Click Untuk Mengiklan Di Site Ini



Dapatkan MiniSite PERCUMA Anda Di Sini!



Mahu Dapatkan Duit Lebih?

Hand Bouquets • Flower Baskets • Fruits and Flowers • Table Flower • Congratulatory Stands • Special Gifts • Hampers • Cakes




Berita Harian

New Strait Times

The Star Online

Malaysiakini

Harakah Daily

Bernama News

Utusan Malaysia

Sinchew Daily

Harian Metro

6:59 PM | Posted in ,

Kuala Lumpur, 26 Jan.

Kira-kira 2,000 orang membanjiri Planetarium Negara seawal pukul 3 petang ini untuk menyaksikan Gerhana Matahari Separa yang berlaku selama kira-kira dua jam 30 minit.

Pegawai Penyelidik Planetarium Negara Lau Chen Chen berkata orang ramai berpeluang melihat cahaya matahari terlindung oleh bulan sehingga mencapai liputan maksimum sehingga 82.6 peratus.

"Gerhana matahari akan berlaku ketika fasa bulan baru dan pada masa yang sama bulan melintasi laluannya di antara matahari dan bumi menyebabkan matahari tertutup sebahagian atau keseluruhannya," katanya ketika ditemui Bernama di sini, Isnin.

Gerhana Matahari dapat disaksikan pada pukul 4.34 petang apabila bulan mula menyentuh cakera matahari di mana situasi itu dikenali sebagai "sentuhan pertama" iaitu permulaan Gerhana Matahari Separa.

"Kebanyakan pemerhati tidak berupaya mengesan sentuhan gerhana pada masa ini disebabkan matahari yang terlalu terang, gerhana hanya akan dapat dilihat apabila bulan menutupi matahari secara perlahan membentuk sabit sehingga kegelapan maksimum tercapai pada pukul 5.50 petang," katanya.

Gerhana Matahari Separa berakhir pukul 6.55 petang di mana bayangan bulan mula hilang secara perlahan-lahan sebelum matahari terbenam. Kali terakhir gerhana seumpamanya dapat dilihat di Malaysia pada 2002.

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik berlangsung di Planetarium Negara antaranya tayangan filem "SOS Planet" di Teater Angkasa pada 5 petang dan tayangan laser "The Legend of the Night Sky".

Sementara itu, Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad menyeru semua umat Islam supaya menjadikan kejadian gerhana matahari untuk menghayati dan menginsafi kebesaran Allah SWT dalam mengatur alam ini.

Beliau berkata solat sunat gerhana atau juga dikenali sebagai solat sunat Kusuf hukumnya adalah sunat muakkadah atau pun sunat yang digalakkan.

"Hukum ini adalah berdasarkan daripada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermakna sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah SWT.

"Tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya, maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang (hilang gerhana)," katanya.

Sebelum itu beliau menyampaikan khutbah yang bertajuk 'Pengukuhan Iman Melalui Peristiwa Gerhana Matahari' dan turut mengimamkan solat sunat gerhana matahari selepas Asar di Masjid Wilayah Persekutuan yang turut dihadiri lebih 3,000 umat Islam.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, gerhana matahari sebelum ini berlaku di Mersing, Johor pada 22 Ogos 1998 dan mengambil masa lebih sepuluh tahun untuk muncul semula.

Animasi GMC 26 Jan 2009
Animasi GMC 26 Jan 2009

Selain Kuala Lumpur, katanya, bahagian Sumatera di Indonesia juga menyaksikan gerhana matahari tetapi berbentuk cincin.

Wan Mohamad berkata, gerhana matahari cincin berlaku apabila keseluruhan bulatan bulan dan matahari serta saiz bulan yang kecil berbanding matahari, maka bulatan matahari tidak tertutup secara penuh.

''Gerhana matahari cincin kali ini berlaku di Sumatera, Indonesia dan pihak Jakim telah menghantar lima wakil ke sana Sabtu lalu untuk membuat penyelidikan,'' katanya.

Menurutnya, rombongan itu diketuai Pengarah Bahagian Penyelidikan Jakim, Razali Shahabudin; Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan Jakim, Sobri Mat Yassin; Pembantu Hal Ehwal Islam Jakim, Abu Zaki Abd. Jalal; Penolong Pengarah Kanan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dan Penolong Pegawai ILIM, Zaharin Ismail.

Tambah Wan Mohamad, gerhana matahari seterusnya berbentuk gerhana penuh akan berlaku pada Julai ini di China.

Malaysia hanya akan menerima kesan sebanyak sepuluh peratus sahaja.

Category: , |
��

Comments

1 Response to "Gerhana: Malaysia Separa, Indonesia Cincin"

  1. Digital Zone On Jan 27, 2009, 8:40:00 PM

    Very unique blog.
    Fantastic pictures.


    Please visit:
    http://funfree-bali.blogspot.com

    Keep blogging.
    Happy days.

     


Hand Bouquets • Flower Baskets • Fruits and Flowers • Table Flower • Congratulatory Stands • Special Gifts • Hampers • Cakes