Click Untuk Mengiklan Di Site Ini



Dapatkan MiniSite PERCUMA Anda Di Sini!



Mahu Dapatkan Duit Lebih?

Hand Bouquets • Flower Baskets • Fruits and Flowers • Table Flower • Congratulatory Stands • Special Gifts • Hampers • Cakes




Berita Harian

New Strait Times

The Star Online

Malaysiakini

Harakah Daily

Bernama News

Utusan Malaysia

Sinchew Daily

Harian Metro

Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts
8:08 PM | Posted in , ,
Kuala Lumpur, 2 Feb - Paknil telah dianugerahkan Bintang Kebesaran Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan ke 35 di Istana Negara.

Penganugerahan Bintang JOHAN MAHKOTA WILAYAH telah di anugerahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Menjunjung Kasih Tuanku!Paknil nak ambil kesempatan ini mengucapakan jutaan terima kasih buat YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan juga YB Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Raffique atas pencalonan nama Paknil bagi Anugerah Bintang itu.

Kini setapak lagi Paknil melangkah untuk terus berbakti kepada Negara tercinta dan bidang yang Paknil sayangi ini.

Selaku anak jati Kuala Lumpur, Paknil akan terus bekerjasama dengan pihak Kementerian Wilayah Persekutuan untuk menjadikan tempat tumpah darah Paknil lebih maju dan setanding dengan kota metropolitan dunia. Paknil juga berharap, Anugerah Bintang ini akan menjadi penyuntik semangat pada Paknil dan rakan yang lain untuk terus melakukan tugas yang diamanahkan dengan ikhlas.

Tidak pernah sekelumit di hati ini terfikir untuk diiktiraf sedemikian rupa oleh kerajaan dan Yang Di Pertuan Agong.

Berada dalam Balai Rong Seri, Istana Negara itu sahaja sudah bagai mimpi jadi kenyataan bagi Paknil apa lagi bersalaman dan dikalongkan Bintang oleh DYMM Tuanku.

"Pada penyokong-penyokong Paknil, terima kasih Paknil ucapkan semoga kowrang terus beri semangat pada Paknil untuk terus berkarya. Paknil mahu terus disayangi dan menyayangi kowrang semua! InsyaALLAH! Katanya


��
12:58 AM | Posted in , ,

Stacy lawan karma

JIKA sebelum ini dia menerima tamparan hebat kerana melakukan kesilapan ketika membuat persembahan pada malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM21) pada 8 Ogos tahun lalu, sebaliknya pula pada majlis Anugerah Juara Lagu ke-23 (AJL23) baru-baru ini.

Gerak tari dan vokal yang mantap saat mendendangkan lagu Aku Stacy pada anugerah tersebut menjadi bualan ramai.Meskipun tidak membawa pulang sebarang anugerah, Stacy atau nama sebenarnya, Stracie Angie Anam berjaya membuktikan dirinya tidak boleh dipandang enteng, sementelah lewat kebelakangan ini dia menerima berbakul-bakul pujian dek kerana persembahan mantapnya itu.

Namun ada suara-suara yang berbisik, bahawa anak gadis berusia 19 tahun ini sebenarnya sedih kerana gagal membawa pulang anugerah untuk kategori persembahan terbaik yang diterima oleh Faizal Tahir.

Benarkah begitu? Ketika berpeluang bersemuka dengannya dalam satu sesi fotografi khas baru-baru ini, Stacy hanya tersenyum saat diaju soalan perihal kekalahannya itu.

"Saya tidak kecewa dan tidak sedih pulang dengan tangan kosong. Sebenarnya saya berpuas hati apabila dapat memberikan persembahan yang baik dan menghiburkan semua orang.

"Walaupun tidak meraih sebarang kemenangan menerusi penyertaan buat pertama kali dalam AJL, ia cukup penting berbanding kemenangan.

Saya tidak pernah rasa saya kalah, kerana saya telah melakukan yang terbaik, begitu juga dengan semua calon-calon lain yang turut bertanding," ujarnya jujur.

Jelasnya lagi, tamat saja persembahannya di pentas AJL23, dia gembira kerana ramai yang datang padanya memberi pujian dan ucapan semangat.

Semua itu merupakan penghargaan yang cukup besar buat dirinya."Semua kata-kata perangsang yang diterima amat saya hargai dan membuatkan saya lebih tekun untuk berusaha memberi persembahan yang terbaik dalam apa jua bentuk persembahan kelak," tuturnya.

Dilanda ketakutan, trauma

Di sebalik persembahan hebatnya itu, bagaimanapun terselit sebuah cerita yang cukup mengharukan.

Ini kerana sebelum persembahan pada final AJL23 berlangsung, Stacy telah berlatih selama setengah bulan sejak dari sambutan Krismas lagi.

"Saya cukup takut jika tahap persembahan tidak setaraf dengan penyanyi senior yang lain sebab itu saya bekerja keras, walaupun ketika pulang ke Sabah untuk perayaan Krismas saya hanya memikirkan persembahan untuk AJL23 saja.

"Mungkin kerana saya pernah melakukan kesilapan pada majlis besar dulu, ia menyebabkan saya sedikit trauma.

"Saya hanya ingin menebus kesalahan lalu dengan membukti saya sebenarnya boleh menyanyi dan menari dengan baik, bukan sekadar penyanyi mi segera seperti yang dikatakan kebanyakan orang," luahnya lagi.

Setiap hari berlatih bersama lapan orang penari yang merupakan rakan-rakannya dari Sabah serta abangnya sendiri membuatkan persembahannya pada AJL23 cukup berbeza.

"Semua penari adalah rakan saya dan abang, kami tidur, berlatih dan bersenam bersama-sama di rumah saya di Sabah sebelum tarikh persembahan tiba.

"Kami lakukan semua sendiri termasuk mencari langkah tarian, sebab itu apabila di atas pentas saya tidak rasa saya berseorangan kerana saya anggap kami semua seperti sebuah kumpulan tarian.

Semua perasaan gugup hilang, kerana bila saya pendang sekeliling di atas pentas, semua adalah orang yang dekat dengan hidup saya," katanya tanpa selindung.

Semua bagaikan mimpi

Apa pun kemampuannya sudah terbukti, Stacy juga kini mampu tersenyum puas setelah mengharungi segala halangan onak dan duri sebelum ini.

Stacy juga mengakui, jika sebelum AJL23, namanya sedikit tenggelam dan tawaran persembahan juga kurang, tetapi kini semuanya sudah berubah.

Album sulung yang bakal dilancarkan membakar semangat juang Stacy dalam dunia muzik.

Dia kini begitu sibuk sama ada memenuhi undangan nyanyian, sesi fotografi dan pelbagai lagi acara termasuklah pelancaran album sulungnya menjelang 21 Februari depan di Sabah.

"Semua bagai mimpi, ada satu ketika saya rasa seperti mahu berhenti menyanyi dan pulang saja ke Sabah, tetapi tiba-tiba rezeki datang dan semuanya menjadi semakin baik.

"Tidak lama lagi, album saya akan dilancarkan dan kerjaya seni nampaknya semakin hari, semakin baik berbanding sebelum ini, sehingga saya sendiri yang sering bertanya pada pihak pengurusan bila mahu mengadakan sesi fotografi dan persembahan nyanyian," ucapnya dalam tawa.

P/S: Takpe Stacy, dah rezki orang lain... just continue usaha, nanti sampai masa rezki Stacy lak... Go! Go! Go! Orang Kampungku! Hehehe


Mahu Dapatkan Duit Lebih?
��
5:41 PM | Posted in , ,
Status duda dan janda bukan penghalang pasangan ini bersatu

Benar pepatah orang dahulu, asam di darat ikan di laut, di dalam kuali bertemu juga. Maka begitulah kehidupan cinta seorang Rima Melati yang bertapak di Singapura dengan penyanyi terkenal Indonesia, Marcell.

Indah panggilan nama masing-masing. Marcell memanggil Rima dengan nama Melati manakala Rima, 28, banyak menulis nama Kirana Hamonangan Siahaan, 31, dalam blognya berserta rasa cinta dan yakin menjadi kismet Marcell.

Maka termeterai cinta di atas satu perhubungan dengan melangkah ke alam perkahwinan.

Pasangan bercinta ini bersetuju menjadi pelengkap hidup masing-masing dan hati telah tahu bahawa mereka berjumpa orang yang tepat.

Pada tarikh keramat mereka - 28 Januari 2009, mereka sah menjadi suami isteri menerusi pernikahan yang dianggap Marcell sebagai rahsia Tuhan.

Majlis pernikahan yang diadakan di Restoran Tepak Sireh, Singapura itu cuma dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak. Ternyata mereka berjaya mengadakan majlis dengan aman dan tertutup seperti yang mereka hajatkan.

Malah atas dasar kesederhanaan, mas kahwin juga tidak disediakan untuk pernikahan kali kedua Marcell mahupun Rima ini.

Memilih tema biru untuk malam pernikahan mereka, Rima menyarungkan pakaian daripada L.A.B Bridal Couture. Majlis turut diserikan dengan nyanyian Imran Ajmain dan Man Toyak.

Pastinya persoalan agama di antara pasangan ini menjadi bahan bualan ramai. Ternyata perbezaan agama di antara mereka bukanlah menjadi masalah untuk hati dan jasad bersatu.

Rima Melati beragama Islam sementara Marcell adalah penganut agama Buddha dan masing-masing masih kekal dengan fahaman tersendiri.

Bagaimanapun perbezaan itu bukanlah penyebab besar majlis tersebut dijalankan di Singapura. Tetapi memandangkan keluarga pihak perempuan lebih ramai bermastautin di Singapura, maka kota Singa menjadi tempat pilihan mereka.

Malah seakan-akan sudah memikirkan bakal berungkai persoalan agama ini, Marcell terlebih dahulu menulis dalam blognya:

"Masyarakat yang damai adalah masyarakat yang seimbang, iaitu masyarakat yang dengan lapang dada mampu menerima dan menghargai perbedaan dan pada masa yang sama tidak mengetepikan dan meremehkan aturan dan norma yang berlaku.

"Dan motivasi daripada kesemua tindakan ini tiada lain adalah rasa cinta dan kasih."

Rima Melati yang dihubungi lewat panggilan telefon kedengaran bahagia namun masih dalam kekalutan menyiapkan banyak perkara tertunggak. Sewaktu dihubungi, pasangan ini dalam perjalanan pulang ke negara kelahiran Marcell, Indonesia.

Ternyata perkahwinan dan peluang kali kedua dalam hidup masing-masing digunakan sebaik mungkin untuk menjadi pelengkap melayari kehidupan.

Sebelum ini Marcell pernah menikahi penulis terkenal Dewi Lestari dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Keenan berusia empat tahun.

Manakala Rima pernah menjadi suri hati lelaki bernama Davin James Cook serta dikurniakan seorang anak lelaki bernama Edga yang kini berusia 20 bulan.

Jodoh dan maut memangnya di tangan Tuhan. Siapa tahu perkenalan awal tahun 2006 sewaktu masing-masing masih bergelar suami dan isteri pasangan lain merupakan detik penyatuan mereka hari ini.

Laman web Facebook menjadi penghubung dan akhirnya temu janji pertama pada April 2007 menjadi titik awal dan memori indah buat pasangan ini.

P/S: Sudah terang lagi bersuluh tapi suluhnya mmg dah lama karat/rosak! Sesungguhnya tiada istilah kahwin beza agama dalam Islam. Apa nak jadi lah...


Hand Bouquets • Flower Baskets • Fruits & Flowers • Table Flower • Congratulatory Stands • Special Gifts • Hampers • Cakes
5:21 PM | Posted in , ,
'Saya menerima lawak itu dengan terbuka. Ini memang konsep komedi yang betul. Saya cuma tak suka balas sebab saya redha. Lagipun kalau saya balas, nanti bertumbuk pula atas pentas.' – OS


Kerjaya Os sebagai pemandu teksi sepenuh masa mencetuskan program Apa Ke Halnya.

Ramah sekali bicara pemilik nama sebenar, Mohd Yusof Abdul Hamid atau dikenali dengan nama komersialnya, Os. Biar sesekali irama suaranya turun naik mengikut topik bicara, Os sempat berlawak.

"Jangan cabut gigi saya. Kalau tidak, macam mana saya nak makan," katanya saat ditanya apa yang mahu dia katakan kepada khalayak mengenai kehadirannya sebagai salah seorang pelakon komedi yang disegani.

Malah kerana 'kelebihan' giginya itu, dia sering menjadi bahan lawak fizikal. Tapi kata Os, sedikit pun dia tidak ambil hati kerana lawak sedemikian memang wujud dalam jalur lawak yang sedia ada.

"Saya menerima lawak itu dengan terbuka. Ini memang konsep komedi yang betul. Saya cuma tak suka balas sebab saya reda. Lagipun kalau saya balas, nanti bertumbuk pula atas pentas.

"Biar ada yang masuk, ada yang keluar. Dan saya selalu pegang, bila orang cakap tentang kita, maknanya kita popular," jawab Os realistik.

Lebih daripada itu, lelaki yang berusia 48 tahun ini mahukan kritikan daripada khalayak agar dia mampu memperbaiki kelemahan dan kesilapan yang dilakukannya dalam program bual bicara pertamanya, Apa Ke Halnya.

Apa Ke Halnya yang bersiaran di TV9 setiap Jumaat hingga Ahad pada pukul 10.30 hingga 11.30 pagi pantas menggamit perhatian. Selain Os, program ini turut dikendali bersama Shamsul Ghau Ghau dan Din Beramboi serta hos jemputan pada setiap Ahad, bekas juara Gadis Melayu, Noormaida.

Kata Os yang pekerjaan tetapnya kini memandu teksi, Apa Ke Halnya merupakan anak sulungnya dan dia bertanggungjawab memberi komitmen terhadap program ini.

Ia juga umpama mimpi yang menjadi kenyataan apabila selepas sekian lama menyepi daripada dunia seni, Tuhan mengizinkan mimpi lamanya direalisasikan.

"Saya memang pernah bercita-cita untuk ada program bual bicara sendiri. Saya selalu tanya diri, kenapa tak ada peluang datang?

"Saya bukan apa, saya nak tunjuk bahawa lawak pun cerdik juga. Kami pun ada ilmu dan fakta yang nak disalurkan melalui cara yang santai.

"Jadi apabila Datuk Seri Farid Redzuan (Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima) bertemu saya dan tanya tentang pekerjaan saya sebagai pemandu teksi yang bertemu banyak ragam manusia, maka tercetuslah program ini," cerita anak Kuala Kangsar, Perak yang cukup terkenal dengan filem seperti Mr. Os, Adik dan O.K (Orang Kampung Otak Kimia).

Bersama Din Beramboi dan Shamsul Ghau Ghau

Begitu komited dan teruja dengan Apa Ke Halnya, kata Os lagi, perkara yang membuatkan dia seronok kembali bekerja dalam industri adalah program ini bersifat santai.

Paling disukainya tentang program ini selain ilmu yang dikongsi bersama khalayak adalah segmen berbicara dengan para penumpang yang menaiki teksi yang dipandunya.

"Saya suka apabila bahasa yang digunakan tidak terlalu formal. Ia menunjukkan program ini memang benar-benar santai dan kami boleh bersembang serta bertukar pandangan tentang pelbagai topik," katanya.

Tidak menolak sebarang tawaran berlakon jika punya kesempatan, Os kini selesa dengan kehidupannya. Sejak tiga tahun lalu, dia setia memandu teksi di sekitar Lembah Klang.

Apabila mula terbabit kembali dengan dunia seni, kata Os, jadual hariannya masih sama. Jika tidak mempunyai sebarang rakaman, dia akan keluar seawal pukul 7 pagi dan bekerja selama lapan jam sehari memandu teksi untuk mencari rezeki.

Kata Os: "Memandu sudah menjadi sebahagian darah daging saya. Saya punya anak ramai untuk disara.

"Saya selesa memandu dan saya tak mahu meraih simpati orang dengan bercerita tentang kerjaya saya. Ini tanggungjawab saya sebagai ketua rumah."


Bantulah Saudara Kira di Gaza dengan Pelbagai Cara
��
5:54 PM | Posted in , ,
Keunikan tiara berharga RM156,395 yang diperbuat dari South Sea Pearls
akan digayakan oleh Linda Jasmine ketika acara memotong kek



Linda Dan Que Haidar: "Kami Saling Melengkapi!"

TEMUBUAL yang sepatutnya berlangsung dalam sesi fotografi di studio berubah suasana kepada sesi fotografi di Habib Jewels disebabkan jurutari Linda Jasmine, 37, sibuk dengan persiapan perkahwinannya.

Dalam kesibukan memikirkan tentang persiapan yang perlu dilakukan sebelum majlis perkahwinan tiba hampir dua minggu lagi, sesekali Linda akui beliau bagaikan terlupa seketika tentang makna pernikahan dan perkahwinan.

Maklumlah, waktu itu bakal isteri kepada aktor Que Haidar, 30, ini perlu mengingatkan tentang persiapan tersebut secara teliti agar tiada yang tertinggal seperti pakaian pengantin, hantaran, kad jemputan, sehinggalah perkara yang ‘remeh-temeh’.

Namun, kadangkala ketika sedang memandu kereta, ibu tunggal kepada Qalif Khan, 9, ini secara tiba-tiba teringat yang beliau akan bergelar seorang isteri tidak lama lagi.

Kesannya, segala beban yang dipikul selama ini menjadi ringan sedikit malah semakin gembira dan tidak sabar untuk menanti hari bahagia itu.

Linda Jasmine sepatutnya menghadiri sesi fotografi di studio tetapi disebabkan sibuk dengan persiapan perkahwinan, temubual terpaksa diubah kepada di Habib Jewels.

Dalam masa yang sama, Linda juga mengingatkan dirinya bahawa perjalanan hidup yang bakal ditempuhi pada masa akan datang pastinya disulami dengan sedikit situasi cacat-celanya.

"Saya tahu, perjalanan hidup yang bakal ditempuhi oleh setiap pasangan suami dan isteri bukanlah sentiasa ‘perfect’.

"Setiap hubungan itu mesti ada pasang surutnya. Saya bukan sahaja mengingatkan kepada diri-sendiri malah turut berpesan kepada Que.

"Sebagai manusia, Tuhan selalu menduga kehidupan kita dengan bermacam-macam perkara agar kita dapat menilai diri-sendiri."Dari situ, kita dapat mempelajari tentang cara kita mengawal situasi tersebut sama ada dengan baik atau tidak.

"Jadi, saya selalu mengingatkan diri-sendiri agar jangan terlalu cepat mengikut perasaan.

"Saya akan berfikir terlebih dahulu sebelum bercakap tentang sesuatu perkara itu mahupun kalau saya terlepas cakap," luah Linda dalam temubual sejurus selepas memilih aksesori perkahwinan di Habib Jewels (Habib), Ampang Point semalam.

Dianggarkan lebih RM3 juta set aksesori dari Habib yang bakal digayakan oleh Linda semasa majlis perkahwinannya di Bora Ombak pada 14 Februari depan.

Bak Puteri...

Linda bakal menggayakan aksesori dari Habib Jewels berjumlah lebih RM3 juta.

Majlis pernikahan dijangka akan berlangsung pada pukul 5 petang manakala upacara bersanding dan memotong kek akan dilakukan pada sebelah malamnya di tempat yang sama.

Linda juga akan mengenakan pakaian pengantin rekaan tiga pereka iaitu Datin Kirana, Saiful Bahrin dan Calvin Thoo di mana ketiga-tiga persalinannya itu menggunakan fabrik Jakel manakala pakaian Que pula direka oleh Lord’s Tailor.

Di dalam majlis akad nikah, pasangan ini akan saling bertukar cincin serta pemberian hantaran berupa mas kahwin dan senaskhah al-Quran oleh Que kepada Linda.

Sementara majlis resepsi perkahwinan sebelah pengantin lelaki akan diadakan di Felda Taib Andak, Johor pada 15 Mac.

Kehadiran Linda di Habib tidak ditemani oleh Que sebaliknya rakan setugasnya, Zuhana yang hadir kerana bakal suaminya itu sedang sibuk di lokasi pengambaran.

Linda teruja dan tidak sabar untuk menanti saat diijabkabulkan dengan Que. Que, seorang pelakon popular dan berbakat yang pastinya sentiasa menjadi perhatian umum.

Sambil memperhalusi pengalaman yang bakal dilalui oleh setiap pasangan artis yang mendirikan rumah tangga, Linda juga cuba membuang jauh-jauh perasaan cemburu buta terhadap Que.

"Saya rasa buang masa sahaja kalau nak terlalu cemburu buta. Setakat ini, saya masih dapat mengawal situasi tersebut.

"Tipulah kalau katakan yang saya tidak mempunyai perasaan cemburu tetapi tidaklah sampai tahap cemburu buta.

"Katakanlah jika suatu hari nanti saya betul-betul serius cemburu dan meragui sikap Que, sikap itu datang dari gerak hati saya.

"Kita akan dapat rasa sama ada melalui perlakuan dia terhadap kita. Kalau dia bersalah, kita dapat rasa yang perasaannya terhadap kita sudah hilang.

"Saya pernah mendengar melalui Forum Perdana Hal Ehwal Islam di TV1 di mana salah seorang penceramah itu berkata seseorang wanita itu mesti mempunyai naluri," ujar guru tari dalam program realiti Akademi Fantasi ini.

Linda semakin matang untuk menempuhi alam perkahwinan keduanya nanti.Bermula sejak pasangan ini mengumumkan tarikh perkahwinan mereka jatuh pada 14 Februari, sempena Hari Valentine, pelbagai kritikan yang diterima sama ada yang positif mahupun negatif.

Namun, semua kritikan itu langsung tidak mengganggu keputusan Linda untuk mempersuamikan Que kerana baginya faktor perbezaan umur, dan latar belakang bukanlah batu penghalang untuk mereka menyulam cinta bersama.

"Saya rasa perkahwinan kami ini bukanlah suatu perkara asing yang timbul dalam senario masyarakat sekarang sebab di luar sana terdapat juga pasangan yang membuat keputusan seperti kami.

"Saya pernah berkahwin dulu. Sekarang, saya semakin matang dan belajar daripada pengalaman lalu.

"Dulu, saya tidak mempunyai sikap timbang rasa, terlalu ‘control’ dan cerewet tetapi sekarang saya sudah berubah.

"Saya selalu banyak sabar dan tidak terlalu mengikut perasaan," jelasnya yang berubah bukan disebabkan Que tetapi diri-sendiri yang ingin mengubahnya demi mengeratkan perhubungan masing-masing.

Set persandingan (safir biru dan berlian)berupa rantai berharga RM2.35 juta, anting-anting: RM629,000, gelang: RM74,800, cincin: RM21,000 digayakan oleh jurutari profesional Linda Jasmine.

Tambah Linda, untuk berubah, beliau tidak boleh bergantung kepada pasangannya semata-mata tetapi perubahan itu perlu berlandaskan usaha murni antara satu sama lain.

Yang jelas disebalik usia bakal suaminya yang lebih muda tujuh tahun daripadanya itu, Linda berkata sikap matang Que menyenangi dirinya.

"Que bukan jenis malas. Dia terima diri saya seadanya. Walaupun dia lebih muda, tetapi dia lebih matang daripada saya.

"Saya akui yang saya ini mempunyai perangai ‘kebudak-budakan’. Jadi, hubungan kami boleh dianggap saling melengkapi antara satu sama lain.

"Apa yang pasti, semua ini adalah takdir Allah. Dalam perjalanan hidup kami, memang sudah tertulis kami diciptakan untuk hidup bersama.

"Hanya Tuhan yang tahu tentang apa yang bakal terjadi selepas ini," tutur Linda yang berharap semoga orang lain mendoakan yang terbaik dalam perkahwinan mereka dan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Habib Jewels taja lebih RM3 juta aksesori kahwin Linda Jasmine

Dianggarkan lebih RM3 juta harga barang kemas tajaan Habib Jewels yang akan digayakan oleh jurutari profesional Linda Jasmine, 37 semasa majlis perkahwinannya dengan aktor Que Haidar, 30 pada 14 Februari depan di Bora Ombak, di sini.

Antara aksesori tersebut untuk tiga persalinan dan upacara berbeza adalah:

Akad nikah
Anting-anting: RM127, 830
Gelang: RM165,000

Persandingan (Set safir biru dan berlian)
Rantai: RM2.35 jutaAnting-anting: RM629,000
Gelang: RM74,800Cincin: RM21,000

Memotong kek (Set ‘white south sea pearl’)
Tiara: RM156,395
Anting-anting: RM88,325

Menurut Linda, Habib Jewels menjadi pilihan kerana pelbagai pilihan koleksi aksesori yang terdapat di situ.

"Bukan sahaja saya yang gemar memilih aksesori Habib Jewels untuk koleksi peribadi malah ahli keluarga terutama ibu saudara saya selalu ke sini," kata Linda ketika hadir untuk memilih barang kemas di Habib Jewels, Ampang Point, di sini semalam.

Ketika sesi pemilihan dilakukan, Linda ditemani oleh rakan sekerjanya, Zuhana dan penolong pengurus komunikasi dan pemasaran Habib Jewels, Yasheedah Yashaiya.

Linda mengaku beliau agak cerewet membuat pilihan. Bagi beliau, sikap tersebut penting untuk menentukan aksesori yang benar-benar cantik dan sepadan dengan pakaian yang bakal disarungkan semasa majlis perkahwinannya nanti.

"Saya tak mahu nanti orang mengata ‘itu’ dan ‘ini’ semasa majlis berbahagia kami. Kalau boleh saya nak nampak ringkas tetapi menarik dipandang orang," luahnya yang sebolehnya ingin tampak kelihatan seperti seorang 'Ratu' pada majlis yang penuh bermakna itu.

Tinggal kira-kira dua minggu lagi, dan sehingga kini sudah 75 peratus persiapan perkahwinan yang dilakukan oleh beliau dan bakal suaminya.

Tuah badan Linda Jasmine dapat menggayakan aksesori tajaan Habib Jewels

Setakat ini, cincin nikah untuk kedua bakal mempelai ini telah dibeli, dan pakaian pengantin perempuan yang dijahit menggunakan khidmat tiga pereka iaitu Datin Kirana (baju nikah), Saiful Bahrin (Sanding) dan Calvin Thoo (potong kek) juga telah disiapkan.

Selain itu, antara pihak yang turut terlibat di dalam majlis perkahwinan pasangan berbeza usia tujuh tahun ini adalah Lord’s Tailor (pakaian Que), AZ Saloon and Bridal House (mengurus resepsi di Johor), Jakel (fabrik), Polkadotted Creative Solutions oleh Jeslina Hashim (dekorasi)dan The Blooming Cake.

"Saya dimaklumkan ketiga-tiga pakaian yang akan saya pakai nanti telah disiapkan tetapi setakat ini saya belum tengok dan cuba lagi.

"Kad jemputan juga telah siap dicetak tetapi belum diedarkan kesemuanya. Saya anggarkan dalam 400 tetamu yang dijemput ke majlis nikah kami nanti.

"Kalau boleh saya nak jemput semua tetapi tak dapat buat. Jadi, saya ingin memohon maaf kepada mereka yang kami tidak dapat jemput," beritahu Linda yang akan membawa turun ahli keluarganya dari Amerika Syarikat semasa majlis itu nanti.

Resepsi perkahwinan sebelah Que pula akan diadakan di Felda Taib Andak, Johor pada 15 Mac.

Majlis resepsi di Bora Ombak sempena Hari Valentine akan diserikan oleh anak didik Linda dari Akademi Fantasia iaitu penyanyi Amylea, Farhan dan Riz.


Mahu Dapatkan Duit Lebih?
5:35 PM | Posted in , ,

Pasangan antara Danny dan Ana Alisha memang sepadan, bak nasi lemak dengan sambal.

Tidak silap aku diorang pernah mengacarakan rancangan kanak-kanak di RTM 1, dan tidak silap aku Ana Alisha merupakan salah satu pelakon dari cerita 'Papaku Rock' terbitan Astro.

Jikalau korang tidak ingat siapa Ana Alisha, pernahkan tengok iklan syampu Rejoice. Di dalam iklan tersebut Ana menggunakan 'tagline' "Guna jari pun boleh"


Click Untuk Mengiklan Di Site Ini
��
4:37 PM | Posted in , ,
DAFI bukan lagi nama asing di persada seni hiburan tempatan, dia cukup dikenali terutamanya di kalangan remaja.

Bakatnya yang mula diketengahkan sejak menyertai program realiti popular Akademi Fantasia musim kelima (AF5), umpama pasport yang membuka ruang demi ruang untuknya bergerak bebas sebagai anak seni.

Setelah hampir dua tahun menggenggam gelaran artis, anak teruna kepada Menteri Belia dan sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu bukan sahaja statik sebagai penyanyi malah turut melebarkan sayapnya sebagai duta produk dan terbaru, menerjah ke alam lakonan.

Ketika sesi bergambar yang diadakan di studio Utusan baru-baru ini, keceriaan jelas terpancar di wajahnya biarpun hakikat sebenar gelodak hatinya semakin berdebar menanti reaksi peminat terhadap filem sulung lakonannya, Sayang You Can Dance yang bakal menjengah pawagam bermula 12 Mac ini.

Pengalaman

Peluang beraksi dilayar yang sama dengan dua pelakon utama filem itu, Samuel Rizal dan Sharifah Amani menurut Dafi, memberi pengalaman yang cukup bermakna buatnya kerana melakonkan watak Danial iaitu sepupu kepada Mia (lakonan Amani) tidak kurang pentingnya dalam filem itu.

"Samuel dan Amani dah biasa berlakon sebelum ini namun mereka langsung tidak lokek berkongsi pengalaman dan ilmu walaupun saya masih baru dalam lakonan.

"Memang saya berdebar sangat menanti reaksi daripada penonton apatah lagi ini adalah filem pertama yang turut melibatkan saya sebagai salah seorang pelakon.

"Saya sebenarnya jenis yang tidak suka tengok diri sendiri dalam TV sebab terasa malu sangat malah, nampak pelik sebab selalunya tengok orang lain yang berlakon tetapi kali ini kena tengok lakonan sendiri.

"Bagaimanapun, saya berharap penonton akan bagi maklum balas yang positif terhadap filem ini sebab jarang ada filem yang berasaskan tarian seperti ini," katanya.

Tidak mahu terlalu drastik mengejar peluang lakonan, menurut Dafi dia kini terpaksa menolak banyak tawaran lakonan termasuk drama kerana tidak mahu jadual kuliahnya terganggu.

Menyedari masa yang diperlukan dalam menyempurnakan sesuatu babak lakonan lebih panjang berbanding nyanyian, Dafi tidak mahu pihak lain menanggung risiko akibat kegagalannya memberi komitmen.

"Menolak tawaran berlakon drama bukan disebabkan saya hanya memilih filem tetapi masa untuk saya agak terhad dan dalam masa yang sama saya tidak mahu menyusahkan pihak lain yang terpaksa menunggu dan mengikut jadual saya.

"Banyak juga tawaran yang saya tolak terutamanya cerita-cerita tentang remaja. Bagaimanapun, akan datang insya-Allah jika ada tawaran yang bersesuaian tanpa mengganggu jadual belajar, saya akan pertimbangkan," jelas pelajar semester empat jurusan diploma muzik di Universiti Limkokwing itu.

Berharap pada "Seumur Hidup"

Bintang muda itu baru-baru ini muncul dengan album solo pertamanya, Seumur Hidup yang mula dilancarkan pada 14 Disember lalu.

Memuatkan 10 buah lagu antaranya Bila Terasa Rindu, Dua Hati Menjadi Satu, Seumur Hidup, Adinda, Lemah, Inginku, dan 3 Kata.

"Ini merupakan album yang sangat saya nantikan sejak hampir dua tahun bergelar penyanyi. Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga direalisasikan.

"Apa yang saya boleh katakan, memang saya puas hati dan suka dengan konsep album ini. Bagi saya, album ini akan mudah diterima ramai kerana susunan muziknya sedap didengar dan tidak terlalu berat," katanya.

Tidak hanya terhad kepada komposer tempatan, dua daripadanya merupakan nukilan komposer Indonesia, Yovie Widianto (Dua Hati Menjadi Satu - duet dengan Gita Gutawa) dan Di Antara ciptaan Badai Kerispatih.
Hadiah hari lahir
Menganggap kelahiran album sulungnya sebagai hadiah hari lahir yang ke-20, menurut Dafi menggunakan khidmat komposer negara seberang itu merupakan salah satu cara untuknya mencuri tumpuan bagi melebarkan sayap.

"Sekarang ini pihak pengurusan sedang cuba membawa lagu Lemah ciptaan Edry Abdul Halim ke Indonesia.

"Walaupun album saya belum dilancarkan di Indonesia tetapi alhamdulillah, ketika saya ke negara itu baru-baru ini, orang di sana telah mula kenal pada saya," cerita Dafi penuh ceria.

Selain menjadi duta kepada produk kesihatan jenama Brand, baru-baru ini dia turut mengikat kontrak sebagai duta pewangi Silky yang dikhaskan untuk remaja.

Kata Dafi, ini merupakan penglibatannya yang ketiga setelah bergelar duta kepada produk jenama Wall's dan Brand.

"Menjadi salah seorang duta jenama Silky membuka ruang untuk saya sekali lagi berlakon dengan Sharifah Amani. Apatah lagi, pengarahnya merupakan seorang pengarah yang cukup saya kagumi iaitu Yasmin Ahmad.

"Umpama mimpi jadi nyata, kerana sebelum ini saya pernah bercita-cita untuk bekerjasama dengannya. Akhirnya, dapat juga saya bekerja di bawah arahan beliau. Kerja dengan dia amat mudah kerana dia banyak beri kebebasan kepada saya," katanya.
��
3:47 PM | Posted in , ,
SATU hal yang memeranjatkan apabila membaca blog artis Courtney Love di laman web Myspace miliknya.

Penyanyi lagu Hole ini memberitahu, dia begitu teruja dengan selebriti Jepun setelah menyaksikan sebuah filem.

“Ada sesiapa orang Jepun yang tahu tentang ‘Nana’ dari Ai Kawazawas yang diadaptasi dari filem Teen Rock? Saya sukakan Ai dan saya berharap sangat untuk berjumpa dengannya.

“Dengar cerita dia turut membuat lagu. Saya begitu obses dengan selebriti wanita Jepun itu. Alangkah seronoknya kalau dapat mengenali mereka.”

‘Nana’ adalah watak dalam drama bersiri animasi manga yang ditulis dan diilhamkan Ai Yazawa. Ai Yazawa juga telahpun menghasilkan dua filem animasi yang cukup digilai ramai, bukan saja kanak-kanak tetapi juga orang dewasa.

Courtney yang pernah berkahwin dengan salah seorang anggota kumpulan Nirvana, Kurt Cobain, pada tahun 1994 juga memberitahu: “Minta maaf jika saya kelihatan bersifat perkauman bila menjadi peminat penyanyi pop, Gaijin. Mungkin jiwa Jepun ada dalam diri saya.”

Baru-baru ini, penyanyi berusia 44 tahun ini memberitahu bahawa dia tidak akan membawakan lagu yang dihasilkan oleh wanita.

Ini kerana dia merasakan lagu ciptaan komposer wanita tidak sebagus mana.
��
3:10 PM | Posted in , , ,


Hetty ingin kembali 'all-out' berlakon dengan produksi negara ini

Lama sudah kita mendengar kisah perkembangan kerjaya lakonan atau pun nyanyian Hetty Sarlene yang pernah popular dengan lagu Sangsi Asmara. Terakhir, Hetty melakonkan watak Zetty dalam drama Sembilu Kasih di TV3.

Setelah ramai artis “kantoi” di internet, kini gambar mesra Hetty Sarlene dan seorang lelaki yang mungkin teman lelakinya pula tersebar luas di internet. Ini mungkin gambar semasa mereka sedang bercuti di Thailand. Berduaan dan dalam satu bilik hotel yang sama.

Gambar-gambar milik Hetty Sarlene ini seperti menunjukkan yang beliau sedang bercuti dengan seorang jejaka di Bangkok, Thailand.

Mungkinkah lelaki ini kekasihnya? ataupun suaminya? Bila pula Hetty Sarlene kahwin? atau mungkin juga abang angkatnya. Siapa tahu..

Hetty Sarlene jawab isu gambar 'mesra' di Bangkok

HAMPIR setahun pelakon dan penyanyi kelahiran Singapura ini 'mendiamkan' diri. Setelah muncul di dalam drama bersiri Pasrah dan filem Evolusi KL Drift tahun lalu, nama Hetty Sarlene terus 'suram'.

Namun, nama heroin drama Sembilu Kasih ini kembali hangat baru-baru ini setelah tersebarnya gambar 'mesra' dia bersama seorang lelaki di Bangkok.

Kemesraan gambar yang dikatakan agak 'intim' itu apatah lagi ada juga gambar mereka bersama di dalam bilik hotel menguatkan andaian ramai yang merasakan jejaka itu adalah kekasih Hetty.

Sekitar akhir 2007, pelakon berusia 25 tahun ini pernah mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang pramugara. Malah, dalam tempoh dia 'menyepikan' diri seketika, ada juga yang membuat andaian bahawa Hetty telah pun berkahwin.

Berpeluang berbual dengan Hetty baru-baru ini, dia hanya ketawa kecil sebaik kisah itu dibangkitkan. Mengakui perkara itu pasti akan ditimbulkan oleh media, kata Hetty, dia sendiri tidak menyalahkan mereka yang beranggapan negatif kepada dirinya setelah melihat gambar-gambar itu di Internet.

Walaupun gambar-gambar itu bukannya menampilkan aksi 'panas', tetapi Hetty akui impak yang terkena pada dirinya juga cukup hebat.

"Saya terpaksa terima saja kritikan-kritikan tersebut. Saya akui, silap saya juga hingga tersebarnya gambar tersebut. Ramai orang menyangka bahawa saya hanya berdua saja ke Bangkok berdasarkan gambar-gambar itu.

"Tetapi, ingin saya jelaskan di sini bahawa saya ke sana turut disertai oleh ibu dan adik saya serta ibu dan adik 'rakan' saya itu. Kami ke sana sekitar tahun lalu.

"Gambar-gambar itu diletakkan di dalam Facebook adiknya. Mungkin dari situ ada yang ambil gambar tersebut dan disebarkan," tutur Hetty yang kini dilihat semakin kurus.

Ditanya adakah jejaka di dalam gambar tersebut adalah kekasihnya, Hetty seboleh mungkin cuba mengelak untuk menjawab pertanyaan itu.

"Saya kalau boleh tidak mahu berbicara tentang hal peribadi lagi. Sejak dulu lagi apa saja cerita tentang saya dalam akhbar atau majalah, pasti berkenaan tentang cinta.

"Memang saya sedar macam-macam cerita yang timbul sejak kebelakangan ini...ada yang kata saya berkahwin la. Apa yang boleh saya katakan, lelaki di dalam gambar itu adalah 'teman rapat' saya.

"Tetapi, saya tak mahu cakap lebih-lebih lah tentang hubungan kami ini," tutur Hetty tentang jejaka tersebut yang difahamkan adalah pramugara yang dikatakan adalah kekasih Hetty dulu.

Dulu heroin, kini watak sampingan

Sambil bijak mengalih topik kepada perkembangan karier seninya, kata Hetty, dia kini sedang bersemangat untuk bergiat aktif semula sebagai pelakon di negara ini.

Sambil menafikan dia membawa diri ke Singapura, kata Hetty, dia tidak pernah menyepikan diri seperti yang dirasakan oleh banyak pihak.

"Setelah kontrak saya dengan Skop Productions tamat awal tahun lalu, saya ambil keputusan untuk berehat seketika dan pulang ke Singapura. Ketika di sana, saya mendapat banyak tawaran berlakon untuk produksi sana.

"Jadi, sepanjang tempoh tersebut, saya memang banyak berlakon di Singapura. Ini pun saya baru saja selesai 'shooting' drama Anak Adam terbitan Media Corp Singapura.

"Memang saya tidak nafikan, ada beberapa tawaran filem dan drama dari produksi Malaysia untuk saya ketika itu, tetapi memandangkan saya sudah terikat dengan komitmen di sana, saya terpaksa tolak tawaran-tawaran tersebut.

"Alhamdulillah, nampaknya rezeki untuk saya terus berlakon di sini masih ada apabila Shamsul Yusof tawarkan saya untuk terus pegang watak Vee di dalam filem Evolusi KL Drift 2.

"Penggambaran akan bermula awal Februari ini dan Insya-Allah, selepas tamatnya penggambaran filem tersebut nanti, Datuk Yusof Haslam turut tawarkan saya untuk menjayakan sebuah drama bersiri 26 episod," kata Hetty yang juga turut muncul di dalam tiga buah episod Gerak Khas musim baru.

Mengulas tentang karektornya kini yang lebih kepada watak sampingan, tidak seperti di awal kemunculannya di dalam bidang lakonan yang mana Hetty sering ditawarkan watak utama, kata pelakon itu, dia tidak langsung mempunyai masalah tentang hal tersebut.

"Watak utama atau pun sampingan, itu adalah rezeki. Bagi saya, yang penting kita mampu bawa watak yang diberikan dengan baik. Walaupun watak sampingan, jika kita meletakkan kesungguhan, ia pasti tetap meninggalkan impak tersendiri," tutur Hetty.

Di dalam filem Evolusi KL Drift 2, Hetty turut bergandingan bersama pelakon-pelakon asal filem tersebut iaitu Shamsul, Farid Kamil, Aaron Aziz serta dua pelakon baru filem itu, Scha dan Remy Ishak.

Ditanya pula tentang karier nyanyiannya, Hetty yang pernah merakamkan tiga buah album bersama syarikat rakamannya NSR akui cukup rindu untuk kembali bergelar seorang penyanyi.
"Ramai sebenarnya yang bertanya bila saya akan kembali dengan album baru. Saya sendiri turut menyimpan impian untuk buat album, malah ada juga pihak di Singapura yang tawarkan saya untuk hasilkan album.

"Tetapi banyak perkara yang perlu saya fikirkan apatah lagi dengan pasaran yang agak lembab sekarang ini," jelas Hetty yang masih lagi menerima undangan membuat persembahan meskipun tidak selebat dulu.
2:55 PM | Posted in , ,
Shah Alam, 29 Jan.

Mahkamah Majistret di sini semalam menetapkan 20 Februari ini bagi keputusan permohonan representasi Jamal Abdillah berhubung hasrat isterinya untuk menarik balik pertuduhan melakukan ugutan jenayah yang dihadapinya.

Tarikh itu ditetapkan Majistret Norkamilah Aziz setelah mendengar permohonan Penolong Pendakwa Raya, Siti Syakimah Ibrahim supaya kes itu ditangguhkan bagi mendapatkan arahan lanjut daripada pendakwa raya.

Menurut Siti Syakimah, representasi yang dibuat penyanyi tersebut telah dirujuk kepada Pejabat Ketua Unit Pendakwaan Selangor.

"Selain itu, representasi berkenaan juga sudah pun dirujuk pejabat di Putrajaya dan meminta mahkamah menetapkan tarikh singkat sebelum kami menerima arahan selanjutnya," katanya.

Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali, 49, hadir bersama isterinya, Fatimatuzahra Samad, 26, dan anak mereka, Ahmad Zaki Yamani berumur dua tahun.

Sepanjang prosiding, Jamal diwakili peguam Datuk Mohd. Taqiyuddin Yahya kelihatan tenang di kandang tertuduh.

Jamal yang juga Juara Bintang RTM 1979 didakwa mendatangkan ketakutan jenayah terhadap Fatimatuzahra dengan menyatakan kata-kata ugutan jenayah melalui Khidmat Pesanan Ringkas.

Ugutan berbunyi 'tunggu dan lihat apa akan terjadi' menggunakan nombor telefon miliknya kepada telefon Fatimatuzahra di No 2, Jalan Pauh 4/2B, Seksyen 4, di sini, pada jam 7.44 pagi, 30 April 2007.

Pendakwaan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.
��
2:46 PM | Posted in , ,
Muda pada usia 37

PERIBADI Amy sentiasa disenangi oleh peminat dan pihak media.

Semakin kurus dan mengecil, tetapi tetap comel, itulah yang boleh diluahkan saat bertemu dengan penyanyi, pelakon dan pengacara, Amy Mastura dalam satu sesi fotografi khas Rabu lalu.

Amy tetap Amy, sama seperti kemunculan sejak 16 tahun yang lalu, tidak sedikit pun dia berubah. Dia masih Amy yang ramah, periang dan suka mengukir senyuman manis di bibir walaupun barangkali anda hanya mengenalinya sekitar lima minit.

Kalau adapun, perubahan yang paling ketara hanya dari segi usianya yang telah meningkat ke angka 37 tahun tetapi masih kelihatan muda, selain kerjaya seninya yang semakin berkembang.

Dia bukan lagi Amy Mastura yang hanya bergantung harap hanya pada nyanyian, sebaliknya kini Amy boleh tersenyum puas apabila dia juga diberi kepercayaan sebagai pelakon dan juga pengacara program televisyen.

Sungguhpun begitu, Amy sepi daripada publisiti, seolah-olah dia hilang dan tenggelam daripada dunia seni. Malah dia sendiri mengaku sudah lama tidak muncul di mana-mana akhbar mahupun majalah.

Bukan tidak mahu, jelas isteri kepada Alvin Tham Suffian dan ibu kepada dua cahaya mata, Adriana dan Adalia ini lagi, dia tidak terfikir untuk mencari publisiti jika tiada produk baru yang ingin diketengahkan.

"Entahlah, sebelum ini saya sibuk juga, hari-hari keluar bekerja. Kalau tak percaya tanya pengurus saya, Nana. Mungkin saya kurang publisiti dalam surat khabar dan majalah.

"Kalau ada produk baru, barulah saya akan terima publisiti. Saya rasa kerana itu sesetengah orang beranggapan saya ini macam sudah tiada dalam industri hiburan tetapi ada sesetengahnya pula mengatakan saya ini sentiasa saja wujud.

"Itu penilaian peminat dan orang ramai, saya tidak ada hak untuk mengatakan saya ini masih popular (ketawa), cukuplah saya masih ada rezeki," luahnya jujur.

Dibayangi Sheila Rusly?

Kini, Amy juga menggantikan posisi Sheila Rusly dalam program santai Ape-Ape Aje yang bersiaran setiap Isnin dan Khamis di TV3 bersama Shamsul Ghau-Ghau.

Bersiaran buat pertama kalinya sebagai pengacara program berkenaan Isnin lalu, Amy mengaku sememangnya sukar untuk menghilangkan bayang-bayang Sheila memandangkan nama Sheila cukup sinonim dengan program tersebut.

Namun, Amy langsung tidak rasa terbeban dengan perbandingan yang mungkin dibuat penonton setia program berkenaan antara dirinya dan juga Sheila Rusly.

"Saya tidak terbeban, walaupun saya tahu Sheila memang bagus, dia ada cara dia dan saya ada cara saya sendiri. Kalau sama saja, tidak menariklah program itu.

"Setakat hari ini, alhamdulillah, masa diperlukan hanya satu jam setiap siaran, jadi ia tidak mengganggu kerja saya yang lain dan saya juga tidak menerima komen negatif tetapi tidak tahulah pada masa akan datang macam mana pula, harap-harap okeylah," terangnya.

Kasut tumit tinggi

Kasut tumit tinggi memang cukup dekat dengan jiwa wanita, kerana itulah ia dipilih sebagai judul drama bersiri terbaru lakonan Amy bersama Norish Karman, Nanu Bharudin dan Juliana Evans.

Drama yang akan mula ditayangkan di saluran Astro Prima pada 22 Januari depan ini, kata Amy, cukup berbeza dengan drama lakonannya sebelum ini.

Tambahnya, drama yang mengetengahkan kisah cinta wanita awal 30-an itu merupakan drama pertama yang menggandingkan Amy dengan Norish dan Nanu.

"Seronok dapat berlakon dengan dua pelakon yang bagus macam mereka, tetapi yang kelakarnya dalam cerita ini buat pertama kalinya saya jadi tukang jahit tetapi realitinya saya bukanlah pandai menjahit.

"Lagi satu, kami bertiga juga menjadi pembunuh secara tidak sengaja dan cara kami membunuh orang itu memang agak lucu, kalau nak tahu kena tunggu dan lihat," jelasnya yang memegang watak Rose dalam drama tersebut.

Meskipun semakin dikenali sebagai pelakon daripada kerjaya asal penyanyi, Amy tidak kisah, malah dengan lapang hati menerima tanggapan itu.

Sungguhpun begitu, selebriti kelahiran Ipoh, Perak ini tidak pernah sesekali terfikir untuk menutup kamus nyanyiannya.

"Saya tidak kisah kalau peminat kenal saya lebih sebagai pelakon daripada penyanyi kerana saya adalah orang sama yang cuba skop pekerjaan berbeza.

"Nyanyian pula saya masih teruskan seperti biasa. Tawaran buat persembahan masih diterima, malah sekarang saya dalam proses untuk mengeluarkan album terbaru berjudul Happy.

"Jadi, tidak ada soal saya sibuk dengan lakonan, sehingga saya meminggirkan nyanyian. Mungkin bila album keluar awal tahun ini, saya akan kurangkan lakonan untuk memberi tumpuan pada promosi album," katanya yang turut menyumbang lima lagu dalam album barunya.
��
11:00 PM | Posted in , , ,
ADLIN Aman Ramlie dan Emelda Rosmila menghitung hari tarikh pernikahan mereka yang dijangka pada Bulan Mac

Melangkah ke tahun 2009, perasaan dan jantung pelakon Emelda Rosmila, 28, bertambah debarnya. Manakan tidak, seperti yang dijanjikan, tahun ini akan menyaksikan Emelda atau lebih mesra dipanggil Mel akan menutup tirai bujangnya dengan sebuah ikatan perkahwinan.

Umum sudah mengetahui siapakah si jejaka yang berjaya menakluk hati gadis ini? Siapa lagi kalau bukan pelakon dan penggiat teater, Adlin Aman Ramlie, 37.

Masih tercari-cari hari yang sesuai, ujar Mel, dia tidak menafikan perasaan untuk bergelar raja sehari itu membara tatkala ramai rakan artis sudah mendirikan rumah tangga.

Malah ketika usianya mencecah 28 tahun, Mel merasakan ini adalah waktu yang sesuai untuk dia disatukan dengan seorang lelaki sebagai suami isteri.

Yalah... nak buat apa lagi? Usia semakin meningkat. Kalau terus ditangguh hajat yang baik itu entah bila akan dapat berumah tangga. Akui adik kepada pelakon Emylia Rosnaida ini, perancangan awal, dia dan Adlin akan disatukan pada awal tahun ini malangnya hajat itu terpaksa ditangguhkan dulu.

Kemungkinan besar perkahwinan mereka akan dilaksanakan pertengahan tahun ini selepas segala kesibukan dapat diselesaikan. Bukan sengaja mahu menangguhkannya tetapi keadaan yang memaksa mereka untuk berbuat demikian.

“Ingatkan senang nak kahwin. Susah rupa-rupanya. Perancangan sepenuhnya pun belum siap. Duit pun tak ada lagi ni. Sebab itulah kami tangguh dulu,” ujar gadis yang berasal dari Ipoh, Perak ini.

Dalam masa yang sama Mel turut terlibat dengan penggambaran drama 26 episod yang mengambil masa 46 hari penggambaran yang turut diadakan di Burma.

Kena jimat cermat

Mengakui tahun 2009 bukanlah masa untuk bergembira kerana kelembapan ekonomi, Mel dan Adlin terpaksa perancang majlis perkahwinan mereka nanti dengan sebaik mungkin.

Untuk tidak melukakan hati mana-mana pihak, mereka akan memastikan semua rakan-rakan, sanak saudara dan juga pihak media diundang ke majlis perkahwinan mereka nanti.

Tidak mahu berbelanja besar, memadailah majlis itu nanti diadakan sederhana mungkin dalam konsep jimat cermat.

“Kalau nak ikutkan bajet nak kahwin, dah banyak dah keluar sebab itulah kami kena rancang semula majlis itu. Lagipun yang lebih penting lepas kahwin nanti.

Macam mana nak melayari rumah tangga tu paling mustahak,” jelas Mel yang merancang untuk bertunang pada hari nikahnya nanti.

Tak mahu ditaja

Melihat kepada majlis kahwin sesetengah artis yang ditaja bagai nak rak, Emelda melihat perkara itu sebagai tuah kepada seseorang artis.

Namun begitu pelakon ini tidak mengharapkan mana-mana penaja kerana dia lebih rela menggunakan perbelanjaan sendiri.

Bukan mahu mengatakan penajaan itu tidak baik tetapi menggunakan wang ringgit sendiri membuatkannya menjadi lebih puas ketika berada di atas pelamin.

“Mel rasa segan kalau ada orang nak sponsor kerana segala idea kita akan terbatas. Banyak benda nak kena patuhi pula nanti kalau terlalu banyak yang menaja,” katanya.

Benarkah Adlin bengis?

Empat tahun usia percintaan Emelda dengan Adlin sudah cukup mematangkan mereka dalam melayari bahtera kasih sayang.

Adlin yang pernah muncul sebagai pelakon pembantu dalam filem Jogho (1999) mula mencipta populariti kerana kelantangannya memberi kritikan dalam program Akademi Fantasia (AF) tidak lama dulu.

Melihat kepada karakter beliau itu, ramai beranggapan Adlin sebenarnya seorang yang bengis. Tetapi Mel menafikan tanggapan itu sebaliknya menjelaskan Adlin merupakan seorang yang baik hati dan kelakar.

Dan dek kerana itulah Mel mampu menjalinkan hubungan cinta itu selama empat tahun sehinggalah mereka mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga pada tahun ini.

“Ramai orang tanya Mel betul ke Adlin tu bengis? Jawapan Mel senang saja.

Kalau orang tak kenal dengan dia memang anggap dia macam tu. Tapi dia sebenarnya tidak. Best kawan dengan dia,” jelasnya.

Menurut Mel lagi, dia sebenarnya benar-benar serasi bercinta dengan Adlin kerana jiwa kedua-dua mereka adalah sama iaitu sederhana.

Takut dunia artisMelihat kepada suasana dunia artis yang tidak menentu keadaannya, akui gadis ini dia kadang-kala bimbang memikirkan situasi tersebut.

Apatah lagi ketika ini ada saja penceraian, pergaduhan dan masalah rumah tangga perkahwinan sesama artis yang hancur di tengah jalan.

Melihat kepada keadaan itu, bohonglah kalau Mel dan Adlin tidak bimbang tempias tersebut akan berlaku keatas mereka.

Tetapi bila difikir-fikirkan katanya buat apa nak bimbang kerana orang biasa yang kahwin tu pun ada juga masalah yang sama.

“Kalau bercinta dengan orang biasa sekalipun, kalau ada masalah, ia tetap akan berlaku. Cuma bila sesama artis, ia lebih menjadi bahan bualan ramai sebab golongan itu dikenali.

“Cuma apa yang Mel dan Adlin doakan agar perkahwinan kami ni membawa bahagia sehingga ke akhir hayat,” jelasnya.

Mengakui ada juga berbincang mengenai perkara itu, Mel dan Adlin menjadikan peristiwa dan penceraian yang dilalui sebahagian daripada rakan-rakan artis itu sebagai panduan agar tidak berlaku keatas mereka.

Malah kedua mereka sentiasa mahukan masalah yang mungkin terjadi itu dapat diatasi dengan baik dan tidak berlarutan sehingga terpaksa berpisah.

Lebih daripada itu Mel tidak mahu datangnya dugaan yang boleh mengganggu keharmonian rumah tangganya yang akan dibina nanti.

“Kami dah bercinta empat tahun takkan tak boleh nak selesaikan jika ada masalah? Cuma yang Mel harapkan tidak ada dugaan berat yang melanda rumah tangga kami nanti,” katanya.

Adlin, Emelda pergi kursus kahwin

DALAM diam, pasangan merpati dua sejoli, pelakon Emelda dan kekasihnya yang juga pengarah dan pelakon, Adlin Aman Ramlie sudah menghadiri kursus nikah di Bangsar, Kuala Lumpur, minggu lalu.

Bermakna tidak lama lagilah majlis pernikahan mereka akan berlangsung.

Secara kebetulan seorang teman wartawan Berita Harian turut mengikuti kursus nikah bersama pasangan itu.

Khabar angin yang bertiup kencang mengatakan Emelda dan Adlin merancang melangsungkan hari bersejarah mereka pada Mac depan Eloklah tu. Emelda dan Adlin bercinta pun sudah masuk tiga tahun, tak perlu nak tunggu lagi.

Perkara yang elok harus dipercepatkan untuk mengelak cakap-cakap belakang dan fitnah. Usia Emelda pun sudah mencecah 29 tahun, Adlin pula sudah 37 tahun, bukan muda lagi.

Dulu, Raja pernah bertanya pada Emelda, dirinya mengakui mengharapkan hubungan yang terjalin selama tiga tahun berakhir ke jenjang pelamin, cuma tarikh belum dapat dipastikan lagi ketika itu. Masing-masing sibuk dengan kerjaya yang sedang melonjak.

“Saya memang tak sabar menantikan saat diijabkabulkan dengan Adlin. Saya mengharapkan hubungan ini berakhir di gerbang perkahwinan. Memang kami merancang mahu berkahwin tahun depan, tetapi semuanya masih dalam perbincangan.

Apa yang dapat saya lakukan sekarang ialah terus menguatkan ikatan cinta kami dan berdoa pada Tuhan supaya dijauhkan daripada dugaan dan cabaran tak elok,” katanya kepada Raja suatu ketika dulu.

Khabarnya Emelda dan Adlin sedang sibuk dengan persiapan kahwin mereka. Sumber memberitahu Adlin terpaksa menarik diri daripada menjayakan teater muzikal Puteri Gunung Ledang yang akan dipentaskan awal tahun depan.

Baguslah Adlin, kalau fikirkan soal kerja sampai bila-bila pun tak habis, apatah lagi kini Adlin aktif mengarah. Kena fikirkan juga soal jodoh dan masa depan, kalau tangguh lagi entah esok, lusa melepas pula, siapa yang rugi. Letih saja menyulam cinta selama tiga tahun, akhirnya terlerai begitu saja.

Apapun, Raja doakan Emelda dan Adlin cepat naik pelamin.Pastinya kini, bonda Adlin, Mak Mah tidak menang tangan untuk menyediakan persiapan untuk anak bujang kesayangannya.
9:19 PM | Posted in , ,

Lisa bersih kontroversi

MUNCULNYA gadis bernama Lisa Surihani Mohmed dalam industri seni tempatan bagai dinanti-nanti oleh peminat seni.

Masakan tidak, sejak memegang watak utama dalam filem I'm Not Single, namanya terus mekar sehingga hari ini.

Mungkin tuah yang datang bergolek buat Lisa berkat keikhlasannya mendambakan diri dalam dunia seni demi mencari rezeki, walaupun memiliki ijazah undang-undang dari Universiti Aberystwyth, Wales, United Kingdom.

Bicara gadis berusia 22 tahun ini, apa yang dikejar dalam bidang seni hanya kerana untuk mencari rezeki bukannya populariti.Walaupun begitu, Lisa mengakui menjadi popular bukanlah sesuatu yang asing apabila berada dalam bidang yang penuh glamor ini.

Namun jika dilihat dengan teliti, Lisa boleh dikategorikan sebagai anak seni yang bersih kerana setakat hari ini tiada gosip-gosip panas mahupun kontroversi yang mengheret namanya ke arah negatif.

Jika ada pun, hanya gosip-gosip kecil yang tidak mampu menggugat namanya, selain publisiti meluas yang diterima secara profesional kerana kerjayanya sebagai seorang pelakon, pengacara dan model.

"Saya tidak tahu mahu cakap macam mana bila orang kata saya bersih kontroversi, saya hanya jujur dengan diri dan karier saya.

"Apa yang saya boleh saya katakan ialah saya bersyukur kerana segala kerjaya saya berjalan lancar dan berharap ia berterusan," tuturnya.

Selain itu, mungkin kerana ibunya Siti Amira Ahmad, 59, tidak pernah berjauhan dengan anak perempuan yang satu ini, malah ibunya sering dilihat bersama dengan Lisa tidak kira apa juga majlis yang dihadiri anaknya itu.

"Sebenarnya, sejak kecil ibu memang menemani saya bila saya ada sesi fotografi atau penggambaran iklan. Sungguhpun sudah besar panjang, ibu saya masih menemani dan saya selesa begitu.

"Lagipun, ibu mengikut amanah daripada arwah ayah untuk menjaga saya, malah secara tidak langsung ibu sedikit demi sedikit mempelajari selok-belok bidang belakang tabir dan dia tahu apa yang saya kerjakan," ulas Lisa lagi.

Angelina Jolie jadi bahan rujukan

Saat temu bual ini berlangsung, Lisa baru sahaja sehari bersama produksi filem Rem-pit V3 dan menyifatkan wataknya sebagai Kamsah dalam filem itu cukup berbeza dengan lakonannya sebelum ini.

"LISA sentiasa ditemani ibu kesayangannya walau ke mana sahaja."

"Saya baru saja sehari masuk ke set penggambaran filem Rem-pit V3, walaupun hanya memegang watak pelakon pembantu, ia cukup memadai buat saya mempelajari sesuatu yang baru.

"Sebenarnya, watak utama atau pembantu tidak penting kerana pada saya semua watak dalam sesebuah filem, tidak kiralah watak pembantu, utama mahupun pelakon tambahan, mereka semua sama penting untuk menjayakan satu-satu babak dalam filem itu," ujarnya.

Jelasnya lagi, bagi menjayakan filem aksi itu, dia terlebih dahulu mengambil kelas mempelajari teknik-teknik pergaduhan dengan betul dan menarik di hadapan kamera.

"Saya ambil kelas beberapa hari saja daripada pengarah lagak ngeri, kerana dalam filem ini saya kena bergaduh secara kasar memandangkan saya adalah orang jahat," tuturnya dalam tawa.

Untuk melakonkan watak antagonis dalam filem aksi secara berkesan, selain berpandu pada skrip dan pengarah, dia juga membuat rujukan lakonan Angelina Jolie dalam filem Tomb Rider.

"TIDAK stereotaip dengan watak-watak baik, Lisa menerima cabaran untuk terus menerus menghidupkan karakter antagonis.

"Menurutnya lagi, dia bukan mahu meniru gaya pelakon Hollywood tersebut, tetapi lebih kepada sumber inspirasi untuk dia lebih mendalami watak.

"Saya memilih Angelina Jolie kerana saya suka cara dia bawakan watak serta karisma yang ditampilkan dalam filem tersebut.

"Dia bukannya idola saya tetapi saya hanya menjadikannya sebagai bahan rujukan untuk lebih bersedia," tegasnya.
��
5:59 PM | Posted in , ,
Mukjizat cahaya Islam

Jujurnya, Aidiladha tahun lepas mendatangkan banyak keterujaan bagi segelintir individu, namun mukjizat Aidiladha sebenarnya sangat manis untuk dikecapi bagi yang tahu menikmati zatnya.

Mengizinkan diri untuk menunaikan ibadat korban dengan menumbangkan binatang peliharaan yang cukup syaratnya untuk dikongsi bersama insan lain adalah pahala yang tidak terhitung banyaknya oleh kita semua.

Itulah tuntutan sebenar Aidiladha, bukan untuk berpesta tetapi tanda kesyukuran atas rezeki daripada Allah.


BERSAMA pegawai Jawi, Ustaz Amir Khusairi sewaktu Wendy mendaftarkan pengislamannya.

Jangan pula, erti Hari Raya Aidiladha baru ini hendak disamakan dengan 1 Syawal yang telah lebih beberapa bulan meninggalkan kita.

Jangan juga melihat Aidiladha sekadar Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji semata-mata.
Biarpun tidak berkorban lembu atau kambing, dihari kebesaran umat Islam ini, kami ingin mengajak para pembaca yang budiman leka sebentar dengan pengertian pengorbanan beberapa nama popular.

Mereka merasakan Aidiladha ini dekat bersemayam di jiwa, sementelah jalan berliku telah direntasi selama ini.Lebih dalam lagi, mereka pernah melalui ‘zaman kabur’, zaman sebelum mengenal cahaya Islam dan zaman yang membawa mereka ke arah kedamaian hidup yang mereka cari bergelar mualaf.

Barangkali, di sebalik penghijrahan menemui cahaya Islam itu, ada pengorbanan yang telah mereka lepaskan dan ada kehidupan mereka tinggal-tinggalkan.
Tatapi hati budi dan perasaan beberapa anak seni tempatan ini yang telah melakukan penghijrahan besar dalam kehidupan mereka.

Wani Wendy Wong Abdullah
Nama bukan Islam: Wendy Wong
Tarikh masuk Islam: 28 November 2008

“Terasa seperti bayi yang baru lahir,” Itulah perasaan saudara baru Islam di kalangan artis yang terbaru. Perasaan seperti baru saja menjengah dunia itu dirasakan selepas dia mengucap dua khalimah syahadah baru-baru ini.

Satu pengorbanan besar baginya, kerana banyak perkara yang biasa dilakukannya sebelum ini mungkin tidak boleh lagi dibuatnya lantaran arahan agama yang suci.

“Sebelum masuk Islam, saya dikir dua kali sebab banyak perkara yang boleh dan tidak boleh kita buat perlu saya fahami.

“Saya bersyukur sangat kerana menganggap ini sebagai takdir saya untuk meneruskan kehidupan ke arah yang benar.“Kak Chah (Habsah Hasan) juga banyak menjelaskan tentang Islam sebelum ini dan ia membuatkan hati saya lebih terbuka untuk bertukar agama,” ujarnya yang agak segan untuk menceritakan transisi hidupnya itu.

Tambahnya sebelum ini, Wani pernah diajak untuk berhijrah kepada Islam bersama-sama teman-teman yang lain, cuma mungkin pada ketika itu, hatinya belum terbuka.

“Sepuluh tahun yang dulu, Eddie Pak serta kawan-kawan yang lain yang sudah memeluk Islam mengajak saya untuk bersama dengan mereka. Masa itu saya tak bersedia lagi.

“Sekarang ini saya sudah benar-benar bersedia untuk menjadi seorang Islam. Hidup saya memang berubah dan saya berharap agar lebih banyak yang dapat saya pelajari tentang agama ini. Saya sedar banyak yang perlu saya belajar,” katanya yang akan ke China untuk membuat dokumentari khas mengenai Islam di sana.

Tony Iskandar Alberto (Spider)
Nama bukan Islam: Bernado Alberto
Tarikh masuk Islam: Bulan puasa, 2004

Satu pengorbanan yang agak besar buatnya kerana dahulu lelaki ini seorang pemegang agama Katolik yang kuat. Boleh dikatakan dialah pakar kitab Kristian yang sering menjadi rujukan ramai suatu ketika dahulu.

Atas kerana mahu mencari sesuatu yang lebih mendalam mengenai hidup, Tony melepaskan tiang agamanya yang lama menggantikan dengan yang baru iaitu, Islam.

“Terus terang saya katakan, dulu, ketika saya masih beragama Kristian, budaya hidup saya sangat berbeza berbanding sekarang. Bila dah masuk Islam, banyak perkara yang perlu saya adaptasi. Dan ini juga merupakan satu pengorbanan buat saya.”

Memang pada awalnya menjadi seorang Muslim, ada juga perkara yang membuatkan dirinya merasa susah dan gusar. Takut tersalah pilih.

“Tapi kerana percayakan Allah saya teruskan perjuangan saya untuk masuk Islam. Sebelum menjadi seorang mualaf, saya berfikir sekejap, dalam kehidupan ini kita memerlukan undang-undang untuk hidup di landasan yang betul. Apa yang boleh dan tidak untuk dibuat,” ujarnya.

Nazrey Johani (bekas kumpulan Raihan)
Nama bukan Islam: Alexander bin Lajip
Tarikh masuk Islam: Disember 1982

Bagi sesiapa yang baru saja mengenali Nazrey, pasti mereka tidak sangka bahawa lelaki ini asal kelahirannya bukan sebagai umat Muhammad. Dia lahir dari kalangan keluarga bukan Islam pada awalnya.

Bagi Nazrey, apabila memasuki Islam, dia bersungguh-sungguh untuk memahami ajaran Islam agar memudahkannya untuk mengamalkan Islam.Apa yang dirasakan Nazrey, Islam bukanlah satu agama yang sukar difahami, sebaliknya jika dituruti, segala yang dilakukan berjalan dengan mudah.

“Satu perbezaan yang agak besar buat saya selepas memasuki Islam. Jika dulu saya sembahyang hari minggu saja, sekarang ini lima kali sehari.

“Apa yang saya nampak, setelah memahami Islam, tanpa disedari, banyak ibadah yang kita lakukan seperti membantu orang-orang fakir miskin lebih-lebih lagi di hari raya Aidiladha ini.

“Saya bersyukur sangat bila melihat sebilangan artis-artis tempatan kini menjadi sebahagian daripada keluarga kita. Perlu diingat, Islam ini agama kebenaran. Jika ada orang yang sedang mencari agama yang benar, InsyaAllah, Allah akan tunjuk jalan.

“Cuma saya harap, mereka tidak masuk Islam kerana kahwin atau cinta sebab pegangan mereka nanti akan goyah dan tidak akan bersungguh-sungguh untuk belajar,” katanya yang turut mendoakan kepada Allah agar memberi hidayah kepada mualaf-mualaf baru yang lain.

Mohamad Aliff Najmi Abdullah
Nama bukan Islam: Pak Mun Kwong@Eddie Pak
Tarikh masuk Islam: Aidilfitri, 1996

Bila mengenal Islam, perkara biasa yang akan dilalui ialah apabila perubahan hidup akan berlaku sedikit demi sedikit.

Begitu juga dengan Aliff, jika suatu masa dahulu dia sering bersikap mengabaikan keluarga, selepas memeluk Islam perangai negatif itu berakhir sudah.Aliff mengakui, dengan petunjuk Allah, dia kini lebih fokus kepada keluarganya.

“Dulu saya suka buat hal saya sendiri, tapi sejak masuk Islam, fokus utama saya ialah keluarga, dan saya sanggup berkorban apa saja untuk mereka.

“Menjadi seorang Islam, banyak ilmu yang perlu kita pelajari. Sekarang ini, walaupun saya masuk Islam dah lama, tapi banyak lagi perkara yang saya tidak tahu,” katanya.

Aliff juga tumpang gembira dengan perkembangan terbaru wanita yang pernah menjadi rakan karibnya, Wendy Wong yang baru saja mengikut jejak langkahnya dan rakan-rakan lain, memeluk agama Islam.

Menurut Aliff, dia begitu gembira tentang berita ini. “Alhamdulillah, akhirnya dia masuk Islam. Dulu dia pernah luahkan keinginan untuk berhijrah, tetapi mungkin waktu itu belum sampai masanya lagi.

“Saya suka sangat dengar berita Wendy akhirnya jadi saudara kita. Apalagi bila hampir dengan saat-saat Aidiladha, saya rasa ini satu pengorbanan besar untuk dirinya. Saya mahu berkongsi gembira buat Wendy” tambahnya lagi.

Adam Corrie Lee Abdullah
Nama bukan Islam: Lee Choon Kooi
Tarikh masuk Islam: 13 Julai 2007

Bila bercerita mengenai raya haji, dia begitu teruja dengan sambutan ini, apatah lagi bila dapat menyambut bersama isteri tersayang buat pertama kali.

Cuma, apa yang dikesal, dia tidak sempat untuk membuat tempahan lembu korban kerana kesempitan waktu.“Sebenarnya saya begitu teruja. Cuma tahun ini, bila nak buat tempahan korban, saya dah terlambat. Rasa rugi sangat, mungkin tak ada rezeki agaknya,” katanya.

Menjadi seorang Islam yang baru setahun jagung, banyak perbezaan dialaminya. Di mata kasar umum, mungkin ia sekadar perubahan kecil dilakukannya. Namun perubahan ini adalah satu pengorbanan yang besar buat Corrie.

“Banyak transisi hidup sebelum ini telah saya tukar. Contohnya, sekarang ini saya perlu menjalani ibadat solat lima waktu sehari dan juga pergi sembahyang Jumaat. Dari situ, banyak perkara baru yang saya dapat belajar.

“Kalau anda nak tahu, saya masuk Islam kerana Kaabah. dari dulu lagi (sebelum masuk Islam), saya begitu beria-ia nak pergi ke tanah suci itu. Bila saya melihat kaabah dalam tv, ia seolah-olah memanggil. Dan saya tahu di sana, orang-orang bukan Islam dilarang untuk masuk.

“Lepas itu, bila saya masuk Islam lalu saya pergi membuat umrah, rasa gembira yang sukar untuk digambarkan bila menjejakkan kaki di Masjidil Haram,” jelas Corrie.

Sharon Paul Abdullah
Nama bukan Islam: Sharon Paul
Tarikh masuk Islam: 2006

Bertanyakan apakah pengorbanan besar sepanjang hayatnya, Sharon memberitahu: “Bercerita mengenai erti pengorbanan, ia sangat luas untuk di definasikan. Macam saya, kini saya sanggup berkorban untuk keluarga dan juga agama.

“Semua orang tahu bila bertukar agama, banyak transisi kehidupan akan berlaku. Bila saya masuk Islam, saya cuba memahami pengertian Islam itu sendiri. Pernah satu ketika, saya keliru kerana orang selalu campur-aduk antara budaya dan agama.

“Dan banyak orang salah faham tentang agama Islam yang dianggap susah. Tapi bila saya belajar tentang Islam, ia tidaklah sesukar mana. Cuma orang suka kaitkan dengan budaya mereka sendiri dan membuatkan kekeliruan timbul,” katanya.

Baru sahaja mendirikan rumah tangga, wanita ini belajar ilmu tentang agama barunya bersama-sama suami, pelakon Rusdi Ramli.

“Alhamdulillah, saya berjaya membuang kekeliruan itu dengan banyak membaca buku-buka agama, bertanya suami dan kawan-kawan lain,” katanya.
��


Hand Bouquets • Flower Baskets • Fruits and Flowers • Table Flower • Congratulatory Stands • Special Gifts • Hampers • Cakes