Kuala Lumpupr - Nur Jumiah Saad (gambar), 17, yang sebelum ini mahu pulang ke pangkuan keluarga di Sik, Kedah, setelah tidak tahan hidup dalam kemiskinan bersama suaminya di Medan, Indonesia akan memujuk suaminya untuk turut pulang ke Malaysia bersamanya nanti.
Ketika ini, suami wanita itu, Suranto Ngadio, 30-an, masih enggan kembali ke Malaysia kerana bimbang ditangkap pihak berkuasa negara ini walaupun membenarkan Nur Jumiah dan anak mereka, Disti, 1, pulang.
Nur Jumiah ketika dihubungi dari Pangkalan Brandan, Medan semalam berkata, dia sudah puas memujuk Anto, namun suaminya itu bertegas meminta dia dan anaknya pulang dahulu.
"Dia masih takut dipenjara dan akan kumpul duit sendiri untuk ke Malaysia kemudian,'' katanya.
Ditanya adakah dia sanggup berpisah dengan Anto sekiranya suaminya itu masih tidak mahu pulang ke Malaysia, Nur Jumiah berkata, dia tiada pilihan melainkan kembali ke kampung bersama anak.
Sementara itu, bapanya, Saad Ahmad ketika dihubungi gembira dengan berita anak dan cucunya akan pulang.
"Pak cik sudah boleh tidur lena sekarang,'' katanya ketika dihubungi semalam.
P/S: Fikir dahulu pendapatan, fikir kemudian... sekarang apa dah jadi??
Site Link: Sengsara Suami Orang Medan
0 responses to "Pujuk Suami Pulang ke Malaysia"