Click Untuk Mengiklan Di Site Ini



Dapatkan MiniSite PERCUMA Anda Di Sini!



Mahu Dapatkan Duit Lebih?

Hand Bouquets • Flower Baskets • Fruits and Flowers • Table Flower • Congratulatory Stands • Special Gifts • Hampers • Cakes




Berita Harian

New Strait Times

The Star Online

Malaysiakini

Harakah Daily

Bernama News

Utusan Malaysia

Sinchew Daily

Harian Metro

5:46 AM | Posted in , ,
Rangka itu disahkan milik A. Fairos selepas ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dijalankan di Institut Perubatan Forensik, Hospital Polis di Bangkok
Kuala Kangsar, 30 Jan - "Walaupun hanya tulangnya sahaja yang ditemui tetapi mak cik redha dengan pemergiannya."
Begitulah luahan Marthiah @ Saadiah Mat Piah, ibu kepada A. Fairos Ahmad Sulaiman, 37, wanita Malaysia yang rangkanya ditemui dalam tangki najis rumah sewanya di Ranong, Phuket di Thailand.

Menurut Marthiah, 63, dia selama ini menunggu penuh debar selepas anak perempuannya itu dilaporkan hilang dan tidak diketahui nasibnya sejak setahun lalu.

Katanya, rangka anak keduanya itu ditemui orang yang menyewa rumah tersebut ketika penyewa warga Jerman itu sedang membaik pulih rumah terbabit.

"Warga Jerman itu terkejut apabila menemui rangka serta serpihan tulang ketika membersihkan rumah itu lalu membuat laporan polis.

"Dari situlah terbongkar segala-galanya sehingga pemeriksaan mengesahkan tulang itu adalah milik anak saya," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Temong Hilir dekat sini hari ini.

Keputusan ujian DNA yang dikeluarkan pada 26 November lalu, dimaklumkan kepada keluarga mangsa baru-baru ini.

Marthiah berkata, apa yang ingin dilakukan oleh keluarganya kini ialah mendapatkan hak penjagaan ke atas cucunya iaitu Johan Sebastian, 5.

Jelasnya, arwah pernah berpesan supaya anaknya itu dipelihara oleh orang yang dipercayai sahaja.

"Fairos pernah berpesan jika dia sudah tiada, dia mahu Johan dijaga oleh orang yang dipercayai kerana dia terlalu menyayangi anak tunggalnya itu.

"Kami akan berusaha mengesan bapanya, Mohd. Lufti Abdullah @ Lambertus Den Dulk untuk mendapatkan cucu saya," katanya.

Menurutnya, A. Fairos dan Mohd. Lufti diijabkabulkan pada 2004 selepas berkenalan ketika sama-sama bekerja di Langkawi, Kedah.

Katanya, kali terakhir A. Fairos menghubunginya ialah pada 8 November lalu, mendakwa yang Mohd. Lufti memukulnya dan dia mahu pulang ke Malaysia.

"Sepatutnya, tidak lama selepas itu Fairos pulang ke Malaysia tetapi dia tidak sampai. Mak cik pun ada telefon beberapa hari selepas itu dan suaminya, Mohd. Lufti kata, arwah sudah pulang ke Malaysia.

Marthiah berkata, pesanan terakhir Fairos itu masih terngiang-ngiang di telinganya kerana arwah merupakan anak yang baik.

P/S: Takziah buat keluarga Pn. Marthiah @ Saadiah Mat Piah sekeluarga atas pemergian arwah, semoga roh arwah tenang dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, Al-Fatihah. Dgn harapan orang yang bertanggungjawab dapat di tangkap secepat mungkin serta menemui cucunya kembali. Amin.

Bantulah Saudara Kira di Gaza dengan Pelbagai Cara

��

Comments

0 responses to "Ibu Redha Dengan Pemergian A. Fairos"



Hand Bouquets • Flower Baskets • Fruits and Flowers • Table Flower • Congratulatory Stands • Special Gifts • Hampers • Cakes