Click Untuk Mengiklan Di Site Ini



Dapatkan MiniSite PERCUMA Anda Di Sini!



Mahu Dapatkan Duit Lebih?

Hand Bouquets • Flower Baskets • Fruits and Flowers • Table Flower • Congratulatory Stands • Special Gifts • Hampers • Cakes




Berita Harian

New Strait Times

The Star Online

Malaysiakini

Harakah Daily

Bernama News

Utusan Malaysia

Sinchew Daily

Harian Metro

10:12 PM | Posted in ,
Suhaimi menunjukkan kesan luka akibat dipukul
20 lelaki di HRPZII, Kota Bharu semalam.

Kota Bharu, 28 Jan.

Gara-gara menuduh seorang kawan sekampung mencuri kambing ternakannya, seorang penternak kambing cedera parah dipukul oleh kira-kira 20 orang di Kampung Pantai Sabak Pengkalan Chepa di sini malam kelmarin.

Mangsa, Suhaimi Yusof, 41, berkata, dia terkejut apabila didatangi sekumpulan lelaki termasuk beberapa orang yang dikenalinya yang membawa kayu, batang besi dan parang panjang.

Katanya, dalam kejadian pada pukul 9.30 malam itu, dia telah disepak, diterajang dan dipukul dengan kayu dan batang besi sehingga pengsan di tempat kejadian.

"Saya hanya sedar semasa berada dalam kereta ketika dalam perjalanan untuk menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini malam semalam (kelmarin)," katanya di sini semalam.

Menurut Suhaimi, dia tidak terdaya melawan suspek yang terlalu ramai dan mereka pula mengambil kesempatan membelasah dirinya sepuas hati.

Dia mengalami kecederaan di bahagian kepala dan tangan kanan akibat dibelasah oleh kumpulan lelaki itu.

Katanya, kejadian tersebut dipercayai berlaku apabila salah seorang daripada suspek tersebut tidak berpuas hati apabila dia menuduh lelaki itu mencuri kambing peliharaannya.
Category: , |
��

Comments

0 responses to "Dibantai Kerana Kambing"



Hand Bouquets • Flower Baskets • Fruits and Flowers • Table Flower • Congratulatory Stands • Special Gifts • Hampers • Cakes