Click Untuk Mengiklan Di Site Ini



Dapatkan MiniSite PERCUMA Anda Di Sini!



Mahu Dapatkan Duit Lebih?

Hand Bouquets • Flower Baskets • Fruits and Flowers • Table Flower • Congratulatory Stands • Special Gifts • Hampers • Cakes




Berita Harian

New Strait Times

The Star Online

Malaysiakini

Harakah Daily

Bernama News

Utusan Malaysia

Sinchew Daily

Harian Metro

4:02 AM | Posted in , ,

'Malam Demimu Palestin' ekspresi buat rakyat Palestin

Bersatu memerangi keganasan. Itulah yang dilontarkan dalam bait-bait puisi yang disampaikan oleh para kenamaan, cendekiawan mahupun warga seni di negara ini pada 'Malam Puisi Demimu Palestin' yang dianjurkan oleh Kumpulan Utusan di Laman Santai Istana Budaya.

Kira-kira 2,000 tetamu yang hadir pada majlis terbabit seakan dapat merasai keperitan yang ditanggung oleh masyarakat Palestin dengan mendengar lontaran puisi indah yang penuh makna dibacakan 21 orang penyair yang mengambil bahagian.

Jelas terpancar rasa sayu dan hiba di wajah mereka yang hadir. Kesannya menusuk di jiwa dan sukar untuk dihujahkan kecuali kepada mereka yang menyusuri ciptaan manusia yang agung ini.

Masing-masing bertekad agar keamanan yang dirampas secara rakus daripada rakyat Palestin dikembalikan. Kekejamanan yang dilakukan oleh regim Zionis terhadap masyarakat yang tidak berdosa sememangnya perlu dihentikan segera.

PELAKON Fauziah Ghouse turut tidak ketinggalan mengambil bahagian.

Majlis yang bermula tepat jam 9 malam itu dihadiri oleh Menteri Perpaduan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan (KEKWA), Datuk Seri Shafie Apdal, Duta Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Abu Ghoush serta isteri, Iman Abu Ghoush serta Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Makaruddin.

Turut hadir mencemar duli pada majlis tersebut ialah Kerabat-kerabat Diraja, ‘The Caring Royals’ dan bekas Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin turut sama menunjukkan tanda sokongan mereka kepada usaha murni yang dijalankan oleh pihak Utusan.

Malam Demimu Palestin, anjuran Kumpulan Utusan ini berperanan sebagai manifestasi rakyat Malaysia membantah tindakan kejam tentera Israel yang menindas warga Palestin.

Trio kumpulan Harmoni membuat persembahan pembukaan dengan menyampaikan lagu puisi bertajuk Balada Seorang Gadis Kecil dan Tuan Presiden.

DATUK Yusuf Haslam (kanan) dan anaknya, Syamsul menyampaikan puisi pada Malam Demimu Palestin di Laman Santai, Istana Budaya.

Majlis yang diacarakan oleh personaliti popular, Aznil Nawawi nyata ‘hidup’ dengan celoteh yang bersahaja, berjaya meruntun perasaan sayu dihati penonton yang membanjiri laman Istana Budaya, ketika dia menyampaikan puisi bertajuk ‘Adik’.

Namun agak mengecewakan buat sifu, M.Nasir apabila penghibur tersohor itu lupa lirik dua kali ketika menyampaikan lagu Masirah.

Tidak adil untuk menyalahkan penyanyi tersohor terbabit semata-mata kerana semuanya berlaku gara-gara masalah audio yang tenggelam timbul ditengah-tengah persembahannya.

Ternyata sifu, M.Nasir berjaya menutup kecacatan yang berlaku apabila beliau menyampaikan lagu Cermin Mimpi secara ‘accapella’. Lagu tersebut mengembalikan nostalgia peminat-peminatnya yang hadir.
Persembahan yang berlansung selama tiga jam itu diakhiri dengan persembahan pantomin oleh kumpulan teater Bingkas Kebayan.

PERSEMBAHAN pantomin kanak-kanak dari Rumah Kanak-kanak Bingkas Kebayan, Pandan Indah begitu menarik perhatian.

Apa yang dapat dilihat acara deklamasi puisi Demimu Palestin bukanlah sekadar satu aktiviti menghimpunkan beberapa penyair dan seniman daripada pelbagai bidang tetapi mampu memberikan sesuatu kepada khalayak.

Setiap individu yang mendeklamasikan puisi mereka turut sama meluahkan perasaan benci dan amarah yang membuak-buak akibat kekejaman yang dilakukan terhadap penduduk di Palestin.
Puisi yang disampaikan malam tadi membawa mesej tersendiri serta menyediakan satu landasan untuk menginterpretasi kerakusan tentera Zionis yang tidak berperikemanusiaan.

Dr. Lim Swee Tin bakal mendeklamasikan puisinya pada malam Demimu Palestin.

Selain majlis membaca puisi oleh tetamu kenamaan, penggiat sastera dan budaya serta artis popular tanah air, majlis turut menggabungkan aktiviti kutipan derma bagi mengisi Dana Kemanusiaan Palestin (Dakap) yang telah berjaya mengutip sumbangan sebanyak RM500,000 sehingga kini.

Lebih istimewa apabila Menteri Kekwa, Datuk Seri Shafie Apdal tampil menyampaikan puisi istimewa hasil nukilan isterinya Datin Seri Shuriyani Shuib,yang bertajuk Untukmu Palestin.
Malam Puisi Demimu Palestin yang diadakan di Laman Santai, Istana Budaya ini turut menghimpunkan penggiat-penggiat sastera tersohor tanah air.


Antaranya ialah Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said, Dr. Lim Swee Tin, Zaen Kasturi, Shukri Abdullah, Puzi Hadi dan Rahimidin Zahari.

Tidak ketinggalan dua produser filem popular, Datuk Yusof Haslam dan David Teo serta Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Freddie Fernandez turut mendeklamasikan puisi masing-masing.

Kumpulan yang terkenal dengan lagu-lagu puisi, Kopratasa juga tidak ketinggalan menyerikan persembahan Malam Demimu Palestin.

Selain Pengurus Besar Suria FM, Engku Emran dan sifu M. Nasir, nama-nama hebat personaliti hiburan yang lain seperti Meet Uncle Hussain, Fauziah Ghouse, kumpulan Kopratasa dan Suhaimi Meor Hassan turut menjayakan acara kemanusiaan itu.

Malam Puisi Demimu Palestin yang dianjurkan oleh pihak Utusan mendapat kerjasama daripada Kementerian Perpaduan, Kesenian dan Warisan serta Kementerian Luar.

Komen-komen pembaca puisi - Datuk Yusof Haslam

"Terus-terang, saya bukannya pandai mengarang dan membaca puisi, tetapi kerana simpati terhadap penderitaan rakyat Palestin, saya berusaha untuk mencurahkan idea dan menzahirkan sepenuh perasaan saya semasa menyampaikan puisi itu tadi.

"Ia merupakan tanda sokongan saya kepada usaha murni seperti ini yang membabitkan kemanusiaan," jawab Yusof ringkas.

Shamsul Yusof

Bagi anak teruna pengarah tersohor Datuk Yusof Haslam, Shamsul Yusof pula, dia punya pandangannya tersendiri dalam penyertaan sulungnya dalam majlis seperti ini.

"Dengan pembabitan generasi baru seperti saya, saya dapat lihat majlis ini dapat menarik lebih banyak perhatian daripada anak-anak muda.

"Harapan saya agar usaha yang dilaksanakan pada malam itu akan mendapat keberkatan dari-Nya," ujar Shamsul yang menyampaikan puisi bertajuk Air Mata Palestin bersama ayahnya.

Biarpun masih muda, pengarah muda yang juga anak kepada, Datuk Yusof Haslam, Shamsul Yusof turut memberi sokongan apabila dia bakal menyampaikan puisi ciptaanya sendiri.

Erra Fazira

"Ini merupakan usaha yang sangat baik daripada sebuah organisasi media untuk mencetuskan kesedaran di kalangan rakyat Malaysia mengenai penderitaan rakyat Palestin," kata Erra Fazira.

Engku Emran

"Puisi yang saya sampaikan tadi menceritakan perasaan kasih dan sayang serta harapan yang tinggi seorang bakal bapa kepada anak yang bakal dilahirkan.

"Saya berpendapat, puisi itu cukup relevan dalam konteks krisis kemanusiaan yang sedang dihadapi oleh rakyat Palestin akibat kekejaman dan kerakusan tentera Israel,'' ujar Engku Emran.

Presiden Persatuan Karyawan, Freddie Fernandez

"Malam Demimu Palestin ini mampu meningkatkan kesedaran penduduk di seluruh dunia untuk bangun, lantas menyatakan rasa tidak berpuas hati dengan penindasan.

"Saya menyedari pihak tentera Israel yang bertindak kejam menyerang Gaza, buta daripada segi moral. Bahkan, mereka tidak bijak dalam membuat satu-satu keputusan.

"Sekurang-kurangnya dengan penganjuran Malam Demimu Palestin, seluruh manusia di muka bumi ini punya sikap bertanggungjawab untuk membantu insan-insan yang memerlukan.

Zubir Ali (Trio Harmoni)

"Puisi Tuan Presiden yang saya cipta itu berkisar protes saya terhadap sikap Presiden AS dalam menangani krisis yang berlaku di Palestin.

"Ketika puisi ini ditulis, Presiden AS ialah Bill Clinton. Jadi, sekarang ini, saya tujukan puisi itu kepada George W. Bush dan Barrack Obama.

"Sayangnya, saya tidak sempat menyalurkan puisi itu kepada Clinton ataupun Bush. Harap-harap kali ini Obama akan mendapat mesej daripada puisi kami itu," katanya.

Sempena Malam Demimu Palestin - Yusuf, Shamsul berpuisi

ANAK dan bapa bakal bersatu mendeklamasi puisi di Malam Demimu Palestin di Laman Santai, Istana Budaya.

MAJLIS Malam Demimu Palestin, anjuran Kumpulan Utusan yang berperanan sebagai manifestasi rakyat Malaysia membantah tindakan kejam tentera Israel yang menindas warga Palestin, mendapat perhatian nama-nama besar dalam bidang seni.

Datuk Yusof Haslam, Freddie Fernandez dan David Teo, antara individu yang akan turut sama meluahkan perasaan benci dan amarah yang membuak-buak akibat kekejaman yang dilakukan terhadap penduduk di Palestin.

Meskipun mengharungi jadual kerja yang padat hampir setiap hari, namun tiga anak seni yang memiliki ambisi tinggi melangit tetap tidak mahu ketinggalan turun padang memberi sokongan.

Yusof sendiri sempat meluangkan masa menghadirkan diri pada sidang media Malam Demimu Palestin yang diadakan Jumaat lalu di pejabat Utusan, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur.

Trio Harmoni menanti tawaran rakaman album. Zubir Ali akan laungkan semula lagu Balada Seorang Gadis Kecil dan Tuan Presiden

Menurut Yusof, beliau cukup teruja apabila dihubungi oleh pihak Utusan untuk turut serta dalam upacara amal yang menampilkan ramai artis dan penggiat seni tanah air.

"Saya cukup mengalu-alukan majlis yang dianjurkan Utusan bagi menolak sikap buruk tentera Israel, yang tanpa sedikitpun punya sekelumit rasa simpati menindas rakyat Palestin," jelasnya sedikit beremosi.

Bercerita lebih terperinci tentang acara berkenaan, beliau akan mencipta sebuah puisi yang mengusung mesej kemanusiaan dan kesejagatan.

Puisi coretan Yusof dianggap cukup signifikan kerana ia menjadi penanda aras keprihatinannya terhadap seluruh penduduk di Palestin yang ditindas dengan kejam.

"Terus-terang, saya bukannya pandai mengarang dan membaca puisi, tetapi kerana simpati terhadap penderitaan rakyat Palestin, saya berusaha untuk mencurahkan idea dan menzahirkan sepenuh perasaan saya pada majlis itu nanti.

"Ia menjadi tanda sokongan saya kepada usaha murni seperti ini yang membabitkan kemanusiaan," jawab Yusof ringkas.

Yusof juga bakal mendeklamasikan puisi berkenaan berduet bersama anak terunanya, Shamsul, 24, dalam majlis Malam Demimu Palestin.

"Saya sengaja mengajak Shamsul untuk menyertai acara kebajikan ini, walaupun pada awalnya dia agak ragu-ragu membaca puisi di depan audiens.

"Setelah saya menerangkan lebih panjang tentang signifikan acara Malam Demimu Palestin, kemudian barulah Shamsul menyatakan persetujuan untuk terlibat sama.

"Dengan pembabitan generasi baru, saya rasa majlis ini akan menarik lebih banyak perhatian daripada anak-anak muda.

"Harapan saya agar usaha yang dilaksanakan pada malam itu akan mendapat keberkatan dari-Nya," ujar Yusof yang akan membaca puisi bertajuk Air Mata Palestin.


Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Freddie, pula memberitahu, beliau akan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan bantuan daripada teman-teman terdekat yang berpengalaman dalam menghasilkan puisi.

"Ini merupakan kali pertama saya menulis puisi. Sebelum ini, saya hanya baca puisi yang ditulis oleh orang lain.

"Diam tak diam, sudah dua kali saya membaca puisi serta disaksikan oleh khalayak, tidak termasuk Malam Demimu Palestin yang akan diadakan 23 Januari ini," luah Freddie sambil tersenyum.

Dalam pada itu, Freddie tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira apabila dijemput oleh pihak Utusan untuk membacakan puisi dalam majlis sama.

"Saya rasa seronok dapat melibatkan diri dalam acara berkaitan aspek kemanusiaan dan kebajikan apatah lagi dengan situasi sekarang apabila rakyat Palestin dikecam hebat oleh Israel.

"Malam Demimu Palestin dilihat mampu meningkatkan kesedaran penduduk di seluruh dunia untuk bangun, lantas menyatakan rasa tidak berpuas hati dengan penindasan.

"Saya menyedari pihak tentera Israel yang bertindak kejam menyerang Gaza, buta daripada segi moral. Bahkan, mereka tidak bijak dalam membuat satu-satu keputusan.

"Sekurang-kurangnya dengan penganjuran Malam Demimu Palestin, seluruh manusia di muka bumi ini punya sikap bertanggungjawab untuk membantu insan-insan yang memerlukan.

"Dengan derma yang diperolehi, saya percaya sumbangan yang didermakan berupaya mengurangkan kos membiayai rawatan dan membaiki tempat yang musnah di negara itu," terangnya lagi.

Sebagai seorang Presiden kepada organisasi yang dianggotai oleh lebih 1,500 ahli; terdiri daripada pelakon, penyanyi dan pemuzik, beliau akan menjemput ahli-ahli persatuan itu bagi memberi sokongan moral dan memeriahkan majlis itu.

"Saya akan menggalakkan anggota Karyawan untuk hadir meskipun pada malam sama, kami menganjurkan sebuah majlis Let's Jam & Chat bertempat di Kelab Orange pada pukul 8 malam.

"Walaupun kami ada acara sendiri, namun saya tetap menyeru ahli Karyawan lain yang tidak terlibat dengan Let's Jam & Chat untuk hadir menunjukkan sokongan terhadap Malam Demimu Palestin," janji Freddie bersungguh-sungguh.

Sama sahaja seperti Yusof dan Freddie, David berazam untuk mencoretkan sebuah sajak yang berkisar kekejaman Israel di Palestin pada Malam Demimu Palestin.

"Saya sedar bukan mudah untuk mencipta, malah membaca puisi sambil disaksikan orang ramai.

"Disebabkan saya tiada pengalaman menulis puisi, maka sudah tentulah saya akan meminta bantuan daripada kawan -kawan untuk menulis puisi.

"Saya anggap mencipta dan membaca puisi di depan khalayak sebagai satu cabaran berat untuk saya apatah lagi saya cuma diberikan tempoh selama seminggu.

"Rasanya lebih berat daripada membikin filem," seloroh David sambil disambut hilaian tawa hadirin yang datang pada majlis sidang media itu.

Sambung David lagi, beliau berharap agar hasil nukilan yang ditulisnya nanti, sedikit sebanyak dapat menyampaikan rasa simpati dan ihsan orang ramai terhadap insiden memilukan yang terjadi kepada sekalian rakyat Palestin.

Selain Yusof, Freddie dan David, Malam Demimu Palestin juga akan disertai oleh beberapa artis terkenal tanah air antaranya ialah Datuk A. Samad Said, Trio Harmoni, Kopratasa, Sohaimi Meor Hassan, Aznil Nawawi serta Erra Fazira.

Malam Demimu Palestin yang terbuka kepada orang ramai telah diadakan di pekarangan Laman Santai, Istana Budaya, KL pada 23 Januari lalu, bermula pukul 8.30 malam dan turut mendapat sokongan daripada Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW) dan Kementerian Luar.

Malam Demimu Palestin

DERITA anak-anak Palestin di bumi Gaza mencetuskan idea penganjuran Malam Demimu Palestin.

Sudah tidak tergambar dan tiada lagi ungkapan yang mampu menghalusi setiap titis darah dan air mata sengsara, lara dan tragis yang membalut bumi Gaza.

Di sana, nyawa dan tubuh manusia tiada berharga dan di sana juga, tangisan dan raungan menjadi siulan. Dikecam dan diprotes, namun setiap hari pasti ada nyawa yang melayang. Kanak-kanak dan wanita menjadi mangsa yang menyayat hati lantaran kekejaman Zionis.

Menterjemah rasa simpati terhadap penderitaan yang dilalui, Utusan Malaysia bangkit melaungkan Malam Puisi Demimu Palestin sebagai simbolik menentang kekejaman Israel.

Ia juga memberi peluang kepada orang ramai untuk menyampaikan derma kepada Dana Kemanusiaan Palestin (Dakap) yang dilancarkan Kumpulan Utusan sejak 9 Januari lalu.

Persembahan Malam Puisi Demimu Palestin itu akan disertai 15 hingga 20 nama-nama terkenal dalam industri hiburan. Kesemua mereka akan membuat persembahan berteraskan puisi dan nyanyian yang mempunyai nilai kemanusiaan dan kesejagatan.

Antara mereka yang bakal menyampaikan puisi pada malam itu ialah Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim; Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal; Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said dan penampilan istimewa Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin.

Menyuntik suasana glamor bagi memeriahkan majlis itu yang dianggap punya signifikan tersendiri ialah Fauziah Gous, Aznil Nawawi, kumpulan Kopratasa, Datuk Yusof Haslam dan anaknya Shamsul, David Teo dan Freddie Fernandez.

Tidak ketinggalan, kumpulan Trio Harmoni yang dibarisi oleh Zubir Ali, Joei dan Shafa'Atussara akan menyampaikan dua puisi yang didendangkan dalam lagu bertajuk Tuan Presiden dan Balada Seorang Gadis Kecil demi membangkitkan semangat kemanusiaan yang tidak terperi di dalam diri.

Keprihatinan Siti terhadap rakyat Palestin

Dalam majlis pelancaran album ke-13 Siti itu, penyanyi yang masih mengekalkan popularitinya sehingga kini itu turut menyampaikan sumbangan untuk membantu warga Palestin.

Sumbangan tersebut disalurkan oleh syarikat milik Siti, Siti Nurhaliza Productions Sdn. Bhd. (SNP) kepada dana kemanusiaan Palestin yang ditubuhkan oleh Kumpulan Utusan bersama Islamic Relief Malaysia (IRM).

“Melalui SNP, kami memang sudah mewujudkan satu tabung amal sejak setahun yang lalu untuk membantu mereka yang memerlukan.

“Jadi, kali ini kami berhasrat untuk membantu saudara Islam kita di Gaza kerana merasakan mereka lebih memerlukan.

Majlis pelancaran album Siti turut meraikan Hari Lahir Siti yang ke-30. Siti memotong pulut kuning sambil diperhatikan oleh suami, Datuk Khalid.

“Kami hanya membantu seikhlas mungkin. Insya-Allah, saya dan suami juga akan memberikan sumbangan secara peribadi pula nanti.

“Bukan itu sahaja, saya juga akan mengadakan sebuah konsert amal untuk membantu rakyat di Gaza pada hujung bulan ini anjuran Yayasan Nurjiwa,” kata Siti.

Yayasan Nurjiwa merupakan yayasan kebajikan yang ditubuhkan oleh Siti dan suaminya.

Tambah Siti, beliau turut menyokong cadangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) untuk memboikot barangan keluaran Amerika sebagai tanda protes.

Siti bakal mengadakan konsert amal untuk mangsa Palestin di Gaza.


Artis Malaysia Membantu Palestin Atas Nama Kemanusiaan

SEBAHAGIAN daripada artis yang akan turut serta dalam ABPBH 2008 untuk Gaza di Amcorp Mall.

Penggiat seni berkumpul di Bazz-R, Tingkat 3, Amcorp Mall Petaling Jaya untuk jual, lelong barangan peribadi kutip dana Tabung NSTP Untuk Gaza.

Mereka datang dari pelbagai latar belakang dalam bidang seni. Ada penyanyi, pelakon, komposer, penulis lirik, pereka fesyen dan penerbit namun perbezaan itu bukanlah menghalang untuk mereka bersatu dan berganding bahu bagi membantu mereka yang memerlukan atas nama kemanusiaan sejagat.

Dan pada 31 Januari ini bertempat di Bazz-R, Tingkat 3, Amcorp Mall Petaling Jaya, niat murni mereka itu dibuktikan apabila mereka turut serta membabitkan diri dalam karnival amal anjuran Kumpulan New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) bersempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 yang bakal kembali memeriahkan industri hiburan tanah air 12 April 2009.

Menjanjikan pelbagai aktiviti menarik, karnival amal yang dianjurkan untuk mengisi Tabung NSTP Untuk Gaza itu menyajikan acara seperti sesi jualan dan lelongan barangan eksklusif dan edisi terhad milik artis, sesi bergambar dan menandatangani autograf serta jualan kek yang akan disumbangkan hotel terkemuka.

Bukan itu saja malah pengunjung pusat beli belah itu juga berpeluang menyaksikan persembahan artis yang akan menyanyikan lagu bertemakan keamanan, kemanusiaan dan anti peperangan bersesuaian dengan tujuan karnival ini diadakan iaitu bagi membantu rakyat Palestin yang menderita akibat kekejaman tentera Israel.

“Bukanlah satu kesalahan kalau semua artis dan personaliti popular, sama ada yang tercalon atau tidak dalam ABPBH diajak terbabit dengan aktiviti sosial dan kemanusiaan kerana apa yang penting adalah sumbangan yang diberikan itu sekurang-kurangnya mampu meringankan beban yang ditanggung.

“Contohnya dua tahun lalu ketika dalam siri jelajah promosi di Johor, rombongan ABPBH yang terdiri daripada beberapa pelakon, penyanyi dan personaliti popular singgah melawat mangsa banjir di Muar dan Batu Pahat. Mereka meredah banjir menghulurkan sumbangan kepada mangsa banjir.

“Kehadiran artis popular ini sedikit sebanyak menghiburkan mereka yang mungkin tertekan apabila kehidupan terjejas akibat banjir dan kita harap perkara yang sama juga dirasai rakyat Palestin nanti,” ujar Hishamuddin positif.

Sejak ditubuhkan 6 Januari lalu, Hishamuddin berkata jumlah kutipan Tabung NSTP Untuk Gaza mencecah RM4 juta dan mereka tidak meletakkan sebarang sasaran kutipan pada hari itu.

“Pada hari karnival berlangsung kami tidak mengehadkan jumlah kutipan, sebaliknya mahu memperoleh sebanyak mungkin hasil derma. Kutipan berakhir pada 7 Februari sebelum ia dihantar kepada Wisma Putra,” katanya.

Sementara itu, Hanizam berkata walaupun perancangan dibuat di saat-saat akhir namun acara amal itu tetap mendapat sokongan artis popular untuk turut serta dalam karnival itu.

“Seramai 24 artis popular sudah memberikan pengesahan menjayakan karnival itu. Mereka bersama kami melelong barangan milik peribadi kepada peminat yang hadir. Malah membanggakan apabila Anita Sarawak menjual barangan miliknya,” katanya.

Pada majlis itu kumpulan Meet Uncle Hussain turut memperdengarkan lagu terbaru mereka yang dicipta berdasarkan mangsa peperangan di Semenanjung Gaza berjudul Putihnya Lukisan.

Lagu itu juga bakal dinyanyikan kumpulan berkenaan pada hari berlangsungnya nanti karnival berkenaan.

Bongkar gerobok demi program amal

JIKA ada pembaca yang teringin untuk menggayakan pakaian yang pernah tersarung di tubuh Anita atau lebih akrab di sapa Kak Nita, pastikan temu janji pada 31 Januari kerana pada tarikh itu, Anita akan menjual serta melelong pakaian dan juga aksesori miliknya seperti tas tangan dan juga kasut.”

Kak Nita dan Abang Mahathir nanti akan bongkar gerobok untuk melihat mana-mana pakaian yang akan Kak Nita lelong pada hari itu. Antaranya pakaian yang pertama kali Kak Nita pakai masa membuat persembahan di Caesar’s Palace, Las Vegas.

“Setiap pakaian yang hendak di lelong, harga bidanya bergantung kepada nilai sentimental yang ada pada pakaian itu,” cerita Kak Nita ramah.Bagi pakaian yang hendak dijual, Kak Nita turut menyarankan supaya artis meletakkan sendiri nilai harga pakaian berkenaan bagi memudahkan pembeli.

“Kepada mereka yang berminat untuk membeli jangan risau kerana harga yang akan diberikan adalah berpatutan dan bersesuaian dengan nilai asal sewaktu dibeli,” katanya.Bagi memberikan elemen kelainan pada acara karnival amal itu, penyanyi berkulit hitam manis dan baru saja memenangi kategori Etnik Kreatif sewaktu Anugerah Juara Lagu ke-23 lalu, Farawahida bercadang untuk menjual kari ayam.

“Iyalah, apabila melihat ramai rakan artis yang hendak menjual pakaian dan aksesori mereka, terlintas dalam fikiran untuk menjual kari ayam. Tapi apabila difikirkan kembali sukar juga sebab mungkin jumlah kutipan nanti tidaklah sebanyak mana berbanding jualan baju atau aksesori kerana takkanlah kita hendak jual kari ayam dengan harga mahal.

‘Tengoklah nanti macam mana tapi buat masa ini, inilah idea Fara untuk sama-sama memeriahkan acara karnival ini serta membantu mereka yang amat memerlukan ini,” ujarnya.Turut terpanggil untuk terbabit dalam acara ini adalah penyanyi tinggi lampai Diddy.

Perasaan sedih melihat nyawa yang tidak berdosa terkorban membuatkan Diddy merasa adalah perlu baginya menunaikan tanggungjawab sosial atas nama kemanusiaan.

“Mungkin sumbangan ini tidak seberapa tetapi bagi Diddy itu sudah memadai untuk melunaskan niat Diddy membantu rakyat Palestin meneruskan kehidupan mereka,” tutur Diddy yang akan menjual single terbarunyanya yang berjudul Sudah, nyanyian secara duet bersama Nur Fatima serta album sulungnya pada karnival itu dan kesemua hasil jualan akan diserahkan sepenuhnya kepada Tabung NSTP Untuk Gaza.

Bagi penyanyi jelita Farah Annuar, perasaan simpati yang meluap-luap terhadap mereka yang kehilangan ayah, ibu, suami, isteri, anak dan saudara mara sewaktu peperangan itu turut mendorong dirinya untuk membabitkan diri dalam acara amal itu.

“Farah mungkin akan menjual pakaian yang Fara pakai sewaktu dalam Diari AF. Kebetulan sebelum ini pun memang ramai peminat Fara bertanyakan pakaian itu. Jadi Fara harap peminat Fara dapat datang beramai-ramai ke sana dan Farah akan berada di sana dari jam 12 tengah hari hingga 2 petang” katanya yang juga akan menjual produk Power Root memandangkan dia juga adalah duta kepada produk minuman kesihatan itu.

Turut menyumbangkan koleksi peribadi untuk dilelong pada hari itu adalah penyanyi yang cukup popular dengan lagu Hanya kau Yang Mampu, Aizat. Memandangkan tubuhnya kini semakin mengecil, Aizat bercadang untuk menjual kesemua pakaian yang menyaluti tubuh gempalnya suatu waktu dulu.

“Lagipun pakaian itu masih elok dan disimpan rapi. Selain itu Aizat ingin juga jual mana-mana baju show yang Aizat tak mahu pakai lagi. Harga untuk pakaian ini semuanya bergantung kepada sejarah dan sejauh mana baju itu memberi manfaat kepada pemakai. Tapi jangan risau kerana harganya nanti amat berpatutan.

“Aizat juga akan menjual kesemua barangan permainan Aizat yang memang tak sesuai dengan usia Aizat ini,” katanya mengecam tindakan Israel itu bukan hanya kerana faktor agama dan bangsa tetapi juga atas nama kemanusiaan sejagat.

INFO: ABPBH 2008 untuk Gaza
Tarikh: 31 Januari 2009
Tempat: Tingkat 3, Amcorp Mall, Petaling Jaya
Masa: 10 pagi sehingga 6 petang
Antara aktiviti: Jualan barangan peribadi milik artis dan selebriti, lelongan barangan artis dan selebriti, jualan kek yang ditaja hotel di Lembah Klang oleh artis, sesi bergambar artis bersama peminat, nyanyian oleh artis popular.

Antara artis, personaliti dan selebriti yang sudah mengesahkan kedatangan dan pembabitan: Datin Seri Tiara Jacquelina, Anita Sarawak, Rosyam Nor, Ramli MS, Hattan, Faizal Tahir, Ning Baizura, Jaafar Onn, Erra Fazira, Anuar Zain, Mawi, Meet Uncle Hussain, Aizat, Jaclyn Victor, Scha, Fahrin, Eja, Dayang Nurfaizah, Diana Danielle, Stacy, Chef Wan, Serina Redzuwan, Farah Annuar, Diddy, Nikki, Nubhan, Marsha, Zahid, Nita, Nabil Raja Lawak, Adi Putra, Farawahida, Sofaz, Foziah Gous, Ifa Radziah, Ally Iskandar, Maria Tunku Sabri, Azizah Ariffin, Shamsul Ghau Ghau, Eira Shazira, Dafi, Joe Flizzow, Aaron Aziz, Farish Aziz, Zoey, dan ramai lagi.

Tabung NSTP untuk Gaza

Kepada mereka yang prihatin hulurkan sumbangan ikhlas anda ke Bahagian Kewangan NSTP, 31 Jalan Riong, Kuala Lumpur atau menerusi akaun Maybank 514105-320501, atas nama Tabung NSTP Untuk Gaza.

Sumbangan juga boleh diserahkan ke cawangan NSTP di seluruh negara termasuk syarikat bersekutu NSTP iaitu TV3, 8TV, NTV7 dan TV9 serta rangkaian radio miliknya sehingga 7 Februari ini.

Maybank juga menawarkan khidmat berkenaan menerusi cawangannya di seluruh negara, melalui www.maybank2u.com, perbankan telefon KawanKu, mesin deposit cek/tunai atau di mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

Usaha Artis tarung badminton untuk PalestinDI kala ada yang mempersoalkan di mana kelibat artis tempatan untuk membantu rakyat Palestin di Gaza, Rockers United (RU) dengan kerjasama Kesatuan Bulutangkis Melayu Muda (KBMM) menganjurkan kejohanan badminton amal Tangkis Untuk Palestin.

Tidak ketinggalan, penyertaan kelab peminat Sayap-Sayap Wings yang turut sedia menjayakan kejohanan amal merangkap persahabatan itu.Ia bagi mengumpulkan dana meringankan bebanan hidup serta keperitan rakyat Palestin.

Apapun, kejohanan ini turut mendapat sokongan legenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek, Jailani Sidek dan pemain kebangsaan, Roslin Hashim akan membicarakan topik Badminton Di Hati Saya serta menyediakan klinik badminton buat pengunjung yang hadir.

Istimewanya lagi kejohanan ini apabila ia bukan saja untuk tugas amal dan mengumpul dana, tetapi lebih utama untuk mewujudkan sikap prihatin masyarakat terhadap kesengsaraan ditanggung orang lain seperti mangsa perang di Palestin.

Peperangan dilancarkan rejim Zionis ke atas Palestin itu sewajarnya dikecam.Ia berikutan, golongan tidak berdosa seperti wanita, warga emas dan kanak-kanak menjadi mangsa kekejaman. Betapa banyak nyawa sudah terkorban dek konflik yang berlaku.

Sehubungan itu, dengan dana yang berjaya dikumpulkan nanti akan terus disalurkan kepada Mercy Malaysia bagi tujuan membantu mangsa perang berkenaan.

Justeru, kepada orang ramai diharapkan tidak lepas peluang hadir ke kejohanan ini.

Bagaimanapun, bagi pasukan berjaya hadiah bakal disampaikan Penasihat Kelab Badminton Nusa Mahsuri, Jailani Sidek.


Bantulah Saudara Kira di Gaza dengan Pelbagai Cara


Category: , , |
��

Comments

0 responses to "Usaha Artis Membantu Meringankan Penderitaan Palestin"



Hand Bouquets • Flower Baskets • Fruits and Flowers • Table Flower • Congratulatory Stands • Special Gifts • Hampers • Cakes