Click Untuk Mengiklan Di Site Ini



Dapatkan MiniSite PERCUMA Anda Di Sini!



Mahu Dapatkan Duit Lebih?

Hand Bouquets • Flower Baskets • Fruits and Flowers • Table Flower • Congratulatory Stands • Special Gifts • Hampers • Cakes




Berita Harian

New Strait Times

The Star Online

Malaysiakini

Harakah Daily

Bernama News

Utusan Malaysia

Sinchew Daily

Harian Metro

10:08 PM | Posted in , ,
Rakaman CCTV - aksi seorang wanita berjubah hitam yang mengambil wang
dari dalam mesin pembayaran di sebuah pasar raya di Kota Bharu kelmarin.

Kota Bharu, 27 Jan.

"Rasa seperti hendak menjerit tetapi lidah jadi kelu selepas memandang mereka dan saya hanya tengok mereka selongkar mesin wang tanpa berbuat apa-apa sehinggalah mereka menghilang."

Itu cerita juruwang sebuah pasar raya di Kampung Tunjong di sini, Rasidah Abd. Razak yang mendakwa dipukau tiga orang wanita berjubah hitam di tempat kerjanya semalam.

Katanya, ketiga-tiga wanita itu berusia antara 20 dan 40 tahun dan dua daripada mereka tidak bertudung.

Rasidah, 21, berkata, dia seolah-olah berada dalam keadaan separuh sedar selepas melihat mata salah seorang wanita tersebut ketika mereka membuat pembayaran di kaunternya.

Katanya, wanita itu memberikan wang kertas RM100 untuk membayar barangan yang dibeli iaitu syampu dan pencuci muka berharga RM13.80.

Jelasnya, ketika ingin memulangkan wang baki, wanita itu terus memasukkan tangannya ke dalam mesin wang di kaunternya.

"Semasa wanita memakai jubah hitam bertudung itu mengambil wang, saya hanya membiarkan," katanya.

Rasidah memberitahu, dia hanya menyedari kehilangan wang sebanyak RM650 ketika menyerahkan kutipan wang jualan kepada pengurus pasar raya tersebut pada pukul 4.45 petang kelmarin.

��

Comments

0 responses to "'Terpukau' Lihat Wanita Berjubah Hitam"



Hand Bouquets • Flower Baskets • Fruits and Flowers • Table Flower • Congratulatory Stands • Special Gifts • Hampers • Cakes