Click Untuk Mengiklan Di Site Ini



Dapatkan MiniSite PERCUMA Anda Di Sini!



Mahu Dapatkan Duit Lebih?

Hand Bouquets • Flower Baskets • Fruits and Flowers • Table Flower • Congratulatory Stands • Special Gifts • Hampers • Cakes




Berita Harian

New Strait Times

The Star Online

Malaysiakini

Harakah Daily

Bernama News

Utusan Malaysia

Sinchew Daily

Harian Metro

5:27 PM | Posted in , ,

Seorang sukarelawan menyuap telur rebus ke mulut
seorang penghuni Rumah Nur Salam, Kuala Lumpur
Kumpulan sukarelawan yang menggelar diri mereka ROCKers berjaya mengumpul lebih 1,000 biji telur daripada rakan sekerja untuk disumbangkan ke Rumah Nur Salam

MISI ahli-ahli sukarelawan Nestle Reaching Out To Communities and Kids (ROCKS) untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik melalui usaha mudah dan sumbangan kecil menjadi asas bagi projek Eggxtra Nourishment.

Menurut kenyataan Nestle (M) Berhad, kumpulan sukarelawan yang menggelar diri mereka ROCKers itu berjaya mengumpul lebih 1,000 biji telur daripada rakan sekerja mereka untuk disumbangkan ke Rumah Nur Salam, iaitu sebuah rumah perlindungan untuk kanak-kanak terbiar di Chow Kit.

Pada hari kutipan telur itu, satu sarang kecil diletakkan di lobi ibu pejabat Nestle (M) Berhad di Petaling Jaya bagi pekerja menyerahkan sumbangan mereka.

Kemudian, sukarelawan ROCKers memindahkan telur-telur itu ke Rumah Nur Salam untuk dihadiahkan kepada kanak-kanak dan diserahkan kepada penasihat Rumah Nur Salam, Dr. Hartini Zainuddin oleh Pengarah Urusan Nestle (M) Berhad, Sullivan O'Carroll.

Katanya, sejajar dengan objektif Nestle untuk Menjana Khasiat Rakyat Malaysia, para pekerja Nestle diberi pilihan untuk menyumbang masa mereka untuk perkara yang bermanfaat, berkongsi pengetahuan atau kepakaran yang boleh membawa perubahan kepada masyarakat.

"Kerjasama antara Nestle dan Rumah Nur Salam mula dijalin sejak Oktober 2005 ketika rumah itu menghadapi kesukaran menyediakan makanan seimbang kepada 45 kanak-kanak di bawah jagaan mereka.

Mereka meminta bantuan Nestle dan syarikat telah bertindak dalam masa 48 jam untuk menghulurkan bantuan mi segera maggi dan minuman coklat segera milo," katanya lagi.

Sementara itu Hartini berkata, itulah permulaan hubungan yang padu dan saling mempercayai di antara kanak-kanak Rumah Nur Salam dan Nestle.

"Sumbangan terbaru ini menunjukkan betapa besarnya keprihatinan Nestle terhadap mereka dan bagaimana Nestle mengambil pendekatan holistik bagi memastikan kesejahteraan dan perkembangan mereka,'' ujarnya.

Menurutnya, sebiji telur dapat memberi nutrien yang baik dan merupakan sumber yang sesuai untuk memperbaiki tahap nutrisi.

"Ia sepatutnya menjadi sebahagian daripada makanan utama dalam kehidupan setiap kanak-kanak kerana ia mudah didapati dan penting untuk kanak-kanak. Apa yang menyedihkan, bagi kanak-kanak di Chow Kit, makanan asasi seperti telur adalah sesuatu yang mahal,'' jelas Hartini.

Projek Nestle Eggxtra Nourishment ini akan menjadi satu aktiviti berterusan di mana sukarelawan ROCKers akan sentiasa menghubungi rakan sekerja mereka untuk memberi sumbangan kecil bagi membantu meningkatkan tahap pemakanan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti mereka.

P/S: Salah satu idea menarik untuk penganjuran aktiviti Amal bagi mana-mana Groups nanti...

Bantulah Saudara Kira di Gaza dengan Pelbagai Cara

Comments

0 responses to "Telur Untuk Rumah Nur Salam"



Hand Bouquets • Flower Baskets • Fruits and Flowers • Table Flower • Congratulatory Stands • Special Gifts • Hampers • Cakes