Click Untuk Mengiklan Di Site Ini



Dapatkan MiniSite PERCUMA Anda Di Sini!



Mahu Dapatkan Duit Lebih?

Hand Bouquets • Flower Baskets • Fruits and Flowers • Table Flower • Congratulatory Stands • Special Gifts • Hampers • Cakes




Berita Harian

New Strait Times

The Star Online

Malaysiakini

Harakah Daily

Bernama News

Utusan Malaysia

Sinchew Daily

Harian Metro

3:28 PM | Posted in , ,
Sambutan ‘Raya Cina’ dengan adik kandung yang terpisah 36 tahun

MENYAMBUT perayaan Tahun Baru Cina selepas memeluk Islam sejak 13 Julai 2007, tidak memberikan apa-apa perubahan kepada pelakon dan jurutari profesional Corrie Lee atau nama sebenarnya Adam Corrie Lee Abdullah, 41.

Bagi Corrie, beliau masih lagi menyambut perayaan tersebut bersama keluarganya di Taiping, Perak pada setiap tahun.

"Saya masih lagi menyambut perayaan TBC dengan keluarga pada setiap tahun. Walaupun saya seorang Muslim, tiada jauh bezanya tentang perayaan tersebut kerana saya tetap merasa gembira seperti ahli keluarga saya yang lain.

CORRIE membawa pulang isteri tercinta, Fazema Mohd Fuad ke kampungnya di Taiping untuk sama-sama meraikan Tahun Baru Cina.

"Cuma apa yang membezakannya adalah dari segi makanan dan cara mereka menyambutnya," ulas Corrie yang telah mendirikan rumahtangga dengan Fazema Mohd Fuad, 30, pada 21 November tahun lalu.

Untuk perayaan TBC hari ini, Corrie membawa pulang isterinya ke kampung halaman bagi meraikan bersama-sama keluarganya.

"Tahun ini gembira sedikit kerana saya membawa isteri berjumpa dengan ibu saya. Ibu saya pun tidak sabar untuk bertemu dengan menantunya. TBC tahun ini ibu saya sudah berpesan awal-awal lagi supaya kami balik untuk meraikannya bersama-sama.

"Mungkin kami akan meluangkan masa kira-kira tiga hingga empat hari sahaja kerana banyak kerja yang kami terpaksa lakukan di Kuala Lumpur.

"Pada tahun ini, tiada banyak beza tentang sambutan perayaan ini dengan sambutan tahun lepas cuma kelebihannya pada kali ini sebab saya meraikannya bersama isteri dan saya juga teruja untuk menyambutnya sebab masing-masing tak sabar nak berjumpa antara satu sama lain.

"Adik-beradik pun ada yang turut serta dan ada yang tidak kerana giliran beraya dengan keluarga sebelah pasangan masing-masing,” ujar anak keempat daripada tujuh beradik ini.

Jumpa adik kandung selepas 36 tahun terpisah

Selain daripada itu, Corrie juga bakal berkongsi kegembiraannya dengan adik kandungnya yang terpisah sejak 36 tahun dahulu.

"Pada Oktober lalu, saya telah berjumpa dengan adik kandung saya yang keenam iaitu Shahrizah Hussein, 36, kerana dia dijaga oleh keluarga Melayu.

"Sebelum ini saya tahu yang saya mempunyai seorang adik lelaki tetapi hal ini senyap begitu sahaja. Keluarga saya pun tidak berusaha untuk mencari," luah Corrie.

Corrie mengklasifikasikan jejak kasih beliau dengan adiknya itu ibarat "Lain yang dicari, lain yang didapatnya" kerana pertemuan mereka berlaku dalam keadaan tidak dirancang.

"Ikutkan saya nak mencari kawan baik saya iaitu Rahim melalui temubual di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Astro kerana dia merupakan orang pertama yang membawa saya ke masjid.

"Di dalam temubual itu, hos waktu itu memberikan peluang kepada saya untuk memberikan kata-kata akhir jadi saya gunakan kesempatan itu untuk mencari rakan saya yang terpisah.
"Jadi, yang membuatkan saya terkejut adalah bukan kawan saya yang muncul sebaliknya adik saya.

"Adik saya ini telah dibesarkan oleh sebuah keluarga Islam," cerita Corrie yang merasakan kegembiraannya berganda apabila dapat membawa pulang isteri dan adik kandung sekaligus untuk menyambut perayaan TBC pada hari ini.

Empat jam ‘soal siasat’ adik kandung
Bercerita mengenai jejak kasih antara Corrie dan Syahrizah, beliau pada mulanya sukar untuk mempercayai yang pemuda tersebut adalah adik kandungnya kerana terdapat kekeliruan pada namanya.

"Selama empat jam juga saya berborak dengan Syahrizah dan dua hari selepas itu, saya membawa dia berjumpa dengan abang sulung dan adik-beradik yang lain.

"Semasa kenduri kahwin saya di Kuala Lumpur tahun lalu, ikutkan semua adik-beradik ‘turun padang’ termasuk Syahrizah melainkan abang ketiga saya yang bekerja sebagai polis di Bukit Aman kerana berada di Eropah," ujar Corrie yang bakal muncul dengan drama bersiri Kasarin, Gerak Khas: Transaksi dan telefilem Tuntutan Maut untuk TV3.

Adam Corrie Lee Abdullah

MUNGKIN inilah yang dinamakan jodoh, perkenalan singkat tidak sampai dua bulan pada 30 Ogos lalu akhirnya mengheret pasangan ini ke gerbang perkahwinan.

Siapa tidak kenal koreografer yang juga tenaga pengajar program Akademi Fantasia, Corrie Lee, 40, atau nama Islamnya Adam Corrie Lee Abdullah ini.

Dia yang gemar disapa Corrie menamatkan status solonya bersama gadis berasal dari Teluk Wanjah, Kedah, Fazima Fuad, 30, pada 21 November lalu di Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah dengan mas kahwin RM80.

Perkenalan singkat mereka bermula daripada seorang kenalan yang membawa kepada pertemuan empat mata antara kedua-dua mereka di rumah kakak Fazima yang terletak di Batu Caves, Selangor pada 30 Ogos lalu.

Namun, pertemuan tersebut tidak hanya berakhir di situ. Tiga hari kemudian, iaitu pada hari ketiga Ramadan mereka mula keluar bersama.

Ternyata tarikan jodoh antara Corrie dan Fazima begitu kuat apatah lagi, pada hari ketujuh Ramadan, mereka sekali lagi bertemu dan detik itu mereka gunakan bagi mengukir janji untuk hidup bersama.

Lantas, tarikh 17 September lalu dipilih bagi menjalin ikatan pertunangan di antara mereka.
Ditemui baru-baru ini pada majlis resepsi mereka yang berlangsung di Dewan Serba guna MPAJ, Taman Seri Keramat AU2, Kuala Lumpur, Corrie yang mengenakan pakaian berwarna coklat keemasan mengakui, tanggungjawabnya kini semakin bertambah sejak bergelar suami.

Bukan sahaja sebagai ketua keluarga malah, menurut Corrie serba serbi kehidupan mereka kini menjadi tanggungjawabnya sementelah dia harus bijak membahagikan kasih sayang antara isteri dan juga keluarga.

Mengulas mengenai perkenalan singkat di antara mereka, menurut Corrie ada cerita di sebalik pertemuan mereka.

Cerita Corrie, sebelum menemui Fazima dia pernah mendapat alamat melalui mimpi ketika menunaikan umrah tidak lama dahulu.

“Ketika itu saya berada di Raudhah, Madinah. Selepas bersolat saya tidur sekejap dan dalam tidur itu saya telah bermimpi duduk di atas air.

“Dalam mimpi tersebut saya berkata sendirian, bagus sekiranya ada ikan dalam air ini, tiba-tiba muncul seekor ikan putih dalam air.

“Setelah melihat ikan itu, sekali lagi saya berkata bagus juga kalau ada sauk, boleh juga saya ambil ikan itu, kemudian saya lihat di tangan saya ada sauk dan saya pun mengambil ikan tersebut.

“Dalam sibuk mengambil ikan, tiba-tiba barang saya hanyut dalam air. Ikan terlepas dan saya pun cepat-cepat mendapatkan barang saya semula. Setelah itu, saya lihat ikan putih tersebut masih lagi ada di situ dan tanpa membuang masa saya terus mengambil ikan itu.

“Mungkin inilah petanda bahawa jodoh saya semakin hampir dan jodoh tersebut tidak lain ialah Fazima,” cerita Corrie sambil tersenyum manis ke arah Fazima di sisinya.

Tidak mahu disalah anggap oleh masyarakat, Corrie memilih untuk menjalinkan ikatan yang sah bagi memudahkan pergerakannya sambil ditemani isterinya itu.
��

Comments

0 responses to "Corrie Lee Jejak Kasih Adik selepas 36 Tahun"



Hand Bouquets • Flower Baskets • Fruits and Flowers • Table Flower • Congratulatory Stands • Special Gifts • Hampers • Cakes