Click Untuk Mengiklan Di Site Ini



Dapatkan MiniSite PERCUMA Anda Di Sini!



Mahu Dapatkan Duit Lebih?

Hand Bouquets • Flower Baskets • Fruits and Flowers • Table Flower • Congratulatory Stands • Special Gifts • Hampers • Cakes




Berita Harian

New Strait Times

The Star Online

Malaysiakini

Harakah Daily

Bernama News

Utusan Malaysia

Sinchew Daily

Harian Metro

2:41 PM | Posted in ,

Nurul Islam mencium jenazah anaknya, Abdul Karim yang mati
akibat dihempap tilam di Taman Seri Wilayah, Jinjang semalam.

Kuala Lumpur.

Naluri seorang ibu yang merasakan sesuatu yang pelik apabila tidak mendengar tangisan bayinya ternyata benar apabila mendapati anak lelakinya itu meninggal dunia akibat dihempap tilam spring.

Kejadian berlaku pukul 6.45 petang kelmarin apabila Zura Kafur Mujadi Miah, 35, seorang warganegara Myanmar, yang ketika itu sedang memasak di dapur bergegas mendapatkan anak bongsunya, Abdul Karim Nurul Islam yang berusia 34 hari di dalam bilik.

Dia bertindak demikian selepas suaminya, Nurul Islam Abdul Majid, 45, yang juga warganegara Myanmar, keluar ke tempat kerja di Pasar Borong Selayang pukul 6 petang dari rumah mereka di Taman Seri Wilayah, Jinjang di sini.

Inilah tilam yang menghempap Abdul Karim dan menyebabkan
kematiannya di Taman Seri Wilayah, Jinjang semalam.

Ekoran kejadian itu, fikiran Zura Kafur menjadi tidak keruan dan pengsan selama 12 jam kerana terlalu sayangkan anak bongsunya yang masih menyusu badan.

Ketika ditemui di rumahnya, Nurul Islam memberitahu, isterinya masih pengsan kerana dipercayai belum dapat menerima kematian anak mereka lebih-lebih lagi dia terpaksa bersalin melalui pembedahan pada 24 Disember lalu di Hospital Selayang.

Khazanah Alam Ciptaan Tuhan - Daftar Sekarang!
Category: , |
��

Comments

0 responses to "Bayi Mati Dihempap Tilam"



Hand Bouquets • Flower Baskets • Fruits and Flowers • Table Flower • Congratulatory Stands • Special Gifts • Hampers • Cakes