Click Untuk Mengiklan Di Site Ini



Dapatkan MiniSite PERCUMA Anda Di Sini!



Mahu Dapatkan Duit Lebih?

Hand Bouquets • Flower Baskets • Fruits and Flowers • Table Flower • Congratulatory Stands • Special Gifts • Hampers • Cakes




Berita Harian

New Strait Times

The Star Online

Malaysiakini

Harakah Daily

Bernama News

Utusan Malaysia

Sinchew Daily

Harian Metro

10:23 PM | Posted in ,
Golongan agama dan ulamak berkhutbah untuk memberi kesedaran tentang AIDS.

Mohammad Azeem mengetuai barisan jemaah bagi menunaikan solat Jumaat di salah sebuah masjid di bandar terbesar Karachi, Pakistan. Dalam seminggu, beliau akan mengejutkan semua jemaah yang konservatif menerusi khutbahnya.

Azeem ditugaskan untuk mendidik sekumpulan masyarakat mengenai bahaya AIDS, iaitu salah satu subjek tabu di negara Islam seperti Pakistan.

"Saya menyampaikan mesej kepada masyarakat," ujar Azeem. Kesungguhan beliau memperjuangkan isu HIV/AIDS menyebabkan beliau turut dijemput dalam satu mesyuarat anjuran Program Kawalan AIDS Kebangsaan Pakistan (NACP).

"Pada saya ada sesuatu yang menarik dengan program ini. Jadi tetapkan matlamat untuk cuba mengubah pandangan saya dan kebanyakan masyarakat konservatif Pakistan mengenai penyakit AIDS dan mangsa-mangsanya.

"Ini memberi inspirasi kepada saya untuk bergerak aktif dalam menyampaikan panduan dan kesedaran dalam kempen tersebut," ujar imam yang berusia 36 tahun itu.

Gerakan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha dan modul kerajaan dalam mendidik golongan agama dan ulama di Pakistan tentang bahaya virus HIV/AIDS. Ia sekali gus menggalakkan mereka mengambil mesej terbaik mengenai AIDS dalam sebuah komuniti.

Statistik menunjukkan, seramai 5,000 orang menghidap virus tersebut di Pakistan, tetapi NACP menyatakan ia hanyalah jumlah pesakit yang berdaftar sedangkan rekod sebenar adalah antara 70,000 dan 80,000 orang.

Dianggarkan sebanyak 0.1 peratus penduduk telah dijangkiti, tetapi penghidap HIV/AIDS kian menular antara kumpulan berisiko tinggi, terutama pengguna dadah yang kebanyakannya menyuntik dan kerap kali menggunakan bahan penyuntik yang kotor.

"Kami memulakan program itu disebabkan para pemimpin agama begitu dihormati oleh rakyat. Malah, suara mereka sangat didengari oleh golongan bawahan," kata pengurus program NACP, Hasan Abbas Zaheer.

Zaheer berkata, hampir kesemua daripada mereka yang menghadiri mesyuarat itu telah mengemukakan idea yang bernas kepada para jemaah mengenai isu-isu di luar agama. Ini kerana mereka melihat Islam sebagai satu cara hidup.

Namun, agak sukar untuk menyakinkan mereka bahawa AIDS merupakan satu masalah besar di Pakistan. Mereka pada mulanya melihat ia sebagai satu penyakit asing yang diakibatkan gejala kurang sopan di kalangan masyarakat setempat.

"Namun, perlahan-lahan kesedaran itu timbul dan mereka mengakui boleh menyumbang untuk meningkatkan kesedaran melalui masjid, di samping menggunakan ajaran Islam sebagai kekuatan," kata Abdul Mateen, salah seorang jurulatih sukarela yang mendahului sesi-sesi itu.

Kini, hampir 100 ketua jemaah turut sama menyampaikan mesej mengenai kesedaran AIDS, kebanyakannya memberi fokus kepada ahli keluarga yang miskin, yang menjadi tumpuan utama jangkitan virus tersebut.

Pendakwah dari agama minoriti Kristian di Pakistan dan kaum-kaum Hindu turut menjadi sasaran kempen sebagai guru dalam seminar keagamaan.

Guru-guru yang mengikuti seminar tersebut juga turut membantu kami bercakap mengenai jangkitan penyakit dan cara pencegahannya di sekolah-sekolah mereka.

Ahli-ahli politik, pihak agama, terutama mualaf adalah golongan yang paling keberatan terhadap rancangan itu. Ini kerana mereka enggan percaya bahawa Pakistan mempunyai satu masalah besar.

Pihak berkuasa percaya bahawa AIDS pada mulanya disebarkan oleh lelaki-lelaki Pakistan pada tahun 1980-an yang bekerja di luar negara.

Zaheer berkata, pihak berkuasa Pakistan telah melaksanakan usaha tersebut bagi mengatasi penyakit itu. Sehingga kini terdapat 12 pusat bantuan rawatan di seluruh negara dengan menjaga 3,500 orang pesakit.

"Kami sedang menunggu proses rawatan dan khidmat untuk pesakit HIV sehingga tahun 2015," jelasnya.

Azeem berkata, rakyat pada mulanya begitu keberatan untuk mendengarkan khutbah-khutbah mengenai AIDS beliau, tetapi akhirnya mereka datang juga.

"Kebanyakannya ingin tahu tentang isu ini. Tetapi kita perlu berkomunikasi menerusi jalan yang benar, dan inilah yang kami lakukan," tambahnya.
Category: , |
��

Comments

0 responses to "Khutbah AIDS Di Masjid"



Hand Bouquets • Flower Baskets • Fruits and Flowers • Table Flower • Congratulatory Stands • Special Gifts • Hampers • Cakes