Click Untuk Mengiklan Di Site Ini



Dapatkan MiniSite PERCUMA Anda Di Sini!



Mahu Dapatkan Duit Lebih?

Hand Bouquets • Flower Baskets • Fruits and Flowers • Table Flower • Congratulatory Stands • Special Gifts • Hampers • Cakes




Berita Harian

New Strait Times

The Star Online

Malaysiakini

Harakah Daily

Bernama News

Utusan Malaysia

Sinchew Daily

Harian Metro

4:36 PM | Posted in ,
Kematian kerana melahirkan anak boleh dielakkan dengan bantuan pegawai kesihatan berkemahiran, nutrisi yang mencukupi, kemudahan perubatan dan perancangan keluarga
DI SEBUAH kampung di daerah miskin dan kotor di timur India, Manohar Kumbhakar dan keluarganya masih bersedih atas kematian isterinya. Dia yang berusia 25 tahun meninggal dunia ketika melahirkan anak kerana dibantu oleh bidan palsu.

"Saya tidak tahu apa yang dilakukannya ke atas menantu saya. Bidan palsu itu tidak membenarkan saya masuk ke dalam bilik.

"Selepas dua jam kemudian, dia kata menantu saya perlu dibawa ke hospital. Dia kemudiannya menafikan terlibat dalam sebarang rawatan," kata ibu Kumbhakar, Helubala.

Menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNICEF), setiap tahun, dianggarkan 78,000 ibu meninggal dunia ketika melahirkan anak dan mengalami komplikasi sewaktu mengandung.

Angka itu menunjukkan betapa miskinnya golongan wanita di pedalaman yang terus ketinggalan daripada arus kemajuan ekonomi yang telah membebaskan jutaan rakyatnya keluar daripada kemiskinan.

Kadar kematian akibat melahirkan anak berada pada 450 orang bagi setiap 100,000 kelahiran, berbanding sekitar 540 orang pada tahun 1998 hingga 1999.

Angka itu jauh daripada Sasaran Pembangunan Milenium India yang mahu mengurangkan kadar kematian kepada 109 orang menjelang tahun 2015, jelas UNICEF.

Sebagai perbandingan, kadar kematian ketika melahirkan anak di China telah turun hingga kurang daripada 50 orang.

Laporan Keadaan Kanak-kanak Dunia UNICEF 2009 yang diterbitkan pada Januari menyatakan, usaha India untuk mengurangkan kadar kematian gagal berikutan berlakunya jurang ketidaksamaan sosial, selain kekurangan kemudahan penjagaan kesihatan asas.

Berjuta-juta kelahiran tidak disambut oleh doktor, jururawat atau bidan terlatih, walaupun ekonomi India berkembang hampir sembilan peratus dalam tiga tahun kebelakangan ini.

Kira-kira dua pertiga wanita di India masih melahirkan anak di rumah. Wanita daripada kasta rendah paling menderita kerana mereka sering dinafikan untuk mendapatkan perubatan asas.

"Kadar kematian akibat kelahiran tidak turun seperti yang dirancang," kata Koordinator Polisi dan Kempen untuk Oxfam India, Avinash Kumar.

Bidan tradisional seperti Chapa Sahis, 50, sering menjadi satu-satunya bantuan kepada wanita yang ingin melahirkan anak di kawasan-kawasan pedalaman.

UNICEF dan pihak berkuasa tempatan cuba menawarkan latihan lebih baik, tetapi kelulusan Sahis terlalu minimum.

"Saya bukannya doktor atau jururawat terlatih. Saya ada menjalani latihan untuk memotong urat menggunakan pisau. Seorang doktor sentiasa boleh menyelamatkan banyak nyawa," katanya.

Kematian kerana melahirkan anak boleh dielakkan dengan bantuan pegawai kesihatan berkemahiran, nutrisi yang mencukupi, kemudahan perubatan lebih baik dan perancangan keluarga.

Namun bagi wanita miskin, terutamanya di pedalaman India yang tahap kesuburan mereka adalah tinggi dan perkahwinan pada usia muda menjadi satu kebiasaan, usaha untuk akses lebih baik terhadap penjagaan kesihatan bukanlah mudah.

Wanita di India berkahwin pada usia semuda 17 tahun. Di kalangan wanita berumur 15 hingga 19 tahun, 16 peratus daripadanya sudah mula mengandung, jelas laporan Kaji Selidik Kesihatan Keluarga Nasional (NFHS) pada tahun 2005-2006.

"Semakin muda seseorang perempuan itu mengandung, semakin tinggi risiko kesihatan pada diri dan anaknya," kata Pengarah Eksekutif UNICEF, Ann M. Veneman.

UNICEF menyatakan hampir separuh wanita yang meninggal dunia sewaktu tempoh mengandung dan melahirkan anak di Purulia, negeri Tengah Benggali, tidak menerima pendidikan formal.

"Wanita yang mengandung terlalu awal tidak bersedia untuk melahirkan anak. Banyak kali juga mereka gagal mengenal pasti tanda-tanda bilakah masanya untuk perlu pergi ke hospital," kata seorang jururawat tempatan, Alpana Mahato.

Golongan ini sering dihantar pulang ke rumah tanpa mendapat kemudahan kesihatan sepatutnya. Ataupun, pegawai kesihatan melihat mereka tidak cukup sakit dan tidak berbaloi untuk pergi ke sana. Apabila mereka pergi, wanita yang bakal melahirkan anak ini kadangkala diperas ugut.

"Kami ada berjumpa kakitangan pusat kesihatan di Uttar Pradesh meminta wang daripada seorang wanita miskin untuk membantunya melahirkan anak.

"Ramai juga yang dihalau dari pusat-pusat kesihatan dan dipaksa beranak di jalanan atau taman hospital," kata Jashodhara Dasgupta dari satu kumpulan aktivis, Health Watch.

Pengambilan makanan di kalangan wanita di negara Asia Tenggara mesti ditingkatkan sekiranya ingin kadar kematian menurun.

Lebih daripada separuh wanita di India mengalami masalah anemia, satu lagi 'pembunuh' sewaktu melahirkan bayi, berbanding hanya 24 peratus di kalangan lelaki, jelas laporan NFHS.

"Nutrisi dan anemia merupakan penyumbang utama kepada kadar kematian ketika melahirkan anak. Di rumah, wanita adalah individu yang terakhir mendapat makanan. Mereka sangat lemah, sebab itulah mereka mudah meninggal dunia," kata kumar dari UNICEF


Hand Bouquets • Flower Baskets • Fruits & Flowers • Table Flower • Congratulatory Stands • Special Gifts • Hampers • Cakes
Category: , |
��

Comments

0 responses to "Mati Ketika Melahirkan"



Hand Bouquets • Flower Baskets • Fruits and Flowers • Table Flower • Congratulatory Stands • Special Gifts • Hampers • Cakes