Click Untuk Mengiklan Di Site Ini



Dapatkan MiniSite PERCUMA Anda Di Sini!



Mahu Dapatkan Duit Lebih?

Hand Bouquets • Flower Baskets • Fruits and Flowers • Table Flower • Congratulatory Stands • Special Gifts • Hampers • Cakes




Berita Harian

New Strait Times

The Star Online

Malaysiakini

Harakah Daily

Bernama News

Utusan Malaysia

Sinchew Daily

Harian Metro

2:54 AM | Posted in , ,
Kota Kinabalu, 29 Jan.

Sudah tiba masanya untuk difikirkan secara serius bagi meminda Perlembagaan Persekutuan untuk memberi laluan kepada pelaksanaan antilompat parti, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan.

“Kita banyak menyaksikan ketidakstabilan politik di masa lalu. Kini masanya untuk mempertimbangkan cadangan ini.

“Dengan adanya peruntukan undang-udang antilompat parti dalam perlembagaan, kita dapat melaksanakan satu lagi langkah ke arah kestabilan dalam landskap masyarakat dan politik kita,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pairin yang juga presiden Parti Bersatu Sabah berkata beliau akan memberi sokongan kepada mana-mana pihak yang menyokong pindaan tersebut dibuat dalam perlembagaan persekutuan dan negeri.

Beliau mengulas gesaan Menteri Luar yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Dr Rais Yatim kepada Barisan Nasional (BN) Perak supaya mengadakan gerakan besar-besaran bagi mendesak Anggota Dewan Undangan Negeri Bota, Datuk Nasaruddin Hashim supaya meletak jawatan sebagai wakil rakyat kawasan itu yang dimenanginya atas tiket BN.

Nasaruddin telah melompat parti kepada Parti Keadilan Rakyat Ahad lalu.

“Ia merupakan kenyataan yang sangat menarik dan signifikan kerana ia merujuk kepada perbuatan seorang anggota dewan undangan negeri yang melompat dari parti yang beliau bertanding kepada parti lain,” kata Pairin.

Di Kuala Terengganu, Pesuruhjaya PAS Terengganu Datuk Mustafa Ali berkata undang-undang antilompat parti perlu dilakukan termasuk dengan membenarkan wakil rakyat yang mengosongkan kerusi mereka bertanding semula dalam tempoh terdekat dan bukannya lima tahun seperti peruntukan sedia ada.


Khazanah Alam Ciptaan Tuhan - Daftar Sekarang!

��

Comments

0 responses to "Masa Untuk Undang-undang Antilompat Parti: Pairin"



Hand Bouquets • Flower Baskets • Fruits and Flowers • Table Flower • Congratulatory Stands • Special Gifts • Hampers • Cakes