Click Untuk Mengiklan Di Site Ini



Dapatkan MiniSite PERCUMA Anda Di Sini!



Mahu Dapatkan Duit Lebih?

Hand Bouquets • Flower Baskets • Fruits and Flowers • Table Flower • Congratulatory Stands • Special Gifts • Hampers • Cakes




Berita Harian

New Strait Times

The Star Online

Malaysiakini

Harakah Daily

Bernama News

Utusan Malaysia

Sinchew Daily

Harian Metro

11:25 PM | Posted in , ,
Setelah hampir dua bulan memeluk Islam, Wendy Wong atau nama Islamnya, Wani Wendy Wong Abdullah sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Yacob Chik, 58, di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, di sini, hari ini Jumaat semalam. Pada majlis yang serba ringkas itu, Wendy yang kini selesa disapa Wani menerima mas kahwin RM80 beserta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki antaranya sebentuk cincin dan senaskhah Al-Quran yang mempunyai terjemahan di dalam bahasa Mandarin. Majlis bersejarah pasangan mempelai itu telah dihadiri oleh kira-kira 300 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan rapat kedua-dua belah pihak. Antara yang hadir ialah penulis lirik Habsah Hassan, Louisa Chong, Rubiah Suparman dan Ahmad Tarmimi Siregar.

Ketika ditemui pemberita selepas majlis tersebut, Wani melahirkan rasa bersyukur setelah hubungan cinta mereka yang terjalin itu berakhir dengan ikatan perkahwinan dan mengakui dirinya tertarik dengan sifat prihatin Yacob, juga adalah salah seorang yang banyak mengajarnya tentang agama Islam. Wani dan suami dijadualkan berangkat mengerjakan umrah pada 15 Mac depan, selepas berbulan madu.

(Wani telah memeluk agama Islam pada 28 November lalu di rumah Habsah Hassan t di Taman Tun Dr. Ismail)

Pengorbanan Terbesar Wani

Pengorbanan adalah erti dan asas sambutan Hari Raya Haji atau Aidiladha bagi umat Islam di seluruh dunia. Dalam memperkatakan tentang pengorbanan manusia, pengorbanan yang terhebat tentulah yang ke arah meningkatkan ketakwaan diri kepada Allah SWT dan Islam itu sendiri.

Aidiladha tahun ini - selain menyaksikan kelahiran seorang saudara baru, superstar Michael Jackson yang telah memeluk agama Islam, November lalu - turut membawa nur yang cerah kepada pelakon dan produser Malaysia, Wendy Wong.

Wendy juga telah mengambil keputusan memeluk Islam pada 28 November lalu di kediaman rakan perjuangan produser dan penulis lirik terkenal, Habsah Hassan di Taman Tun Dr Ismail, di sini.

Wendy kemudian mengesahkan pengakuan menjadi seorang muslimah itu di Pejabat Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada 2 Disember lalu.

"Syukurlah, impian saya selama bertahun-tahun lalu akhirnya tercapai. Saya masih mendalami Islam kerana proses pembelajaran terhadap agama ini tidak pernah selesai. Makin dipelajari makin kecil rasanya diri saya ini.

"Saya sedar untuk menukar agama dan kepercayaan bukanlah sesuatu yang mudah. Pengorbanan ini saya lakukan atas kerelaan saya sendiri, bukan atas desakan sesiapa.

"Kalau boleh mulai sekarang, anda boleh panggil nama saya sebagai Wani Wong Abdullah. Saya pilih Wani sebab bunyinya hampir dengan Wendy," katanya.

BERSAMA pegawai Jawi, Ustaz Amir Khusairi sewaktu Wendy mendaftarkan pengislamannya.

Sementara itu Habsah ketika diwawancara oleh penulis sebentar tadi berkata, sudah lama hatinya berdetik bahawa satu hari nanti Wani akan memeluk Islam.

"Saya kenal Wani sudah berbelas tahun. Dari dulu saya selalu melihat kecenderungannya mendekati rakan-rakan muslim. Malah dia suka mengucapkan Alhamdulillah dan Insya-Allah.
"Sampai satu peringkat, saya mula bertanya secara usikan, 'Bila lagi Wendy (hendak peluk Islam)? Dia kata tunggulah, tunggulah.

"Akhirnya baru-baru ini ketika kami berbincang tentang kerjasama satu produksi drama TV, Wani menunjukkan minat yang lebih serius untuk memeluk Islam. Saya terus meminta dia berdoa siang dan malam supaya diberi lebih pertunjuk.

"Kemudian dia meminta saya merakamkan dua kalimah syahadah di dalam telefon bimbitnya supaya dia boleh menghafalnya di rumah. Selang beberapa hari, dia berjumpa saya semula dan berkata, dia sudah bersedia dan hatinya benar-benar sudah terbuka.

"Saya begitu bersyukur dan tersentuh kerana dia lakukan ini bukan atas desakan sesiapa dan keluarganya juga pun tahu. Lalu pada Jumaat 28 November, saya dan rakan terdekat serta beberapa ahli keluarga Wani berkumpul di rumah saya untuk melihat upacara melafazkan dua kalimah syahadah," kata Habsah.

Apa yang penulis harapkan, Wani Wong Abdullah akan terus diberi pertunjuk dan perlahan-lahan akan menempuh kehidupan barunya dengan tenang dan diberkati Allah SWT.

Setelah hampir dua bulan memeluk Islam, pelakon dan penerbit Wendy Wong atau nama Islamnya, Wani Wendy Wong Abdullah sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Yacob Chik, 58, di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, di sini, hari ini (Jumaat).

Hanya sekali lafaz, pasangan tersebut sah bergelar suami isteri setelah tiga tahun menyulam cinta. Mereka dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Abdullah Hashim.

Pada majlis yang serba ringkas itu, Wendy yang kini selesa disapa Wani menerima mas kahwin RM80 beserta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki antaranya sebentuk cincin dan senaskhah Al-Quran yang mempunyai terjemahan di dalam bahasa Mandarin.

Namun, tiada wang hantaran diberikan oleh pihak lelaki atas permintaan Wani.
Pihak pengantin pula perempuan pula membalas sebanyak tujuh dulang hantaran antaranya jam tangan, minyak wangi, dompet dan kerusi urut jenama Ogawa.

Majlis bersejarah pasangan mempelai itu telah dihadiri oleh kira-kira 300 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan rapat kedua-dua belah pihak.

Antara rakan artis yang hadir ialah penulis lirik Habsah Hassan, Louisa Chong, Rubiah Suparman dan Ahmad Tarmimi Siregar.

Sebaik dinikahkah kira-kira pada pukul 3.45 petang, pasangan tersebut terus mengadakan majlis persandingan di tempat yang sama.

Ketika ditemui selepas majlis tersebut, Wani melahirkan rasa bersyukur setelah hubungan cinta mereka yang terjalin itu berakhir dengan ikatan perkahwinan.

Sambil mengakui dirinya tertarik dengan sifat prihatin Yacob, kata Wani, suaminya itu juga adalah salah seorang yang banyak mengajarnya tentang agama Islam.

"Dia melamar saya selepas Hari Raya tahun lalu. Pada awalnya, saya sendiri tidak tahu untuk buat keputusan apatah lagi ramai kawan mengatakan dia terlalu tua untuk saya.

"Tetapi, hati saya terbuka untuk dia kerana dia berjaya membuatkan hati saya cukup tersentuh di dalam banyak perkara. Tetapi, pada masa yang sama saya juga agak risau setelah memikirkan keturunan saya yang menghidap penyakit genetik kanser.

"Saya tanyakan padanya, adakah dia sanggup kahwin dengan saya jika saya juga disahkan menghidap penyakit kanser. Tetapi jawapannya cukup ikhlas dan dia beritahu saya semua itu ditentukan oleh Allah dan dia rela menjaga saya sampai bila-bila.

"Saya terus membuat pemeriksaan kesihatan selepas itu dan akhirnya laporan menunjukkan kesihatan saya cukup baik. Selepas itu baru saya yakin untuk menerima lamaran dia dan rancang untuk majlis perkahwinan kami," kata Wani yang gembira berjaya menamatkan zaman bujangnya meskipun sudah berusia 40an.

Ditanya destinasi bulan madu pilihannya, kata Wendy, dia dan suami akan ke Barcelona, Sepanyol untuk menaiki 'cruise' menjelajah beberapa perairan Eropah seperti Morocco dan akan berada di sana selama tiga minggu.

"Lepas pulang dari bulan madu, saya dan suami akan berangkat mengerjakan umrah pada 15 Mac depan," kata Wani.

Wani telah memeluk agama Islam pada 28 November lalu di rumah Habsah Hassan bertempat di Taman Tun Dr. Ismail.

Dalam pada itu, 'tea ceremony', satu adat yang mengikut tradisi Cina akan turut dilakukan oleh pasangan ini esok secara tertutup.

Ini merupakan perkahwinan pertama Wani tetapi yang kedua buat Yacob setelah bercerai 10 tahun yang lalu. Yacob mempunyai tiga orang anak perempuan hasil perkongsian hidup dengan bekas isterinya.

Hati Wendy Wong kini milik usahawan

Selepas hampir dua bulan memeluk Islam, pelakon dan penerbit terkenal, Wendy Wong atau Wani Wendy Wong Abdullah, 43, sah menjadi isteri kepada seorang ahli perniagaan, Yacob Chik, 58.

Dengan sekali lafaz akad nikah oleh Yacob, penerbit rancangan bersiri Kisah Benar itu yang memeluk Islam pada 28 November lalu kini boleh melupakan kisah hidupnya yang sekian lama sendirian.

Mereka dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Abdullah Hashim dalam satu majlis ringkas di sini hari ini.

Wendy menerima mas kahwin RM80 di samping satu set barang kemas sebagai hantaran.

Ketika ditemui selepas majlis perkahwinannya, Wendy memanjatkan rasa syukurnya ke hadrat Ilahi kerana akhirnya beliau bertemu jodoh jua.

"Saya berkenalan dengan suami sejak tiga tahun lalu dan ternyata dia memiliki apa yang saya inginkan daripada lelaki idaman saya.

"Apabila dia melamar, saya sangka ia sebagai satu mimpi. Saya agak keberatan untuk terima tetapi selepas melihat keikhlasannya mahu jadikan saya sebagai isteri, akhirnya pintu hati saya terbuka," katanya dengan ceria.Tambahnya, disebabkan keluhuran dan ketulusan hati suaminya itu juga, beliau tidak menetapkan wang hantaran sebaliknya menyerahkan kepada Yacob untuk membuat keputusan.

"Apa yang membuatkan saya lebih gembira ialah apabila keluarga saya menerima Yacob dengan hati terbuka."Mereka lebih teruja kerana akhirnya dapat melihat saya berumah tangga," kata pelakon yang dibesarkan di Hong Kong itu.

Yacob yang merupakan seorang duda beranak tiga itu berpisah dengan bekas isterinya sejak 10 tahun lalu.Dalam majlis itu, Wendy menerima enam dulang hantaran yang merangkumi sepasang telekung, barangan peribadi dan senaskhah al-Quran beserta terjemahan berbahasa Mandarin.

Pihak pengantin perempuan pula membalas dengan tujuh dulang antaranya sepasang baju Melayu, minyak wangi dan kerusi urut berjenama Ogawa.

Bagi destinasi berbulan madu, Wendy dan suami merancang mengelilingi Eropah dengan menaiki kapal persiaran mewah pada bulan depan sebelum menunaikan umrah pada Mac ini.
��

Comments

0 responses to "Ahlan Wa Sahlan 'Wani' Wendy Wong"



Hand Bouquets • Flower Baskets • Fruits and Flowers • Table Flower • Congratulatory Stands • Special Gifts • Hampers • Cakes