Click Untuk Mengiklan Di Site Ini



Dapatkan MiniSite PERCUMA Anda Di Sini!



Mahu Dapatkan Duit Lebih?

Hand Bouquets • Flower Baskets • Fruits and Flowers • Table Flower • Congratulatory Stands • Special Gifts • Hampers • Cakes




Berita Harian

New Strait Times

The Star Online

Malaysiakini

Harakah Daily

Bernama News

Utusan Malaysia

Sinchew Daily

Harian Metro

Showing posts with label Artis. Show all posts
Showing posts with label Artis. Show all posts
8:08 PM | Posted in , ,
Kuala Lumpur, 2 Feb - Paknil telah dianugerahkan Bintang Kebesaran Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan ke 35 di Istana Negara.

Penganugerahan Bintang JOHAN MAHKOTA WILAYAH telah di anugerahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Menjunjung Kasih Tuanku!Paknil nak ambil kesempatan ini mengucapakan jutaan terima kasih buat YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan juga YB Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Raffique atas pencalonan nama Paknil bagi Anugerah Bintang itu.

Kini setapak lagi Paknil melangkah untuk terus berbakti kepada Negara tercinta dan bidang yang Paknil sayangi ini.

Selaku anak jati Kuala Lumpur, Paknil akan terus bekerjasama dengan pihak Kementerian Wilayah Persekutuan untuk menjadikan tempat tumpah darah Paknil lebih maju dan setanding dengan kota metropolitan dunia. Paknil juga berharap, Anugerah Bintang ini akan menjadi penyuntik semangat pada Paknil dan rakan yang lain untuk terus melakukan tugas yang diamanahkan dengan ikhlas.

Tidak pernah sekelumit di hati ini terfikir untuk diiktiraf sedemikian rupa oleh kerajaan dan Yang Di Pertuan Agong.

Berada dalam Balai Rong Seri, Istana Negara itu sahaja sudah bagai mimpi jadi kenyataan bagi Paknil apa lagi bersalaman dan dikalongkan Bintang oleh DYMM Tuanku.

"Pada penyokong-penyokong Paknil, terima kasih Paknil ucapkan semoga kowrang terus beri semangat pada Paknil untuk terus berkarya. Paknil mahu terus disayangi dan menyayangi kowrang semua! InsyaALLAH! Katanya


��
12:58 AM | Posted in , ,

Stacy lawan karma

JIKA sebelum ini dia menerima tamparan hebat kerana melakukan kesilapan ketika membuat persembahan pada malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM21) pada 8 Ogos tahun lalu, sebaliknya pula pada majlis Anugerah Juara Lagu ke-23 (AJL23) baru-baru ini.

Gerak tari dan vokal yang mantap saat mendendangkan lagu Aku Stacy pada anugerah tersebut menjadi bualan ramai.Meskipun tidak membawa pulang sebarang anugerah, Stacy atau nama sebenarnya, Stracie Angie Anam berjaya membuktikan dirinya tidak boleh dipandang enteng, sementelah lewat kebelakangan ini dia menerima berbakul-bakul pujian dek kerana persembahan mantapnya itu.

Namun ada suara-suara yang berbisik, bahawa anak gadis berusia 19 tahun ini sebenarnya sedih kerana gagal membawa pulang anugerah untuk kategori persembahan terbaik yang diterima oleh Faizal Tahir.

Benarkah begitu? Ketika berpeluang bersemuka dengannya dalam satu sesi fotografi khas baru-baru ini, Stacy hanya tersenyum saat diaju soalan perihal kekalahannya itu.

"Saya tidak kecewa dan tidak sedih pulang dengan tangan kosong. Sebenarnya saya berpuas hati apabila dapat memberikan persembahan yang baik dan menghiburkan semua orang.

"Walaupun tidak meraih sebarang kemenangan menerusi penyertaan buat pertama kali dalam AJL, ia cukup penting berbanding kemenangan.

Saya tidak pernah rasa saya kalah, kerana saya telah melakukan yang terbaik, begitu juga dengan semua calon-calon lain yang turut bertanding," ujarnya jujur.

Jelasnya lagi, tamat saja persembahannya di pentas AJL23, dia gembira kerana ramai yang datang padanya memberi pujian dan ucapan semangat.

Semua itu merupakan penghargaan yang cukup besar buat dirinya."Semua kata-kata perangsang yang diterima amat saya hargai dan membuatkan saya lebih tekun untuk berusaha memberi persembahan yang terbaik dalam apa jua bentuk persembahan kelak," tuturnya.

Dilanda ketakutan, trauma

Di sebalik persembahan hebatnya itu, bagaimanapun terselit sebuah cerita yang cukup mengharukan.

Ini kerana sebelum persembahan pada final AJL23 berlangsung, Stacy telah berlatih selama setengah bulan sejak dari sambutan Krismas lagi.

"Saya cukup takut jika tahap persembahan tidak setaraf dengan penyanyi senior yang lain sebab itu saya bekerja keras, walaupun ketika pulang ke Sabah untuk perayaan Krismas saya hanya memikirkan persembahan untuk AJL23 saja.

"Mungkin kerana saya pernah melakukan kesilapan pada majlis besar dulu, ia menyebabkan saya sedikit trauma.

"Saya hanya ingin menebus kesalahan lalu dengan membukti saya sebenarnya boleh menyanyi dan menari dengan baik, bukan sekadar penyanyi mi segera seperti yang dikatakan kebanyakan orang," luahnya lagi.

Setiap hari berlatih bersama lapan orang penari yang merupakan rakan-rakannya dari Sabah serta abangnya sendiri membuatkan persembahannya pada AJL23 cukup berbeza.

"Semua penari adalah rakan saya dan abang, kami tidur, berlatih dan bersenam bersama-sama di rumah saya di Sabah sebelum tarikh persembahan tiba.

"Kami lakukan semua sendiri termasuk mencari langkah tarian, sebab itu apabila di atas pentas saya tidak rasa saya berseorangan kerana saya anggap kami semua seperti sebuah kumpulan tarian.

Semua perasaan gugup hilang, kerana bila saya pendang sekeliling di atas pentas, semua adalah orang yang dekat dengan hidup saya," katanya tanpa selindung.

Semua bagaikan mimpi

Apa pun kemampuannya sudah terbukti, Stacy juga kini mampu tersenyum puas setelah mengharungi segala halangan onak dan duri sebelum ini.

Stacy juga mengakui, jika sebelum AJL23, namanya sedikit tenggelam dan tawaran persembahan juga kurang, tetapi kini semuanya sudah berubah.

Album sulung yang bakal dilancarkan membakar semangat juang Stacy dalam dunia muzik.

Dia kini begitu sibuk sama ada memenuhi undangan nyanyian, sesi fotografi dan pelbagai lagi acara termasuklah pelancaran album sulungnya menjelang 21 Februari depan di Sabah.

"Semua bagai mimpi, ada satu ketika saya rasa seperti mahu berhenti menyanyi dan pulang saja ke Sabah, tetapi tiba-tiba rezeki datang dan semuanya menjadi semakin baik.

"Tidak lama lagi, album saya akan dilancarkan dan kerjaya seni nampaknya semakin hari, semakin baik berbanding sebelum ini, sehingga saya sendiri yang sering bertanya pada pihak pengurusan bila mahu mengadakan sesi fotografi dan persembahan nyanyian," ucapnya dalam tawa.

P/S: Takpe Stacy, dah rezki orang lain... just continue usaha, nanti sampai masa rezki Stacy lak... Go! Go! Go! Orang Kampungku! Hehehe


Mahu Dapatkan Duit Lebih?
��
5:21 PM | Posted in , ,
'Saya menerima lawak itu dengan terbuka. Ini memang konsep komedi yang betul. Saya cuma tak suka balas sebab saya redha. Lagipun kalau saya balas, nanti bertumbuk pula atas pentas.' – OS


Kerjaya Os sebagai pemandu teksi sepenuh masa mencetuskan program Apa Ke Halnya.

Ramah sekali bicara pemilik nama sebenar, Mohd Yusof Abdul Hamid atau dikenali dengan nama komersialnya, Os. Biar sesekali irama suaranya turun naik mengikut topik bicara, Os sempat berlawak.

"Jangan cabut gigi saya. Kalau tidak, macam mana saya nak makan," katanya saat ditanya apa yang mahu dia katakan kepada khalayak mengenai kehadirannya sebagai salah seorang pelakon komedi yang disegani.

Malah kerana 'kelebihan' giginya itu, dia sering menjadi bahan lawak fizikal. Tapi kata Os, sedikit pun dia tidak ambil hati kerana lawak sedemikian memang wujud dalam jalur lawak yang sedia ada.

"Saya menerima lawak itu dengan terbuka. Ini memang konsep komedi yang betul. Saya cuma tak suka balas sebab saya reda. Lagipun kalau saya balas, nanti bertumbuk pula atas pentas.

"Biar ada yang masuk, ada yang keluar. Dan saya selalu pegang, bila orang cakap tentang kita, maknanya kita popular," jawab Os realistik.

Lebih daripada itu, lelaki yang berusia 48 tahun ini mahukan kritikan daripada khalayak agar dia mampu memperbaiki kelemahan dan kesilapan yang dilakukannya dalam program bual bicara pertamanya, Apa Ke Halnya.

Apa Ke Halnya yang bersiaran di TV9 setiap Jumaat hingga Ahad pada pukul 10.30 hingga 11.30 pagi pantas menggamit perhatian. Selain Os, program ini turut dikendali bersama Shamsul Ghau Ghau dan Din Beramboi serta hos jemputan pada setiap Ahad, bekas juara Gadis Melayu, Noormaida.

Kata Os yang pekerjaan tetapnya kini memandu teksi, Apa Ke Halnya merupakan anak sulungnya dan dia bertanggungjawab memberi komitmen terhadap program ini.

Ia juga umpama mimpi yang menjadi kenyataan apabila selepas sekian lama menyepi daripada dunia seni, Tuhan mengizinkan mimpi lamanya direalisasikan.

"Saya memang pernah bercita-cita untuk ada program bual bicara sendiri. Saya selalu tanya diri, kenapa tak ada peluang datang?

"Saya bukan apa, saya nak tunjuk bahawa lawak pun cerdik juga. Kami pun ada ilmu dan fakta yang nak disalurkan melalui cara yang santai.

"Jadi apabila Datuk Seri Farid Redzuan (Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima) bertemu saya dan tanya tentang pekerjaan saya sebagai pemandu teksi yang bertemu banyak ragam manusia, maka tercetuslah program ini," cerita anak Kuala Kangsar, Perak yang cukup terkenal dengan filem seperti Mr. Os, Adik dan O.K (Orang Kampung Otak Kimia).

Bersama Din Beramboi dan Shamsul Ghau Ghau

Begitu komited dan teruja dengan Apa Ke Halnya, kata Os lagi, perkara yang membuatkan dia seronok kembali bekerja dalam industri adalah program ini bersifat santai.

Paling disukainya tentang program ini selain ilmu yang dikongsi bersama khalayak adalah segmen berbicara dengan para penumpang yang menaiki teksi yang dipandunya.

"Saya suka apabila bahasa yang digunakan tidak terlalu formal. Ia menunjukkan program ini memang benar-benar santai dan kami boleh bersembang serta bertukar pandangan tentang pelbagai topik," katanya.

Tidak menolak sebarang tawaran berlakon jika punya kesempatan, Os kini selesa dengan kehidupannya. Sejak tiga tahun lalu, dia setia memandu teksi di sekitar Lembah Klang.

Apabila mula terbabit kembali dengan dunia seni, kata Os, jadual hariannya masih sama. Jika tidak mempunyai sebarang rakaman, dia akan keluar seawal pukul 7 pagi dan bekerja selama lapan jam sehari memandu teksi untuk mencari rezeki.

Kata Os: "Memandu sudah menjadi sebahagian darah daging saya. Saya punya anak ramai untuk disara.

"Saya selesa memandu dan saya tak mahu meraih simpati orang dengan bercerita tentang kerjaya saya. Ini tanggungjawab saya sebagai ketua rumah."


Bantulah Saudara Kira di Gaza dengan Pelbagai Cara
��
5:35 PM | Posted in , ,

Pasangan antara Danny dan Ana Alisha memang sepadan, bak nasi lemak dengan sambal.

Tidak silap aku diorang pernah mengacarakan rancangan kanak-kanak di RTM 1, dan tidak silap aku Ana Alisha merupakan salah satu pelakon dari cerita 'Papaku Rock' terbitan Astro.

Jikalau korang tidak ingat siapa Ana Alisha, pernahkan tengok iklan syampu Rejoice. Di dalam iklan tersebut Ana menggunakan 'tagline' "Guna jari pun boleh"


Click Untuk Mengiklan Di Site Ini
��
6:32 AM | Posted in , ,
"Saya tak kisah kalau orang kata isu saya dan Abby Abadi yang menaikkan nama saya," demikian kata Zulkifli Ariffin yang semakin dikenali.

Nama Zulkifli atau lebih senang membahasakan diri sebagai Zul mula mendapat perhatian apabila dikaitkan menjalin hubungan mesra dengan Abby selepas pelakon itu mengalami krisis rumah tangga dengan Norman Hakim.

Malah semasa hadir ke majlis pelancaran filem Evolusi KL Drift II baru-baru ini Zul dlihat memandu kereta milik Abby sendirian. Zul turut berlakon filem itu.

"Ya saya akui saya memandu kereta Abby untuk datang ke sini. Sebenarnya sata dari lokasi penggambaran drama Gerak Khas. Abby juga di sana.

"Saya lari ke sini sekejap dan akan menyambung penggambaran semula sebab itu saya menggunakan kereta Abby," jelas Zul.

Zul bersedia menerima apa sahaja tanggapan terhadap dirinya sekarang. Namun yang lebih penting dia ingin mengaut peluang yang ada.

"Kalau orang kata saya semakin dikenali kerana gosip dengan Abby pun saya tak kisah. Saya anggap itu satu peluang kepada saya.

"Tapi yang lebih penting saya mahu membuktikan saya seorang pelakon yang baik. Sebenarnya saya mula berlakon hujung tahun lalu sebelum saya berjumpa Abby. Saya dulu seorang model.

"Saya berjumpa Abby pun melalui kerja, pada masa itu saya dan berlakon. Tapi apabila saya berjumpa Abby saya dapat lebih pendedahan, saya terima semua itu.
Saya sedar sekarang ini apabila saya ke mana-mana ada yang perasan dengan kehadiran saya," jelas Zul.

Zul menyifatkan hubungannya dengan Abby sebagai kawan profesional dan mengakui Abby banyak membantunya sebagai seorang yang masih baru dalaml akonan.

Ingin maju

Zul kini menjadikan lakonan sebagai kerjaya utamanya dan memberikan sepenuh tumpuan kepada kerjaya barunya itu.

"Sebenarnya saya dapat tawaran berlakon pun secara tak sengaja. Semasa saya berjalan-jalan ada seseorang mendekati saya dan menawarkan satu watak dalam drama Apa Itu Cinta.

"Saya anggap itu satu rezeki dan apa salahnya saya mencuba. Apabila cuba, saya rasa jiwa saya sesuai dengan bidang lakonan dan memutuskan untuk bergiat serius.

"Selepas itu saya mendapat tawaran berlakon Gerak Khas. Sehingga sekarang masih lagi menjalani penggambaran Gerak Khas.

"Saya juga dapat tawaran berlakon drama lain semasa berlakon Gerak Khas, tapi saya masih baru dan tak mahu hilang tumpuan lalu saya menolak. Lagipun jadual penggambarannya bertindih.

"Kalau jadualnya tak bertindih saya sedia terima," jelas Zul lagi.

P/S: Bak kata Shamsul Ghau-ghau ngan Amy Mastura (sebelum ni Sheila Rusly)...
"APE-APE AJELAH~" Huhu...


Click Untuk Mengiklan Di Site Ini
��
11:36 PM | Posted in , ,
Kuala Lumpur.

Mahkamah Sesyen di sini membenarkan permohonan penyanyi Amy Search untuk membatalkan saman terhadapnya berhubung dakwaan cuai sehingga menyebabkan seorang kanak-kanak melecur terkena tom yam panas di Restoran Cheng Ho yang dia mempunyai kepentingan.

Hakim Sabariah Othman membatalkan saman dan tuntutan itu dengan kos setelah mendengar hujah peguam Ahmad Zaharil Muhaiyar, mewakili Amy, dan peguam Adnan Seman, bagi pihak plaintif.

Ahmad Zaharil dalam hujahnya berkata Amy tidak patut disaman atas kapasiti sebagai individu dalam tuntutan itu kerana pemilik sebenar bagi restoran itu ialah syarikat IconHill Sdn Bhd.

P/S: Susah jugak kalau empunya Kedai adalah ikon dan di kenali ramai, lagi-lagi artis... Mudah jadi sasaran orang lain untuk ambil kesempatan nak saman. Cuba bawak berunding elok-elok, rasanya Amy pon boleh bantu dari segi kos rawatan yang sepatutnya. Staff yang kerja sambil lewa pun satu hal, dah tau kedai makan pentingkan servis, jadinya kenalah hati-hati bawak mangkuk-mangkuk panas tuh... (tapi tu lah kadang-kadang org kata, malang tidak berbau.... abih kalau berbau? Sendiri cari nahas lah gamaknya...)


Hand Bouquets • Flower Baskets • Fruits & Flowers • Table Flower • Congratulatory Stands • Special Gifts • Hampers • Cakes
Category: , , |
��
11:30 PM | Posted in ,
HATI ibu mana yang tidak gembira tatkala anak yang dikandung selama sembilan bulan akhirnya selamat dilahirkan dan tubuh kecil si comel itu berada utuh di dakapannya.

Begitulah yang dirasai oleh aktres jelita Nora Danish dengan kelahiran cahaya mata sulungnya, Putera Rayqal Ramli pada tanggal 7 Januari lalu di Hospital Gleneagles, Ampang.

Biarpun terpaksa menanggung kesakitan selama tujuh jam, semuanya hilang begitu saja apabila melihat wajah bayi seberat 3.05kg itu yang dilahirkan kira-kira jam 11.50 malam.

"Alhamdulillah, sekarang keadaan saya baik dan sedang di dalam pantang. Malah, Rayqal juga sihat. Hidup saya kini juga lebih bahagia dengan kehadiran Rayqal.

"Seronok sebenarnya mempunyai anak sendiri. Pada awalnya, agak kekok juga untuk menguruskan Rayqal, maklumlah pertama kali dapat 'baby'. Macam-macam nak kena jaga, terutamanya bila dia meragam di tengah malam.

"Tapi ini satu pengalaman baru buat saya. Baru terasa hidup saya sudah lengkap. Dengan bantuan ibu, Salimah, lama-kelamaan saya sudah mampu uruskan segalanya sendiri," ujar Nora yang kini semakin ceria.

Pelakon berusia 26 tahun ini turut menjelaskan dia terpaksa mengambil keputusan untuk 'mendiamkan' diri dan enggan mendedahkan kisah kelahiran bayi lelaki itu pada awalnya kerana disebabkan keadaan kesihatannya yang tidak begitu baik.

"Sebenarnya, ketika itu saya masih 'trauma' sejak melahirkan Rayqal. Saya bersalin secara normal, tetapi hampir tujuh jam juga saya bertarung nyawa sebelum bersalin.

"Saya masuk ke hospital tersebut sekitar jam 11 pagi, hanya pada pukul 4.30 petang barulah proses kontraksi berlaku sehinggalah saya selamat melahirkan Rayqal.

"Itu yang membuatkan saya 'diam' dulu selepas itu. Bukan sengaja untuk berahsia, tetapi saya ingin berehat dulu ketika ini," kata pelakon yang melonjak namanya menerusi sitkom Puteri.

Suami jalankan tanggungjawab sebagai bapa

Nama Nora pernah menjadi bualan 'hangat' tahun lalu gara-gara perceraiannya dengan Rizal Ashram Ramli sewaktu usia kandungannya telah mencecah empat bulan ketika itu.

Nora dan Rizal bernikah pada Jun 2006 di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pasangan ini bagaimanapun bercerai dengan talak dua pada tahun lalu setelah mahkamah memutuskan lafaz cerai yang dibuat oleh Rizal pada Februari dan Jun lalu adalah sah.

Enggan berbicara tentang 'episod' lama itu, kata Nora, dia ingin menjalani hidup baru sambil 'ditemani' Rayqal. Malah, tutur pelakon berasal dari Kajang, Selangor ini, hubungannya bersama bekas suami juga masih baik.

"Rizal sendiri ada bersama dengan saya ketika di dalam bilik bersalin dan bersama-sama menyambut kelahiran Rayqal. Malah, nama bayi ini juga kami yang pilih bersama.

"Dia tidak pernah melupakan tanggungjawabnya sebagai bapa. Kerap juga dia datang melawat. Malah, ibu mertua saya juga hampir setiap hari akan datang melawat saya dan 'baby'.

"Bagi saya, perkara yang lepas biarlah ia berlalu pergi. Apa yang penting, saya tidak mahu bermusuh dengan dia dan akan bersama-sama menjaga Rayqal," kata Nora.

Ditanya sama ada mereka mungkin akan merujuk semula dengan kehadiran Rayqal itu, sambil ketawa, Nora menjawab:"Tak mahulah cakap tentang perkara itu. Bagi saya, sekarang ini saya hanya mahu fokus pada anak saya dan karier lakonan," ujarnya ringkas.

Kata Nora lagi, dia juga akan kembali aktif dalam bidang lakonan setelah tamat pantang nanti. Projek pertamanya ialah sitkom Puteri yang akan memasuki musim ke-11.

"Banyak tawaran yang terpaksa saya tolak ketika mengandung dulu. Insya-Allah selepas ini, saya akan kembali aktif. Mana-mana tawaran berlakon yang tidak memerlukan saya berjauhan begitu lama dengan anak, saya akan pertimbangkan.

"Ada juga sebuah tawaran filem dari Singapura yang saya terima. Ia sebuah filem cinta dan dijadualkan menjalani penggambaran di sana pada bulan Mac ini.

"Tetapi saya belum beri kata putus lagi. Macam-macam benda kena saya fikirkan. Lagipun Rayqal masih kecil. Saya tidak mahu harapkan ibu saya saja yang jaga.

"Kalau boleh, biarlah saya sendiri sebagai ibunya memberikan perhatian yang lebih kepadanya," kata Nora yang kini menetap bersama ibunya.

P/S: Sapalah jejaka idaman hati Nora selepas ini... Hehehe


Click Untuk Mengiklan Di Site Ini
Category: , |
��
9:49 PM | Posted in , , ,
Berdiet tetapi perut membusung

TIGA minggu berdiet, berat dan bentuk badan Erneelya Elyana Emrizal, 22, atau Elyana, sedikit pun tidak berubah. Bahkan, semakin hari dia dapati badannya terus mengembang dan perutnya buncit.

Perubahan fizikal mendadak itu serta emosi yang sering terganggu mengundang tanggapan yang bukan-bukan kepada mereka yang rapat dengannya.

Ada yang menyangka dia berbadan dua

Akhirnya rahsia penyakit misteri Elyana terbongkar selepas dia menyuarakan kepada seorang teman yang mengalami penyakit sama.

Seperti hendak gugur jantungnya apabila dimaklumkan terkena buatan orang sewaktu mendapatkan rawatan tradisional di Kuala Lumpur dan penyakit misteri yang dialaminya itu dipercayai busung.

Lebih menyedihkan penyakit yang dideritai sejak tiga tahun lalu itu akibat perbuatan kawan sendiri.
"Masa berubat, orang yang merawat saya itu memaklumkan orang yang melakukan perkara itu kawan saya sendiri. Tetapi saya kurang percaya pada amalan sebegini tambah pada zaman moden ini.
"Saya tidak sangka masih ada yang mengamalkannya dan lebih mengejutkan, orang yang dimaksudkan kawan sendiri. Tetapi saya nampak perubahan pada dirinya sejak saya sakit cuma saya tidak pernah bertanya dengannya.

"Bagaimanapun, saya tidak marah atau berdendam dengannya walaupun perbuatannya itu kesalahan besar di sisi agama.

"Saya reda dan minta maaf kepada semua jika ada perbuatan saya selama ini yang menyinggung perasaan mereka," katanya.

Kata Elyana, dia tidak mengetahui punca sebenar mengapa kawannya itu sanggup bertindak sedemikian kerana perbuatan itu sama seperti membunuh.

Mungkin sahabatnya itu ada alasan berbuat demikian. Namun, apa yang dikesalkan akibat perbuatan itu bukan saja menjejaskan kesihatan dan kerjaya seni, tetapi juga mengeruhkan hubungannya dengan keluarga.

"Saya tidak sedar perubahan pada diri, tetapi ramai perasaan terutama keluarga dan kawan rapat. Sejak terkena penyakit itu, saya sering menyendiri dan panas baran sehingga mereka yang tidak bersalah pun jadi mangsa amukan saya.
"Selalunya ahli keluarga menjadi tempat melepaskan amarah. Malah, saya jadi malas bekerja, sering pening dan sakit perut sampaikan persembahan yang sudah dipersetujui terpaksa dibatalkan saat akhir," katanya.

Mengakui keadaannya semakin pulih selepas menjalani rawatan tradisional, Elyana kembali semangat untuk bekerja. Dia kini sedang menjalani penggambaran drama 26 episod arahan Jamal berjudul, Katrina Kamelia.
Elyana yang mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu baru-baru ini menerusi lagu Kalis Rindu mengakui Katrina watak berbeza dengan peranan yang pernah dibawakannya sebelum ini.
"Watak saya yang ini memang berbeza. Selalunya saya dikenali dengan watak gadis baik dan sempoi, tetapi kali ini saya bawa watak pelajar yang jahat.
"Penggambarannya baru saja bermula minggu lalu jadi belum tahu perkembangan watak saya namun kalau melihat skrip saya memang jahat gila dalam drama ini," katanya.

P/S: Kesian... Ermm, my friend ada yang terkena "buatan orang" bebaru nih... Dia pi berubat kat Terengganu dan sekarang dah sembuh (tp tahap kesembuhan tatau berapa %). So far nampak dah elok sket lah... Alhamdulillah... Pada yang buat bende keji mcm ni, jauhilah... INGAT! Tuhan itu Maha Adil.

Kat bawah di selitkan beberapa keping gambar selepas kawan saya ni pi buat "treatment".



Click Untuk Mengiklan Di Site Ini
��
9:00 PM | Posted in ,
David Beckham & Posh Malaysia?

SEORANG popular di dunia seni dan seorang lagi cukup ternama di dunia sukan. Apakah pasangan ini bakal digelar David Beckham dan Victoria Beckham (Posh) Malaysia?

Ada kebarangkaliannya. Kisah cinta, pernikahan dan kontroversi yang membabitkan pelakon Rita Rudaini Mokhtar dan suaminya, Aidil Zafuan Abd. Radzak hampir menyamai episod kehidupan bintang bola sepak kelab AC Milan dan anggota kumpulan Spice Girls itu.

Aidil yang menjadi 'ayam tambatan' skuad bola sepak kebangsaan juga merupakan antara ahli sukan yang digilai ramai gadis manis di luar sana, sama seperti Beckham.

Justeru, banyak yang kata 'bertuahnya' Rita dilamar Aidil, jejaka baru berusia 21 tahun, ternama dan menjadi pujaan ramai pula, sama sebagaimana orang berkata bertuahnya Posh dipuja David.

Pun itu tuah Rita. Tuah Aidil pula tak kurang hebatnya apabila aktres sejelita Rita secara rasmi sudah berada dalam genggamannya. Tuah yang sama dikecapi Beckham apabila Posh sudi menerima lamarannya suatu ketika dulu.

Rita sebagaimana yang sedia diketahui adalah antara pelakon drama yang berada di kelas A dalam dunia penerbitan drama tempatan.

Malah, Rita bukan sahaja diminati dek gaya lakonan yang hebat dan bersahaja, tetapi dia merupakan seorang artis yang cukup dikenali dengan sifat lemah lembut, bersopan santun dan pandai bermanja.

Meskipun sesekali ada kontroversi hangat menghimpit dirinya, Rita lebih dikenali sebagai pelakon berbakat dibandingkan dengan cerita-cerita panas.

RITA cukup terharu dengan keberanian Aidil mempertahankan cinta mereka

Pada 25 Februari 2008 pasangan ini mengakhiri cinta penuh ranjau dan duri mereka dengan ikatan mulia pernikahan.Walaupun majlis pernikahan berlangsung di negara jiran, Thailand, apa yang penting kepada pasangan ini ialah mereka melayari kehidupan atas landasan sebagai suami isteri yang 'halal'.

Tidak kira bagaimana 'hanyir' susah perjalanannya, mereka dalam destinasi mencari reda Illahi menyahut seruan Nabi bagi mengkayakan lagi umat Islam sejati.

"Selepas berkahwin, hidup saya mula berubah. Saya dapat merasakan perkahwinan telah memberikan semangat baru dalam hidup saya sebagai seorang lelaki.

"Cinta kami bertambah kuat selepas isteri saya disahkan mengandung bulan lepas," kata Aidil menceritakan perasaan bahagianya bergelar suami kepada Rita.

PASANGAN David dan Victoria Beckham

Mengakui kehidupannya kini semakin bererti dengan status terkini mereka sebagai suami isteri, menurut Aidil dia yakin mampu mengemudi bahtera cintanya dengan sebaik mungkin meskipun banyak yang 'curiga' akan tahap kematangannya jika dilihat kepada usia mudanya.

SELESAI kontroversi, pasangan ini meniti kebahagiaan dalam menanti kelahiran sulung buah cinta mereka.

Kepadanya, membuat keputusan berkahwin padai usia muda bukan sesuatu yang perlu dihairankan terutama apabila seorang lelaki itu sudah benar-benar bersedia memikul tanggungjawab.

"Tuhan permudahkan jalan kami untuk berkahwin. Jadi, kami perlu bersyukur dan jaga ikatan ini dengan sebaik mungkin.

"Soal kenapa kami memilih berkahwin di Siam itu adalah kerana saya sudah betul-betul sedia ambil Rita jadi isteri," kata Aidil pada sidang akhbar di Hotel Crown Princess Kuala Lumpur, kelmarin.

Ia merupakan sidang akhbar pertama jaguh bola sepak itu kepada media setelah perkahwinan 'rahsianya' terdedah di dada media. Pendedahan itu dibuat oleh ahli keluarganya sendiri.

Kagum keberanian suami

Melihat kesungguhan Aidil yang sanggup memperisterikannya, Rita pula tidak dapat menyembunyikan rasa kagum.

Kata Rita, dia cukup terharu dengan keberanian Aidil yang sanggup mempertahankan cinta mereka sehingga ke jinjang pelamin.

PEGANGAN erat tangan Rita dan Aidil membuktikan cinta mereka tidak dapat dipisahkan lagi

Kepada wanita berusia 32 tahun ini, awalnya dia kurang yakin apabila Aidil meluahkan hasrat untuk melamar kira-kira dua minggu sebelum tarikh pernikahan mereka.

"Bagaimanapun, selepas tengok Aidil begitu bersungguh-sungguh, saya bersedia bersama dengannya. Keluarga saya pun awalnya tidak memberi restu sebab tak mahu orang salah anggap.

"Setelah Aidil datang dan berbincang dengan elok, akhirnya mereka reda dan sedia memberikan restu untuk kami bernikah," kata pelakon jelita ini.

Menurut Rita, selepas berkahwin dia tidak mahu memandang ke belakang lagi. Apa yang penting, dia mahu menjaga hubungan bersama suami dengan baik, selain menjaga kesihatan demi anak dalam kandungan.

"Lain-lain hal Rita tak mahu fikir dulu. Apa yang penting kandungan Rita sihat, fikiran tidak terganggu dan kami bahagia bersama. Doa Rita semoga kasih sayang kami tidak berubah sampai bila-bila pun," katanya.

Nafi keluarga tak restu

Dalam sidang media yang sama, Aidil turut menafikan pendapat yang mengatakan bahawa keluarganya membantah keras hubungannya dengan Rita.

Dalam erti kata lain, keluarga Aidil dikatakan menghalang cinta antara mereka ekoran status 'janda' dan perbezaan usia antara kedua-duanya yang bersilang 11 tahun.

Menurut Aidil, soal tiada restu yang diberikan oleh keluarganya tidak pernah timbul sama sekali.

"Dalam sidang akhbar baru-baru ini pun keluarga saya bagi tahu mereka terkilan sebab kami kahwin tak bagi tahu. Mereka tak cakap pula tak beri restu kepada hubungan kami. Jadi, soal tak beri restu itu langsung tak timbul," kata Aidil lagi yang sudah membawa Rita bertemu dengan keluarganya di Seremban bulan lalu.

Tiada majlis resepsi

Pasangan ini memberitahu, buat masa sekarang mereka tidak merancang untuk menganjurkan sebarang majlis bagi meraikan sahabat handai sempena pernikahan mereka.

Sebaliknya mereka memilih untuk menyelesaikan beberapa perkara penting terlebih dahulu, antaranya proses mendaftarkan semula perkahwinan dalam negara.

"Biarlah kami selesaikan satu persatu dulu. Sekarang kami sedang dalam proses mendaftar pernikahan."Kami sudah buat sidang akhbar dan selepas ini kami mahu jalani kehidupan sama macam orang lain dan bahagia berdua," kata Aidil.

APAKAH yang buat kalian saling jatuh hati?

AIDIL: Memang semua orang akan pertikaikan umur saya. Kepada saya, saya tak pentingkan umur. Apa yang penting, apa yang saya suka ada pada diri. Dia tak kongkong hidup saya. Susah senang saya dia sentiasa ada di sebelah saya, sokong saya. Semua apa yang saya hendak ada pada diri dia. Susah saya hendak cari pengganti dia. She’s the best.

RITA: Aidil bukan macam kawan-kawan yang sebaya dengannya. Dia suka duduk rumah, sangat bertanggungjawab dengan keluarga dan bukan jenis berpoya-poya. Memanglah dia cemburu, tetapi bukan cemburu buta.

Sekarang okeylah, Aidil 20, Rita 30 tahun. Nanti bila Aidil 30, Rita sudah 40 tahun, bersedia ke?

AIDIL: Hal ini bergantung kepada keikhlasan kita juga. Apa yang ada dalam hati kita, itu yang utama. Umur sama pun, kalau tak ikhlas jadi kucar kacir.

RITA: Dulu memang saya ingat dia masih budak-budak. Tetapi sebenarnya dia ni cukup matang. Lama-kelamaan dia jadi makin serius dan tahu apa dia nak.

Dari mana dapat kekuatan untuk umumkan kisah nikah?

AIDIL: Lepas tahu isteri saya mengandung. Masa tu rasanya tak nak rahsiakan lagi. Bila isteri sudah mengandung, saya rasa kena bagi tahu dan tak kisah lagi apa hendak jadi. Walaupun keluarga terkejut ke, apa ke, saya sanggup terima kesannya. Kami bincang dulu dengan Kak Long (kakak sulung Aidil) dan kemudian baru jumpa abah dan emak.

RITA: Rita sudah lama sedia. Cuma tunggu Aidil benar-benar bersedia. Kalau boleh lepas kahwin kita nak bagi tahu semua orang. Tetapi keadaan membuatkan kami terpaksa merahsiakannya dulu.

Bagaimana dengan tanggapan sesetengah pihak yang mengaitkan Aidil seolah-olah ‘anak durhaka’, kahwin tanpa restu keluarga?

AIDIL: Apa pun kenyataannya hanya saya dan keluarga yang tahu. Sebenarnya hubungan saya dan keluarga macam biasa, tak bermusuh atau bergaduh. Cuma biasalah, ini soal hati dan perasaan. Mungkin mereka kena ambil masa untuk terima semua benda ini. Tetapi saya percaya keadaan akan jadi okey.

RITA: Keluarga Rita pun tak suka sangat awalnya. Mereka suruh kami fikir betul-betul. Tapi bila sudah tengok Aidil serius, mereka tak boleh halang. Keluarga pun risau juga kalau-kalau jadi benda yang tak elok, lagi susah. Lebih baik kahwin saja.

Perasaan selepas kahwin?

AIDIL: Saya lega sangat. Masalah saya selama tiga tahun sudah selesai bila kami kahwin. Akhirnya ini jawapan kepada segala masalah dalam hubungan kami. Saya jadi semakin bersemangat di padang. Yalah, tiga tahun bercinta macam-macam masalah iaitu kami. Alhamdulillah rasa serabut, masalah dalaman semua sudah hilang.

RITA: Dulu masa macam-macam masalah datang, Rita pernah minta ‘putus’. Paksa diri supaya buang saja, jangan berkawan lagi. Yalah, nampak macam saya ni beri banyak sangat masalah pada dia, baik putus. Tapi kami memang tak boleh berpisah. Itu yang buat kami nekad, teruskan juga. Sanggup buat apa saja sebab kami saling menyayangi. Kalau pasal kami berdua, lepas berkahwin tentulah gembira sangat. Perkahwinan ini buat kami rasa istimewa.

Rita Rudaini Tidak Mahu Panjangkan Isu Pernikahan Lagi...

Dramatis popular, Rita Rudaini Mohkhtar, 33, sedih kerana dia terus dipersalahkan dalam isu pernikahan dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abd Razak, 22, di Songkhla, Thailand pada 25 Februari lalu.

Aidil sudah menjelaskan pernikahan kami dibuat atas kehendaknya selepas masing-masing memikirkan ini jalan terbaik supaya kami tidak terlanjur dalam menjalin hubungan.Sebagai anak, Aidil sudah melakukan yang terbaik untuk memulihkan hubungan dengan keluarganya.

Saya tidak banyak campur tangan dan biarkan dia menguruskannya supaya masalah boleh diselesaikan dengan baik, katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Pelakon utama drama bersiri Rozana itu menjelaskan, mulanya kedua-dua pihak sudah memberi kata putus tidak akan memberikan sebarang kenyataan yang boleh menyinggung perasaan.Namun, dia berkata, apa yang berlaku sekarang sebaliknya apabila keluarga mentua terus memberikan kenyataan tidak sepatutnya.

Menurutnya, dia bukan mahu memanjangkan isu atau mencari sengketa dengan keluarga mentua, tetapi mahu umum memahami kedudukan sebenar untuk kepentingannya dan Aidil.

Sepanjang pernikahan kami hangat diperkatakan keluarga mentua mahupun orang luar, saya mendiamkan diri bagi mengelak timbul spekulasi yang boleh menyakiti hati kedua-dua pihak.

Saya kasihankan suami. Apabila kenyataan itu tersiar, dia benar-benar terganggu. Saya rayu kepada keluarga mentua, jangan lagi menyakiti Aidil. Kalau benar mereka masih sayangkan Aidil sebagai ahli keluarga jangan diganggu emosinya kerana bimbang kelak boleh menjejaskan tumpuan terhadap prestasi kerja, katanya.

Rita mengakui dia dan Aidil ada pulang ke rumah mentuanya selepas bernikah.

Ketika suami mengambil keputusan bertemu keluarganya untuk memaklumkan mengenai pernikahan, kami berdua pulang ke Negeri Sembilan. Tidak dinafikan apa yang kami lakukan itu (bernikah) salah dan kami mohon maaf.

Saya sendiri melutut dan memegang tangan ibu mentua meminta mereka memaafkan Aidil dan jangan membuangnya daripada keluarga. Tetapi mereka tidak menghiraukan kami.

Jadi peristiwa itu menjadi bukti kami pulang dan memberitahu sendiri mengenai pernikahan itu, katanya yang menafikan dakwaan kononnya dia cuba memutuskan hubungan Aidil dengan keluarganya.

Sikap saya tidak seburuk seperti tuduhan dibuat hingga mahu memutuskan hubungan antara ibu dan anak. Saya tidak mahu menanggung dosa besar seperti itu.

Suami beberapa kali pulang ke rumah keluarganya. Malah, selepas menjalani latihan bersama pasukan Negeri Sembilan, Aidil pulang dan waktu itu, kata suami, keluarganya melayannya dengan baik dan mereka menikmati makan tengah hari bersama, katanya.

Bagi Rita, sekiranya keluarga mentua tidak mahu menerimanya sebagai menantu, itu tidak mengapa.

Saya reda dan menerima ujian dan ketentuan Ilahi, tetapi jangan terus menghina saya dan keluarga saya.

Selama ini, saya berdiam diri kerana menghormati keluarga mentua dan tidak paksa mereka menerima saya. Biar masa menentukan, tetapi segala hinaan menerusi SMS kepada saya, keluarga dan suami pada saya itu sudah keterlaluan.

Adakah mereka melakukan itu kerana mahu memberikan tekanan buat saya mahupun Aidil, apatah lagi selepas mereka tahu saya sedang mengandung. Ingin saya jelaskan semua SMS yang mereka hantar saya masih simpan untuk dijadikan bukti, katanya.

Kata Rita, dia benar-benar berharap tiada lagi sebarang kenyataan yang cuba memburukkannya dan keluarga.

Apapun, kami tahu sudah melakukan kesalahan dan banyak kali memohon maaf. Tiada apa lagi yang mampu saya lakukan selain memohon maaf.

Tidakkah mereka terfikir apa yang berlaku sudah ditakdirkan. Kalau benar mereka marahkan kami jangan memberikan kenyataan membuatkan saya dan suami nampak hina pada mata masyarakat, katanya.

P/S: Orang tua dan keluarga biasanya kalau boleh biarlah majlis perkahwinan anak tu "ikut adat dan tatatertib". Tapi takpelah, dah jadi begini seharusnya keluarga kena restu sebab dari buat bende yang "tidak baik" berlarutan kan... Sekarang dah kira "halal" hehe.. Apapun, semoga berbahagia buat Rita Rudaini dan Aidil Zafuan sehingga ke anak cucu.... Amin... (Sama cantik, sama padan... sesuai la tuh~ Hehe)


Mahu Dapatkan Duit Lebih?

Category: , |
��


Hand Bouquets • Flower Baskets • Fruits and Flowers • Table Flower • Congratulatory Stands • Special Gifts • Hampers • Cakes