Click Untuk Mengiklan Di Site Ini



Dapatkan MiniSite PERCUMA Anda Di Sini!



Mahu Dapatkan Duit Lebih?

Hand Bouquets • Flower Baskets • Fruits and Flowers • Table Flower • Congratulatory Stands • Special Gifts • Hampers • Cakes




Berita Harian

New Strait Times

The Star Online

Malaysiakini

Harakah Daily

Bernama News

Utusan Malaysia

Sinchew Daily

Harian Metro

10:26 PM | Posted in , , ,
Anak Linda, Qalif sedia terima perubahan status ibu.

JARANG sekali kita dapat melihat wajah berseri-seri Que Haidar. Apa tidaknya, hampir kesemua filem yang dibintanginya menyaksikan dia memegang watak antagonis yang hanya mempamerkan sisi 'gelap' Que.

Memang diakui itu hanya perwatakan Que dalam filem tetapi mereka yang tidak mengenali Que mungkin mempunyai tanggapan 'negatif' terhadapnya.

Malah bukan semua orang terutama penonton mempunyai peluang untuk mengenali secara dekat dan mengenali sisi 'lembut' Que.

Namun, ada sebab lain di sebalik keceriaan dan keserian yang terpancar pada wajah Que. Seperti yang diketahui umum, jejaka berusia 30 tahun itu telah mengumumkan bahawa dia akan menamatkan zaman bujangnya pada 14 Februari depan.

Menangkis semua tanggapan buruk khalayak mengenai jurang usia dia dan kekasih hatinya, Linda Jasmine, 36, Que yang ditemui pada majlis tayangan filem lakonannya, Maut, tidak berhenti melemparkan senyuman apabila wartawan bertanya soalan mengenai perkahwinannya.

MEMBILANG hari menanti saat-saat bahagia.

Apabila ditanya perasaannya menanti hari bahagia, Que dengan singkat hanya menjawab: "Berdebar dan gementar.

"Namun, seperti pasangan kekasih lain, persiapan perkahwinan Que dan Linda kebanyakannya diuruskan oleh pihak wanita. Cuma Que ada menemani Linda dalam hal mendapatkan penajaan perkahwinan seperti khidmat jurugambar.

"Kalau nak tahu lebih pasal persiapan, tanyalah Linda. Saya ikut sahaja. Tapi setakat ini hampir 50 peratus persiapan sudah dilakukan.

"Mula berkenalan sekitar Mei 2008 pada konsert mingguan Akademi Fantasia, Que dan Linda mula rapat pada bulan Jun. Dua bulan kemudian, Que terus melamar Linda dan mereka sudah berbicara mengenai perkahwinan semenjak September lalu.

Keputusan mendadak yang dibuat oleh Que menimbulkan persoalan sama ada perkahwinan itu terlalu cepat bagi kedua-dua pihak yang hanya berkenalan kira-kira tujuh bulan.

"Soal ajal dan maut kita tidak tahu. Ada kalanya kita membuat perancangan dan bukan semuanya berjalan seperti yang dikehendaki. Jadi saya tidak merancang lama untuk perkahwinan ini. Semuanya datang secara tiba-tiba," luah Que yang ditemani Linda ke majlis tayangan itu.


SATU-SATUNYA zuriat Linda hasil perkahwinan lalu, Qalif sedia menerima kehadiran Que Haidar sebagai 'daddy'nya.

Berita perkahwinan Que pada mulanya bukan sahaja mengejutkan tetapi juga dianggap satu 'jenaka' kerana banyak pihak tidak mempercayainya termasuk juga kawan-kawannya yang tidak yakin dia akan berkahwin.

"Mereka yang rapat dengan saya juga tidak mempercayai berita ini. Namun, mereka kena sedar bahawa saya sudah berusia 30 tahun. Tetapi saya berkahwin bukannya disebabkan usia. Benda (perkahwinan) itu datang secara semula jadi. Tak ada orang yang memaksa saya," tambahnya yang memegang watak Jamil dalam filem Maut.

Berharap untuk mendapatkan anak secepat mungkin, Que juga mendoakan kebahagiaan rumah tangga mereka. Dia juga sudah rapat dengan anak Linda, Qalif Khan, 8.

"Selepas seminggu kami mengumumkan berita perkahwinan, Qalif sudah mula memanggil saya Daddy. Dia sudah boleh menerima saya dalam hidupnya."
Sebelum ini, Linda sendiri pernah memberitahu anaknya itu manja dengan Que dan mereka selalu menonton kartun bersama.

"Que boleh layan dia dengan senang. Apa yang lebih penting ialah dia seorang yang jujur dan terus terang,"kata Linda.Sudah pun bertemu dengan keluarga Linda, Que juga dapat berkomunikasi dengan baik terutama dengan bakal bapa mentuanya. Seperti ibu bapa yang lain, Que memberitahu ayah Linda turut memberi nasihat kepadanya. Katanya, perkahwinan bukan sesuatu yang main-main dan kalau boleh kekalkan hubungan itu seumur hidup.

"Ayah Linda bukannya mempunyai maksud lain kerana saya percaya semua ibu bapa akan cakap benda yang sama. Saya faham dengan nasihat yang diberikan. Saya juga sedar bahawa setiap rumah tangga ada masalah dan dugaan sendiri tidak kira dengan siapa kita berkahwin. Itu adalah dugaan Tuhan," sambung Que yang bakal dilihat dalam filem Skrip 7707, Stamp, Duhai Si Pari-Pari dan Papadom.

Tidak melalui episod pertunangan, bagi Que dan Linda, apa yang penting ialah majlis akad nikah. Mereka telah membuat keputusan untuk mengadakan majlis akad nikah dan persandingan pada 14 Februari di restoran Bora Ombak, Ampang.


"Temanya ialah garden dan kami memilih Bora Ombak kerana kawasan itu terbuka supaya memudahkan wartawan dan jurugambar bekerja. Kami akan bernikah selepas Asar dan kemudian akan berehat seketika.


"Selepas Maghrib, majlis sanding akan bermula di lokasi sama. Majlis di Felda Taib Andak, Kulai, Johor pula akan diadakan pada 15 Mac nanti," ujar Que sebelum menamatkan perbualan.


Tak sabar naik pelamin


SENYUMAN sentiasa terukir di bibir bakal pengantin baru, kareografer popular, Linda Jasmine dan pasangannya, aktor terkenal, Que Haidar tatkala menemui mereka di lokasi persandingan, minggu lalu. Menerusi pertemuan itu, Linda dan Que dilihat sedang sibuk meninjau kedudukan pelamin mereka, selain reka bentuknya yang masih di peringkat perbincangan akhir. Begitu juga kad jemputan, masih memilih yang berkenan di hati.


“Saat-saat akhir ini, saya stress sikit memikirkan banyak persiapan yang belum selesai sepenuhnya. Terus-terang saya katakan, saya ni seorang yang agak cerewet, tak berani nak serah bulat-bulat pada orang lain kerja kahwin ni, takut tak menjadi. Tapi, alhamdulillah, setakat ini semuanya berjalan lancar, hampir 70 peratus dah siap, tinggal sikit-sikit saja lagi.

“Namun, saya tak mampu menyembunyikan perasaan teruja nak kahwin! Hampir empat tahun saya bergelar ibu tunggal, sekarang nak naik pelamin sekali lagi, memang saya sangat gembira!,” kata Linda yang sentiasa ditemani Que dan anak lelaki tunggalnya, Qalif Khan, 8, di sisinya.

Kenapa pilih Que sebagai pasangan hidup?


“Pada awalnya, berkawan dengan Que, dia seorang teman yang sangat jujur. Dia juga boleh menerima kerenah saya yang cerewet ni. Lebih penting, saya suka cara Que memahami diri saya. Dia tidak mengongkong. Mungkin pengalaman lalu, umur, mematangkan lagi kehidupan saya, justeru saya tidak teragak-agak memilih Que sebagai pasangan hidup saya yang baru.


“Begitu juga Qalif, semakin hari dia semakin menerima Que. Dia sangat manja dengan Que. Sekarang Qalif dah mula panggil Que, daddy. Qalif pernah cakap dengan saya, apabila saya kahwin dengan Que, dia bukan seorang saja lelaki dalam rumah kami, lantas dia sangat gembira untuk terima Que sebagai ayahnya yang baru,” kata Linda terus menyuapkan makanan ke mulut Que.


Ramai yang bercakap, Que boleh memilih seorang wanita yang lebih muda atau seusianya sebagai calon isteri, tapi apa keistimewaan yang ada dalam diri Linda sehingga Que menyatakan persetujuannya bergelar seorang suami, sekali gus sebagai ayah pada 14 Februari ini?


“Bagi saya, umur tidak membawa sebarang maksud, ia sekadar nombor atau angka. Saya melihat ciri kematangan dalam diri Linda. Dia juga faham kerjaya saya sebagai seorang pelakon drama dan filem. Menariknya, Linda dan ibu saya berbintang sama, Cancer, jadi banyak persamaan antara ibu dan Linda. Keserasian antara kami memang ada, insya-Allah saya mengharapkan perkahwinan yang kekal bahagia,” kata Que.


Linda dikenali sebagai seorang yang seksi, bagaimana Que menerima keadaan itu?


“Jika saya sudah menerima Linda sebagai calon isteri, saya juga menerima diri Linda seadanya. Doakan kebahagiaan kami, insya-Allah,” kata Que.


Info perkahwinan Que & Linda.

TARIKH NIKAH: 14 Februari 2009

LOKASI NIKAH: Restoran Bora Ombak, Ampang, Selangor

MASA NIKAH: Selepas solat Asar

TARIKH PERSANDINGAN: 14 Februari 2009

LOKASI PERSANDINGAN: Restoran Bora Ombak

MASA PERSANDINGAN: 8.30 malam

ANGGARAN JEMPUTAN: 300 tetamu

PERANCANG PERKAHWINAN: Polkadotted Creative Solutions

TEMA/KONSEP PERKAHWINAN: Taman Bali

PEREKA PELAMIN: Pemilik Bora Ombak, Nik Zaiton Nik Abdullah

PENYELIA TARIAN: Konsep kontemporari Bali-Melayu

ARTIS JEMPUTAN: Amylea AF3 dan Farhan AF4

BUSANA PERNIKAHAN: Datin Sharifah Kirana

BUSANA LINDA (Persandingan di KL): Syaiful Bahrim

BUSANA QUE (Persandingan di KL): Lord’s Tailor

BUSANA LINDA/QUE (Majlis Potong Kek): Calvin Thoo

KEK: The Blooming Cakes

BUSANA LINDA/QUE (Persandingan di Johor; 15 MAC 2009): Datin Sharifah Kirana

Comments

0 responses to "'Daddy Que Bapa Tiriku'"



Hand Bouquets • Flower Baskets • Fruits and Flowers • Table Flower • Congratulatory Stands • Special Gifts • Hampers • Cakes