkawi, Kedah.

Katanya, kali terakhir A. Fairos menghubunginya ialah pada 8 November lalu, mendakwa yang Mohd. Lufti memukulnya dan dia mahu pulang ke Malaysia.

"Sepatutnya, tidak lama selepas itu Fairos pulang ke Malaysia tetapi dia tidak sampai. Mak cik pun ada telefon beberapa hari selepas itu dan suaminya, Mohd. Lufti kata, arwah sudah pulang ke Malaysia.

Marthiah berkata, pesanan terakhir Fairos itu masih terngiang-ngiang di telinganya kerana arwah merupakan anak yang baik.

P/S: Takziah buat keluarga Pn. Marthiah @ Saadiah Mat Piah sekeluarga atas pemergian arwah, semoga roh arwah tenang dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, Al-Fatihah. Dgn harapan orang yang bertanggungjawab dapat di tangkap secepat mungkin serta menemui cucunya kembali. Amin.

Bantulah Saudara Kira di Gaza dengan Pelbagai Cara

��
11:52 PM | Posted in ,
Kajian UKM mendapati pelumba motosikal haram antara penyumbang besar kepada indeks jenayah negara SEKS di atas motosikal
Suatu yang pelik dan agak mustahil, tetapi bagi sesetengah pelumba motosikal haram atau mat rempit, itu perkara biasa bahkan menjadi kebanggaan kerana ia melambangkan kehebatan sesama mereka.

Tindakan liar dan tidak bermoral itu adalah antara pengakuan mat rempit dan minah rempit berdasarkan kajian terbaru yang dijalankan Ketua Program Psikologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Rozimi Ismail.

Kajian akademik pertama mengenai isu mat rempit itu juga mendedahkan peningkatan pembabitan remaja Melayu yang mencapai 95 peratus daripada keseluruhan mat rempit seluruh negara, berbanding kajian kali pertama pada 2002 yang merekodkan 80 peratus.

Dr Rozimi menjalankan kajian mengikut geran penyelidikan UKM secara berperingkat selama enam tahun bermula 2002 hingga 2006 membabitkan tiga tajuk kajian Kajian pertama bertajuk ‘Mat Rempit dan Hubungan dengan Masalah Sosial (2000 hingga 2002) diikuti kajian kedua bertajuk ‘Faktor Pembabitan Mat Rempit (2003-2004).

Seterusnya, kajian terbaru berjudul ‘Pembabitan Mat Rempit dalam Jenayah’ lebih kepada melihat tahap serta jenis jenayah berpunca daripada golongan berkenaan.

Operasi membanteras kegiatan lumba haram

Hasil kajian mendapati, 97 peratus daripada mereka disifatkan sebagai ‘kepala angin’ atau sanggup melakukan apa saja untuk mencari keseronokan manakala bakinya kira-kira tiga peratus digelar sebagai mat motor iaitu individu yang benar-benar sukakan motosikal.

Kebanyakan mat motor ini pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang lebih kepada mencari keseronokan ketika masa lapang atau melepaskan tekanan menjelang peperiksaan.

“Ramai antara mat rempit yang mengaku terbabit dalam penyalahgunaan dadah, ini membuktikan golongan itu menjadi antara penyumbang besar kepada indeks jenayah negara.

“Kira-kira 24 peratus daripada mereka mengaku pernah terbabit dalam jenayah, misalnya pecah rumah, curi motosikal, kumpulan samseng, vandalisme dan seks bebas.

“Mereka terlalu muda dan masih belum terlewat untuk membantu golongan ini kembali ke pangkal jalan. Kebanyakan mereka berusia antara 14 hingga 25 tahun dan majoritinya berusia lingkungan 21 ke atas,” katanya.

Usia terlalu muda juga menyebabkan mereka mudah taksub kepada ketua kumpulan terdiri daripada mat rempit senior. Ada antara mereka digelar ‘sifu, abang pendek, abang pendek’.

Tidak menghairankan jika dikaji latar belakang mat rempit, ia menjurus kepada golongan yang datangnya daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana. Logiknya mereka juga mempunyai tahap pendidikan agak rendah dan ada antaranya tercicir daripada pengajian sekolah.

Apa yang mereka tahu ialah mencari hiburan tetapi dengan cara tersendiri yang jelas membahayakan nyawa sendiri bahkan boleh menjadi igauan ngeri kepada pengguna jalan raya lain.

Kebanyakan mereka penganggur yang tidak mempunyai pendapatan tetap, pekerja kilang (bahagian am), mat despatch (penghantar surat), penjual burger jalanan, pembantu bengkel kenderaan dan pelajar (sekolah dan IPT).

Kajian yang dijalankan dengan kerjasama cawangan Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu juga mendapati, 85 peratus daripada mereka tidak mempunyai lesen memandu atau tamat tempoh sah.

Kebanyakan mereka juga sering menggunakan motosikal milik ibu bapa, abang, kawan, syarikat untuk berlumba. Agak menarik, mat rempit mempunyai sikap setia kawan yang cukup tinggi dan sering mengutamakan kumpulan.

Contoh paling mudah ialah jika berlaku kemalangan sama ada ketika operasi atau berlumba, mereka akan melarikan rakan mereka dan motosikal secepat mungkin sebelum dicekup polis.

INFO: Mat Rempit
  • 76 peratus pernah ditahan polis sekurang-kurangnya sekali atau kesalahan sama atau jenayah.
  • 24 peratus daripada mereka akan mat rempit baru (ikutan).
    11 peratus daripada mereka adalah pelajar termasuk Institut Pengajian Tinggi (IPT).
Kajian:

pembabitan Mat Rempit dalam Jenayah (560 responden)
Faktor Pembabitan Mat Rempit (100 responden)
Mat Rempit dan Hubungan dengan Masalah Sosial (108 responden)
Kawasan kajian:
  • Zon Utara (Kedah dan Pulau Pinang)
  • Zon Tengah (Kuala Lumpur dan Perak)
  • Zon Pantai Timur (Terengganu dan Kelantan)
  • Zon Selatan (Johor).

Antara geng mat rempit:

  • Apache (Kuala Lumpur)
  • Budak Shell (Kuala Lumpur)
  • Man Botak (Pantai Timur)
  • Man Kerinting (Pantai Timur)
  • Skuter Boys (Sungai Besi, Kuala Lumpur)
Jenis motosikal paling popular digunakan mat rempit:
  • Yamaha RXZ
  • Honda EX5
  • Yamaha Nuovo
  • Suzuki 100
  • Modenas Kriss
Cadangan:
  • Mewujudkan tempat aktiviti sesuai untuk mereka seperti litar lumba secara percuma.
  • Menghantar mat rempit menyertai aktiviti atau program yang mampu mengubah tingkah laku mereka dan wujudkan sikap saling menghargai.


    Aksi Rempit Santai - JANGAN TIRU AKSI INI !!



    Khazanah Alam Ciptaan Tuhan - Daftar Sekarang!
  • Category: , |
    ��
    11:36 PM | Posted in , ,
    Kuala Lumpur.

    Mahkamah Sesyen di sini membenarkan permohonan penyanyi Amy Search untuk membatalkan saman terhadapnya berhubung dakwaan cuai sehingga menyebabkan seorang kanak-kanak melecur terkena tom yam panas di Restoran Cheng Ho yang dia mempunyai kepentingan.

    Hakim Sabariah Othman membatalkan saman dan tuntutan itu dengan kos setelah mendengar hujah peguam Ahmad Zaharil Muhaiyar, mewakili Amy, dan peguam Adnan Seman, bagi pihak plaintif.

    Ahmad Zaharil dalam hujahnya berkata Amy tidak patut disaman atas kapasiti sebagai individu dalam tuntutan itu kerana pemilik sebenar bagi restoran itu ialah syarikat IconHill Sdn Bhd.

    P/S: Susah jugak kalau empunya Kedai adalah ikon dan di kenali ramai, lagi-lagi artis... Mudah jadi sasaran orang lain untuk ambil kesempatan nak saman. Cuba bawak berunding elok-elok, rasanya Amy pon boleh bantu dari segi kos rawatan yang sepatutnya. Staff yang kerja sambil lewa pun satu hal, dah tau kedai makan pentingkan servis, jadinya kenalah hati-hati bawak mangkuk-mangkuk panas tuh... (tapi tu lah kadang-kadang org kata, malang tidak berbau.... abih kalau berbau? Sendiri cari nahas lah gamaknya...)


    Hand Bouquets • Flower Baskets • Fruits & Flowers • Table Flower • Congratulatory Stands • Special Gifts • Hampers • Cakes
    Category: , , |
    ��


    Hand Bouquets • Flower Baskets • Fruits and Flowers • Table Flower • Congratulatory Stands • Special Gifts • Hampers • Cakes